Jangan sedih dik...

Dikala musim peperiksaan ini pastinya tekanan bakal dan sedang mencengkam jiwa dan raga dalam diri setiap pelajar. Episod tekanan bermula daripada malam peperiksaan itu sendiri. Yang baru hendak menyentuh buku bertambah-tambah lagi lah ketekanannya. Belum lagi alkisah yang kecewa kerana soalan yang dispot-spotkan tidak wujud pada kertas peperiksaan. Paling mengerikan apabila soalan-soalan yang pasti dapat membantu meningkatkan markah kita tidak sempat untuk dijawab. ohh kecewa sekali. 

Namun setiap yang berlaku pasti ada rahsia yang tersirat yang mungkin kita tidak nampak tapi mampu kita rasai samada dalam tempoh jangka pendek mahupun jangka panjang. Berkisar tentang rahsia yang tersirat, ingin saya kongsikan MMS yang saya terima daripada senior kakak saya. Terima kasih kak nani. I really2 love it and i love u and i miss u. Bila boleh berjumpa ya?? Ops!! Lari muqorror ni. HeE~

Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap segalanya terkabul segala harapan
Yakin pada ALLAH adalah meletakkan keREDHOan  pada ketentuanNYA
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit 
disitu air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka
Indahnya tarbiyah ALLAH tersirat rahmat dan hikmah
Diuji kita sebagai tanda sayangNYA
Bahagianya kekasih ALLAH dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihnya
Begitulah rupanya berkasih dengan ALLAH
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah
tapi dilindungi dengan cubaan yang tidak berkesudahan
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda syanag ALLAH kepada hambaNYA
ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya

YA ALLAH!! Sentuhkanlah hati temanku ini disaat dia jauh daripadaMU
Peluklah hatinya disaat dia mencintai sesiapa yang lebih dariMU
Peliharalah imannya selalu
Jadikan dia hamba yang banyak berdoa,beristighfar 
dan menangis dihadapanMU agar diberi kekuatan dan kesabaran
kerana setiap sesuatu yang datang dariMU

Semoga ALLAH memberimu PELANGI untuk setiap kali hujan
SENYUMAN untuk setiap tangisan
Rahmat untuk setiap cubaan
KEKUATAN untuk setiap dugaan
MAQBUL untuk setiap doa

0 comments :