Jangan sedih dik...

Dikala musim peperiksaan ini pastinya tekanan bakal dan sedang mencengkam jiwa dan raga dalam diri setiap pelajar. Episod tekanan bermula daripada malam peperiksaan itu sendiri. Yang baru hendak menyentuh buku bertambah-tambah lagi lah ketekanannya. Belum lagi alkisah yang kecewa kerana soalan yang dispot-spotkan tidak wujud pada kertas peperiksaan. Paling mengerikan apabila soalan-soalan yang pasti dapat membantu meningkatkan markah kita tidak sempat untuk dijawab. ohh kecewa sekali. 

Namun setiap yang berlaku pasti ada rahsia yang tersirat yang mungkin kita tidak nampak tapi mampu kita rasai samada dalam tempoh jangka pendek mahupun jangka panjang. Berkisar tentang rahsia yang tersirat, ingin saya kongsikan MMS yang saya terima daripada senior kakak saya. Terima kasih kak nani. I really2 love it and i love u and i miss u. Bila boleh berjumpa ya?? Ops!! Lari muqorror ni. HeE~

Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap segalanya terkabul segala harapan
Yakin pada ALLAH adalah meletakkan keREDHOan  pada ketentuanNYA
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit 
disitu air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka
Indahnya tarbiyah ALLAH tersirat rahmat dan hikmah
Diuji kita sebagai tanda sayangNYA
Bahagianya kekasih ALLAH dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihnya
Begitulah rupanya berkasih dengan ALLAH
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah
tapi dilindungi dengan cubaan yang tidak berkesudahan
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda syanag ALLAH kepada hambaNYA
ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya

YA ALLAH!! Sentuhkanlah hati temanku ini disaat dia jauh daripadaMU
Peluklah hatinya disaat dia mencintai sesiapa yang lebih dariMU
Peliharalah imannya selalu
Jadikan dia hamba yang banyak berdoa,beristighfar 
dan menangis dihadapanMU agar diberi kekuatan dan kesabaran
kerana setiap sesuatu yang datang dariMU

Semoga ALLAH memberimu PELANGI untuk setiap kali hujan
SENYUMAN untuk setiap tangisan
Rahmat untuk setiap cubaan
KEKUATAN untuk setiap dugaan
MAQBUL untuk setiap doa

Ramadhan terakhir

Ramadhan terakhir di bumi taribyah ini benar-benar memenuhkan kotak memori kekal di dalam hidup saya.Terlalu banyak jika mahu diceritakan secara tafsili disini. Justeru ingin juga dikongsikan bersama.



PANGGILAN BAITULLAH

Bagi yang sudah sedia maklum ibu dan ayah saya kini sedang berbahagia menunaikan ibadah umrah sepanjang ramadhan pada tahun ini seterusnya menyambut hari kemenangan disana. Alangkah pilunya hati ini apabila tidak dapat bersua muka untuk kali terakhir sebelum mereka berangkat bertolak. Redhokan sahaja. Jangan dikenang kembali.

Sepemergiannya mereka ke sana amat-amat mengusik jiwa saya apabila saya masih tidak mendapat sebarang panggilan mahupun sms daripada ibu dan ayah saya. Hati tak keruan menahan rindu yang teramat. Lebihnya dari seminggu tidak mendengar suara ibunda benar-benar menyentuh hati seorang anak. Jelas terbukti apabila kerinduan ini terbawa-bawa ke dalam tidur hingga termimpi-minpi saya dipeluk dan dicium oleh ibu saya.T__T

Hanya ALLAH yang mengetahui segala isi hati hamba-hambanya. Saya telah menerima sms daripada ibu dan ayah saya mengenai khabar mereka disana. Tak tergambar rasanya betapa gembiranya saya. Meskipun bukan panggilan yang saya terima namun saya bersyukur . Mohon kepada semua untuk mendoakan ibu dan ayah saya agar segalanya berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke Malaysia pada 3 Syawal yang akan datang nanti.

LAMBAKAN TUGASAN

Kewajipan lebih banyak daripada masa yang kita ada. Ya ini benar sekali.Hari-hari terakhir di penghujungnya semester benar-benar menguji kesabaran. Ia juga menuntut kepada kebijaksanaan dalam menguruskannya agar segalanya berjalan dengan lancar meskipun terdapat lorong-lorong yang menyasarkan kita jauh daripada melakukannya. 

Semuanya hampir selesai. yeah !! awas atiQ,,hampir sahaja bukannya sudah selesai. huh. Asalkan semakin hampir ke zon lega dan rilex. Doakan  semuanya cepat-cepat selesai dan dapat markah tinggi deh. ekekeke~

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA

Hmm,this is the best part saya nak cerita.Dimulai dengan jemputan ke rumah kak long atau nama sebenarnya Alifah Nazirah.Rumahnye terletak di Machang.Itulah kali terakhir saya dan sahabat-sahabat lain berpeluang untuk bertemu dengannya kerana beberapa hari selepas majlis itu, dia dan seorang lagi sahabat saya merangkap kawan sebilik saya ketika di semester 1 & 2 Kak Anah @ Raihanah akan berangkat ke Mesir.

Buat kak long dengan kak anah,jaga diri molek-molek deh. Jauh tu Mesir. X boleh balik selalu macam dulu :p. Panjang unur kita berjumpa lagi. X jumpa di dunia ni kita jumpa disana.('',)

Seterusnya Majlis Tadarus al-Quran bertempat di Balai Islam Lundang.Majlis telah menggabungkan seluruh mahasiswa daripada semua jenis IPT yang ada di dalam Kelantan ni. Guess kami jumpa siapa disana? Wahida Amalin dan Aqlily Riana. yeah!! Mereka berdua ni sahabat kami NP yang telah berhijrah tempat belajar di Maktab (IPG). 

Sedih menyelubungi diri saya apabila tidak berkesempatan untuk bertemu seorang lagi sahabat lama saya yang kini belajar di KIST. Dah nak balik tu baru lah sahabat saya tu text saya bertanya samada saya pergi ke x ke tempat kejadian. heheheh. 

Sudah menjadi adat agaknya setiap kali ramadhan tiba,Ustaz Usman Yasin salah seorang pensyarah di Np akan menjemput pelajar-pelajarnya berbuka di rumah beliau.Bukan rumah sebenarnya tapi masjid. Untuk pengetahuan Ustaz Usman mempunyai sekolah dan masjid yang dibangunkan sendiri oleh beliau. Kagum x? Saya sangat kagum ok!

Bertambah-tambah kagum saya dengan makanan-makanan yang dihidangkan kepada kami. hik3. Betul. Budu+ikan rebus.Antara hidangan yang paling saya dan sahabat-sahabat lain sangat suka.Suka kuasa tiga lah senang cerita. Balik nanti try nak buat lah ^_~.

Tempat terakhir ialah di sebuah masjid yang x siap di Pasir Hor. Pada asalnya saya berfikir sampai-sampai terus makan tapi jangkaan saya meleset sama sekali. Kami diminta menghidang,mencedok lauk pauk, dan kerja-kerja yang sama waktu dengannya. Yang seronoknye pinggan x cukup,lauk habis. fuhh. Frust kot. T_T. Itulah pengalaman namanya.Betul saya sangat seronok dapat bekerja dengan mokcik-mokcik disini. Sangat sedap lauk-lauk disana walaupun tinggal berbaki sahaja. 

LAWATAN KE HUSM

Alkisahnya pada suatu hari Sir Khalid iaitu pensyarah subjek bahasa inggeris saya ketika di semester 1 dan 2 datang ke Np. Datang bukan sebarang datang,datang bersama hajat yang besar. Sir Khalid mula bercerita perihal anak lelaki bongsunya yang sedang koma kerana kemalangan jalan raya. Fahamlah kami tujuan beliau datang ke sini. Selepas solat terawih 2 rakaat solat hajat berjaya dilaksanakan.

Pada minggu hadapannya, saya dan sahabat-sahabat lain daripada MAJMUAH DUA semester lepas membuat keputusan untuk melawat anaknya di HUSM. Alhamdulillah anak beliau telah sedar dan dipindahkan ke wad biasa. Kegembiraan jelas terpancar di wajah sir dan isterinya dengan kehadiran kami pada petang OTW ke maghrib itu.

Anaknya kini telah sedar tetapi x sedar. Macam mana tu? Saya x tahu apa istilah perubatannya tapi itulah hakikatnya. Seluruh anggota sebelah kanannya separa lumpuh. Dan seluruh anggota sebelah kirinya sangat aktif bergerak x diam-diam hatta sir terpaksa mengikat tangan anaknya itu. Kata sir, ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk pulih.Biarlah lama pun asalkan tidak ada kecederaan yang kekal.

Turut bersama tikar di atas lantai bersebelahan katil anaknya menjelaskan bahawa mereka sekeluarga bergilir-gilir menjaga,tidur,bersahur dan berbuka di hospital. Mohon sir kepada kami x banyak. Hanya mendoakan anknya setiap kali selepas solat. Semoga Allah mendengar doa-doa kami. Amen.

Kami keluar dari hospital tepat-tepat masuknya waktu berbuka berpuasa. Mahu mencari restoran sudah x sempat. Akhirnya sepakat sebulat suara untuk berbuka di Masjid Sultan Ismail Petra. Setibanya disana semua orang sudah selesai berbuka. MALU. Mujurlah pokcik-pokcik dan mokcik-mokcik di masjid itu baik- baik belaka.Bersungguh mereka menambah lauk dan nasi di bahagian muslimat kerana sudah licin semuanya. TERSENYUM. 1 lagi pengalaman yang tak mungkin saya dan sahabat-sahabat lupa.

PENUTUP

Ramadhan yang masih berbaki ini jangan dibiarkan ia berlalu dengan begitu sahaja. Lazimnya 10 malam terakhir ini manusia sering terkeliru dan tergelincir. Terlalu asyik dengan baju-baju raya yang belum siap dijahit. Terlalu asyik dengan biskut-biskut raya yang belum habis dibakar.Dan yang paling sedih terlalu asyik dengan projek '' pembuangan ''. 

Lupakah manusia akan janji ALLAH dimana 10 hari pertama itu adalah RAHMAT.10 hari kedua adalah PENGAMPUNAN dan 10 hari yang terakhir adalah PELEPASAN DARI API NERAKA. Seharusnya kita berasa sedih kerana Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.Adakah kita punya peluang untuk bertemu dengan MALAM LAILATUL QODAR?  Adakah Ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan yang terbaik ? Adakah kita punya peluang untuk bersua dengan Ramadhan pada tahun hadapan? 

SeLamat mencari LaiLatul Qodar,