10 Fakta tentang Saidina Ali bin Abi Talib

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku kalau tengah buat bantal aku suka on laptop. Maksud aku nak ada something yang bersuara contohnya bukak movie ke drama ke running man or youtube. Aku jenis tak suka sangat dengar lagu tak sure kenapa. Huhu. Tapi aku tak tengok pun dekat screen tu sebab nak fokus buat bantal. So aku akan bukak movie yang aku dah tengok. Kalau movie yang belum tengok kena tengok fokus kan, alamat tak siap la bantal aku. Haha. So kalau bukak youtube, aku suka bukak ceramah. Semua ustaz aku dengar tapi buat masa ni aku suka bukak video Ustaz Fawwaz Md Jan. Suka ceramah dia sebab banyak gila info yang dia bagi. Macam setiap butir bicara dia semua ilmu tau. Yang dia melawak pun tak banyak sangat but still terhibur jugak. Aku suka jugak sebab dia selalu bawak isu yang jarang orang bawak contoh macam kisah dajjal, kiamat, akhir zaman, kisah sahabat Nabi Muhammad SAW dll. Bagi aku isu-isu serious macam ni dia berjaya sampaikan dengan l loghat Penang dia secara simple dan info yang dia nak sampaikan tu memang audience mudah nak faham. 


Disebabkan aku berazam nak aktif balik berblogging aku nak kongsi sikit info pasal Saidina Ali bin abi Talib yang aku dengar dari ceramah Ustaz Fawwaz dekat youtube ni. So jangan la mintak sumber dekat aku, kalau nak tau sumber mana aku dapat untuk fakta ni boleh refer ke video beliau. Hehe. By the way aku bukan lah syiah tetiba nak update fakta pasal Saidina Ali ni. Jangan salah anggap. Berikut adalah fakta tentang
Saidina Ali bin abi Talib:

1. Hebat macam mana pun Saidina Ali dia tetap nombor 4 selepas Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab and Saidina Uthman bin Affan. Tak boleh nak ubah dah fakta ni.

2. Gelaran Saidina Ali bin abi Talib ada tiga. First, Radhiallahu Anhu. Semua sahabat nabi diredhoi oleh Allah SWT. Second, Karamallahu Wajhah sebab dari kecik dia tak pernah menyembah berhala. Third, Alaihi al-Salam sebab mana-mana Ahlu al-Bait diberi gelaran Alaihi al-Salam.

3. Umur Saidina Ali bin abi Talib muda 30 tahun dari Nabi Muhammad SAW.

4. Saidina Ali bin abi Talib masuk Islam masa berumur 10 tahun. So dia kanak-kanak pertama yang menganut agama Islam.

5. Masa Rasulullah Saw wafat umur  Saidina Ali bin abi Talib 33 tahun.

6. Masa peristiwa hijrah umur Saidina Ali bin abi Talib 23 tahun masa gantikan nabi dekat tempat tidur nabi.

7. Saidina Ali bin abi Talib jadi khalifah masa berumur 59 tahun.

8. Wafat masa berumur 63 tahun.

9. Saidina Ali bin abi Talib ada 9 isteri.

10. Saidina Ali bin abi Talib ada 27 anak 13 laki 14 perempuan.
 

Tips lipat baju pantas

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sape ada masalah malas lipat baju? Jangan mengaku weh nanti mak mentua baca reject nak jadi menantu. Haha. Sape yang malas lipat baju tu ngaku dalam hati je jangan zahirkan kang saham jatuh. Kikiki. Aku nak bagi tips ni untuk sesape yang malas nak lipat baju.

1. Sangkut je baju-baju tu. See senang kan? Bila kita sangkut je baju-baju semua ni baju pun kurang kedut. Kan dah jimat masa dan tenaga nak iron baju. Tapi nak pakai tips ni kena ada banyak almari atau kena ada almari yang kukuh yang boleh sangkut semua baju atau memang ada bilik baju. Rasanya almari yang jenis lekat dekat dinding tu, tu almari terbaik untuk amalkan tips ni.

2. Lepas je kering terus lipat jangan tangguh-tangguh dah.

3. Basuh baju hari-hari. Bila basuh baju hari-hari bilangan baju yang kena lipat pun sikit. Tapi consider jugak kalau yang duduk dekat rumah sewa tu. Setengah orang dorang catu berapa kali seminggu boleh basuh baju sebab banyak pakai air and elektrik. Kalau jenis tak kisah tu boleh amalkan tips ni. Kadang-kadang orang takde masalah kena catu tapi masalah mesin pulak jenis 10kg rugi la kan basuh sikit. Huhu. 

4. Jangan letak dalam bakul lepas kering tambun atas katil/tilam. Tips ni memang berkesan. Yela, nanti bila kita nampak dia selerak atas katil kita rimas kan so terus rasa nak lipat. Kang nak tidur mana kalau satu katil penuh dengan baju kan? Haha.

Ni je la tips dari aku. Selamat mencuba. Huhu