Bismillahirrahmanirrahim
Allah memberi kesejahteraan ke atas kamu
Jom main teka-teki nak? Dalam banyak-banyak ikan,ikan apa yang boleh dimakan tulangnya? Jawapannya apa anak murid?? '' IKAN PARI ''. Ya betul. Hehe. Maafkan saya kerana menggunakan intro yang agak bosan. Sob3 .Ok. Ikan pari adalah sanak saudara ikan jerung. Akan tetapi disebabkan mulutnya yang kecil lagi comel itu, agak mustahil untuk dia menjadi sangat merbahaya seperti saudaranya itu.Untuk lebih mengetahui tentang si pari ini boleh lah ziarah di sini ya. :)
Jom lah pergi dapur kita masak Gulai Asam Pedas Ikan Pari. Saya tahu ramai yang dah tahu cara-cara memasak gulai ini. Mesti you all cakap i ni lambat kan?? T___T. Tak kisah lah saya nak kongsi jugak. Kot-kot lah saya lupa nantikan ada jugak e-recipe. Hehe :P
BAHAN-BAHANnya :
- Ikan pari
- Ciliboh
- Minyak
- Air asam jawa
- Asam keping
- Garam
- Gula ( sikit je )
- Daun cendohom (Kesum)
- Bunga kantan
- Tomato
- Serai ( diketuk )
- Air
CARA-CARAnya :
Kuali ibu saya yang sangat comel T_T |
- Panaskan minyak dan tumiskan ciliboh. Jangan banyak sangat ye ciliboh tu, nanti jadi Ikan pari masak sambal pula. Hehe.
- Masukkan air asam jawa dan kacau.
- Masukkan pula air, asam keping, daun cendohom, bunga kantan,serai, garam, gula and last but not least watak utama kita Ikan Pari.
- Tunggu hingga mendidih.
- Kemudian masukkan tomato dan kacau la sikit2 dan siap!
Mudahkan? Oh ya, macam nak tahu ikan pari tu dah masak ke belum? Mesti dah tahu kan? Tak pe lah saya nak taip jugak. Bila ikan tu dah melentik kira dah masak la tu. Huhu. Selepas masak-masak semua tu jangan lupa cuci ye. Sangat tidak sedap jika makan nafsi-nafsi ( seorang-seorang ). Jemput makan semua. ^_^
16 comments :
masak2...
ikan kari buat bbq pon sdap jgak,,
wah teliur jew tengok.. tapi aien x makan ikan pari..
soalan cepumas..
ikan pari yang bersaiz besar kadang isinya rasa pahit,
jadi cam na bagi tak pahit?
uu sedapnye..time cmneh lapor la pulop :P
em sdp2. atiq cyg ! Ak br wt blog, ehe. Ak dh follow ko, follow2 la ak bleh. ehe .:)
mAz Tag bLog akQ kt Post mAz..,jom la tgOk!!ahaha,,.~~
haha,,.ur weLcome,,.
knaL at bLog powN jD la,,.
t jmpE at UM KL t ea..,
InsyaAllah..
@anon > makan2 :)
@shairazi > ye,,sdp2,,buat sup je x sdp,, :)
@aien > laa yeke x mkn? xpe,,kite tukar dgn ikan yg aien mkn ea,,huhu~~
@yaqut > rendam dgn ayor gula,,haha :P
@whitelover > jemputlah makan,,heE~
@arfah > dah followed! :)
@mazni > ^_^
oh,,xsesuai ka buat sup?tp bbq lg sdap
@shairazi > ontah,,tp ad ke org buat sup ikan pari?
ontah jgak...xde kot..jarang dengr
org taman jali ade la kot msk mcm tu..lalala~~
ade masak sup,,,
@shairazi sharizan
sah org siam je yg msk sup kot :P
ntah lah siam ke tak,,,sebab bila cek laman web ada ja tulis sup ikan pari...w;alam
Post a Comment