Mesir Kini

Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kalau bukak facebook penuh dekat newsfeed cerita pasal Mesir. Bukak twitter pon ramai tweet pasal Mesir jugak. Bukak blog pun sama. Macam-macam gambar ada. Gambar paling famous gambar shuhada yang terkorban dengan gambar simbol R4BI4. 


Memang ramai yang peka isu mesir ni tapi dalam ramai-ramai ni ada jugak yang buat tak tahu. Pelik ye dengan orang macam ni. Tak ke dia rasa kesian atau terdetik nak ambil tau pasal sedara kita dekat sana? Harap-harap golongan yang macam ni akan peka jugak satu hari nanti. Amin.

Tapi bila fikir-fikir balik, agaknya golongan yang taknak ambik tau pasal isu ni maybe sebab dia tak kenal kot siapa Dr. Mursi ni. Bagi saya la, pepatah kalau tak kenal maka tak cinta tu memang sesuai la untuk kes ni. Cuba bayangkan, macam mana kita nak kesian dekat Dr. Mursi kalau kita tak kenal dia, tak tau apa jasa dia. 


Katakan anak jiran sebelah rumah kita ni sakit jantung berlubang. Kena buat operation tapi takde duit. Kita ni pulak rapat sangat dengan jiran tu. Dalam masa yang sama kita pulak jenis yang berduit sikit. Sah-sah kita akan kesian dekat anak jiran tu kan. Automatik kita akan tolong dia sikit-sikit kalau tak dapat tolong banyak kan.

Sama la konsepnya dengan kes dekat Mesir. Insyaallah kalau kita kenal dan tau jasa-jasa yang Dr. Mursi ni dah buat, kita mesti akan peka isu ni. Ni link biodata Dr. Mursi. Kalau baca jasa-jasa Dr. Mursi ni dekat sini lagi la sepatutnya kita ni mengecam sekeras-kerasnya tindakan Elssisy yang kejam tu. 


Kagum dengan negara Turki. Bukan je mulut cakap kesian kesian kesian, mengecam keras si Elssisy tu bahkan dia buat sesuatu yang bermakna saya rasa. Dia la yang lancarkan R4BIA atau SIMBOL 4 JARI tu tanda dia peduli tentang Mesir. Harapnya biar lagi banyak negara-negara Islam lain jadi macam Turki yang PEDULI, KESIAN dan AMBIL TINDAKAN YANG SEPATUTNYA dan bukan CAKAP KOSONG je.

Akhir kalam semoga Mesir kembali aman. Semoga Dr. Mursi dan Ikhwanul Muslimin menang dan kembali memerintah. Semoga bantuan ketenteraan Amerika terbantut ke rosak ke hilang ke. Semoga Elssisy sedar dan dapat hidayah. Semoga golongan minoriti yang tiba-tiba sokong Dr. Mursi digulingkan pun mendapat hidayah. Semoga Islam terus maju dan berada di atas. Semoga Malaysia aman-aman sahaja dibawah pimpinan Islam yang sebenarnya. 

Last but not least...