Resipi Sagu Gula Melaka/Perang

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pergh. Kemain lagi tajuk entry kan. Haha. Bajet hebat sangat la kan nak masak sampai nak kongsi resipi bagai kan. Haha. Dah la senang gila nak buat sagu ni tapi tangan gatal nak menaip dekat belog. Hehe. 

Sebenarnya saya tak pakai pun gula melaka sebab takda. Dekat rumah ni ada gula perang je. Itu pun baki buat kuih seri muka masa nak jamu family mentua abang saya masa kenduri menyambut menantu bulan Disember lepas. Memang terbiar je gula perang tu, so saya pun buat la sagu gula melaka ni. 

Saya tak tau pun sagu gula melaka ni asal dari mana tapi yang pasti memang orang-orang kampung macam saya ni yang selalu makan dan buat kot. Kalau ada orang bandar buat maksudnya dia memang bagus lah. Haha. Lagi pulak sekarang ni memang belambak-belambak desert moden yang lagi super sedap dan cantik. Eh perlu ke cantik tu? Setengah orang memang pandang pada rupa kot baru pandang rasa. Ok jom!
Gambor dari belog kak Ummi Azilla.
Saya punya sagu dah arwah semua takdan nak tangkap.

Bahan-bahannya :
  1. Sagu
  2. Gula perang
  3. Garam
  4. Air
  5. Pewarna
  6. Susu cair atau santan
Cara-cara nak masak sagu :
  1. Cuci sagu dalam penapis.
  2. Didihkan air yang dititik beberapa titik pewarna. Saya pakai warna hijau sebab mak saya memang suka sangat warna hijau dari dulu lagi. Dia takkan bagi pakai warna lain. Strict kan? Haha.
  3. Bila air dah mendidih masukkan sagu dan kacau.
  4. Kena kacau selalu tau sebab takut hangus kot. Entah la, mak suruh kacau selalu saya pun kacau je la. Haha. Api pon kecik je sebab masa tu tengah ngadap ikan dekat kuali sebelah kot. Hehe
  5. Letak garam sikit nak bagi rasa lemak-lemak sikit. 
  6. Bila bijik-bijik putih sagu dah takda maksudnya dah masak la tu. 
  7. Cedok letak dalam acuan yang kita suka.
  8. Letak dalam peti sejuk nak bagi dia keras-keras sikit.
Cara-cara nak masak air gula :
  1. Didihkan air dan gula perang. Kuantiti ikut suka.
  2. Kacau sikit dan biarkan dia masak sampai pekat-pekat sikit.
Cara-cara nak makan :
  1. Cedok sagu dalam bekas comel sebab nanti nak tangkap gambar then upload dekat instagram. :P
  2. Letak susu cair dan gula ikut deria rasa. Kalau suka manis letak lebih gula tapi better tak payah manis-manis sangat la. 
Saya tak letak sukatan sebab saya pun tak menyukat. Main tuang je. Kalau air lebih sagu jadi lembik. Kalau air kurang sagu jadi keras. Air gula tu boleh je kalau nak bancuh dengan air panas macam biasa tapi tak umph la sebab tak pekat. Pekat-pekat la sedap. Saya tak pakai santan sebab tak sedap. Pakai susu cair macam lagi sedap dan berlemak. Masa makan tu susu mesti lebih dari gula baru balance rasa dia. 

Tu je. Senang kan? Orang bujang kan. Hehe.

Oh ye. Jemput la follow instagram saya. Search acuatiq dan _etique_. Huhu.

Engaged
Wedding

ehem-ehem

Roommates

Housemate aka roommate aka classmate
Sape-sape nak cari hadiah untuk bertunang, kahwin, bff, birthday etc tapi nak kan kelainan boleh la tempah dekat saya. Ehh. Malu pulak. Hikss. Boleh tengok banyak lagi kraf lain dekat facebook page saya dekat sini dan sini.