Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Aku kalau tengah buat bantal aku suka on laptop. Maksud aku nak ada something yang bersuara contohnya bukak movie ke drama ke running man or youtube. Aku jenis tak suka sangat dengar lagu tak sure kenapa. Huhu. Tapi aku tak tengok pun dekat screen tu sebab nak fokus buat bantal. So aku akan bukak movie yang aku dah tengok. Kalau movie yang belum tengok kena tengok fokus kan, alamat tak siap la bantal aku. Haha. So kalau bukak youtube, aku suka bukak ceramah. Semua ustaz aku dengar tapi buat masa ni aku suka bukak video Ustaz Fawwaz Md Jan. Suka ceramah dia sebab banyak gila info yang dia bagi. Macam setiap butir bicara dia semua ilmu tau. Yang dia melawak pun tak banyak sangat but still terhibur jugak. Aku suka jugak sebab dia selalu bawak isu yang jarang orang bawak contoh macam kisah dajjal, kiamat, akhir zaman, kisah sahabat Nabi Muhammad SAW dll. Bagi aku isu-isu serious macam ni dia berjaya sampaikan dengan l loghat Penang dia secara simple dan info yang dia nak sampaikan tu memang audience mudah nak faham.
Disebabkan aku berazam nak aktif balik berblogging aku nak kongsi sikit info pasal Saidina Ali bin abi Talib yang aku dengar dari ceramah Ustaz Fawwaz dekat youtube ni. So jangan la mintak sumber dekat aku, kalau nak tau sumber mana aku dapat untuk fakta ni boleh refer ke video beliau. Hehe. By the way aku bukan lah syiah tetiba nak update fakta pasal Saidina Ali ni. Jangan salah anggap. Berikut adalah fakta tentang Saidina Ali bin abi Talib:
1. Hebat macam mana pun Saidina Ali dia tetap nombor 4 selepas Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab and Saidina Uthman bin Affan. Tak boleh nak ubah dah fakta ni.
2. Gelaran Saidina Ali bin abi Talib ada tiga. First, Radhiallahu Anhu. Semua sahabat nabi diredhoi oleh Allah SWT. Second, Karamallahu Wajhah sebab dari kecik dia tak pernah menyembah berhala. Third, Alaihi al-Salam sebab mana-mana Ahlu al-Bait diberi gelaran Alaihi al-Salam.
3. Umur Saidina Ali bin abi Talib muda 30 tahun dari Nabi Muhammad SAW.
4. Saidina Ali bin abi Talib masuk Islam masa berumur 10 tahun. So dia kanak-kanak pertama yang menganut agama Islam.
5. Masa Rasulullah Saw wafat umur Saidina Ali bin abi Talib 33 tahun.
6. Masa peristiwa hijrah umur Saidina Ali bin abi Talib 23 tahun masa gantikan nabi dekat tempat tidur nabi.
7. Saidina Ali bin abi Talib jadi khalifah masa berumur 59 tahun.
8. Wafat masa berumur 63 tahun.
9. Saidina Ali bin abi Talib ada 9 isteri.
10. Saidina Ali bin abi Talib ada 27 anak 13 laki 14 perempuan.