Resipi Kerabu silom


Kerabu silom. Bunyinya sahaja sudah membuat kecur air liur. Anda mungkin tidak tetapi saya ya. Almaklom la orang kampung. ehehehe. Di NP jika teringin nak makan ulam-ulaman ni harus ke Restoran Nasi Ulam. X ke payah ? Jika di rumah buka saja peti sejuk nampak macam-macam. Sebab tu saya suka duduk di rumah. hahaha. Oleh sebab saya teringin nak makan kerabu silom maka dengan itu saya ingin berkongsi cara-cara membikinnya. 

BAHAN-BAHAN
  • Daun silom
  • Kelapa
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Limau kasturi
  • Belacan
  • Cili hijau
  • Cili padi
CARA-CARA membuatnya
  • Tumbuk cili hijau,cili padi,ikan bilis,belacan,garam dan kelapa.Tumbuk ikut turutan ya. Jangan campurkan sekali harung sahaja. ^_^
  • Setelah sebati kesemua bahan perahkan limau kasturi pula dan tumbuk lagi bagi meratakan asam sebentar tadi.
  • Gaulkan bersama daun silom yang telah di potong comel-comel dan siap.
Mudahkan? Inilah kelebihan masakan kampung.Simple sahaja. Makan bersama nasi kosong yang panas pun dah memadai. Sedikit info, kerabu silom adalah hasil gabungan sambal kelapa dan daun silom. Makanya jika x mahu dicampurkan dengan daun silom boleh juga dimakan begitu sahaja bersama ulang-ulam lain misalnya ulam raja, kacang kelisa dll. Selain itu x silap saya sambal kelapa ni adalah resipi dari Pahang. Ini seperti apa yang dikatakan oleh isteri sepupu saya yang berasal dari Pahang. Sekian sahaja daripada saya ('',)

maLu.,.






 [CHORUS – Colby ]


Baby I never seen someone wit your body



You make me wanna get this party started, 
Hey baby come and tell me what's the score
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

 [CHORUS – Mizz Nina ]
Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it's all your's
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

VERSE
 [Colby ]
It's your birthday so tell me what you wanna do

 [Mizz Nina ]
It's my birthday I really wanna get with you

 [Colby ]
Drop the beat now and baby we can get it started

  [Mizz Nina ]
We'll go insane and take it to the after party
HOOK

 [Colby ]
So what's your name, hey baby what's your name, oh yeah

 [Mizz Nina ]
Sexy's my name, yeah sexy is my name

 [Colby ]
Ok, and what's your game, hey baby what's your game

 [Mizz Nina ]
Ok I like to play, I, I like to play, ay, 

 [CHORUS – Colby ]
Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started, 
Hey baby come and tell me what's the score
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

 [CHORUS – Mizz Nina ]
Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it's all your's
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

VERSE 2
 [Colby ]
Hey sexy girl from kuala la la lumpur

 [Mizz Nina ]
Hey baby that's me, I'll be on the dancefloor

 [Colby ]
I got chu a surprise, we're poppin up in vip

 [Mizz Nina ]
And if I ask nice can I take you home with me

HOOK x2

 [CHORUS – Colby ]
Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started, 
Hey baby come and tell me what's the score
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

 [CHORUS – Mizz Nina ]
Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it's all your's
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for


Bridge
 [Colby ]
Baby, lets get crazy, come on loose control, ol, ol

 [Mizz Nina ]
We're gonna tear up the after party, I know you want some more, oh, oh, oh

 [Colby ]
I wanna see ya, work that body, Drop it down real low, low, low

 [Mizz Nina ]
Hey baby, come and get me, tell me, what chu, what chu, what chu, what chu waiting for.

 [CHORUS – Colby ]
Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started, 
Hey baby come and tell me what's the score
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

 [CHORUS – Mizz Nina ]
Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it's all your's





Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for


Siapa yang tidak kenal dengan MIZZ NINA? Penyanyi Malaysia yang berjaya berduet dengan seorang artis yang sedang meningkat naik di Amerika , COLBY O'DONIS. Hebatkan? Tidak banggakah anda melihat  anak melayu ini atau nama sebenarnya SHAZRINA AZMAN berjaya mencipta nama dipersada antarabangsa?

Pada awalnya saya tidak tahu yang MIZZ NINA ni ialah orang Malaysia hinggalah terdengar si Colby ni menyebut '' Hey sexy girl from kuala la la lumpur '' .Tanpa membuang masa terus saja men'google' dan akhirnya ketemu serba sedikit biografi si Nina ni.  '' Ohh orang melayu rupanya '' . Saya bermonolog sendiri. Tiba-tiba hati say dipagut sayu yang teramat sekali. Kenapa ?

Kerana saya malu dengan lagu ini. Disebalik melodi lagunya yang mampu mencuit hati dikala '' tekang '' namun bagi saya lagu ini telah merendahkan maruah seorang wanita. Sepertinya wanita ini terlalu murah. Tambah-tambah part ni '' And if I ask nice can I take you home with me ''. Macam boleh bagi free begitu sahaja. Kebanyakan ayat-ayat yang panas semuanya diucapkan oleh Mizz Nina sendiri.Belum lihat lagi klip videonya. Astagfirullah. Nauzubillahiminzalik.

Haih.Dunia sekarang.Teringat kata-kata Ustazah Syarifah Zin tadi iaitu hari terakhir beliau berkhidmat sebagai pensyarah di NP '' antum semua kena menjadi orang-orang penting untuk negara supaya nanti antum boleh ubah polisi yang sedia ada ''. Meskipun beliau menghighlightkan tentang kepentingan bahasa arab tapi saya kira kata-kata beliau boleh diguna pakai dalam hal sebegini. Betapa pentingnya peranan golongan agamawan dalam masyarakat hari ini.

Soal iman x beriman ini adalah hak ALLAH. Kita tidak diberi hak untuk menghukum seseorang itu.Tetapi kita diberi akal untuk berfikir dengan kritis dan mampu untuk membuat pilihan antara yang baik dan buruk yang hak dan yang batil yang ke syurga dan yang ke neraka. Bersamalah kita bermuhasabah kembali...('',)

dOa bUat .......

Saya keseorangan. Saya kesunyian. Saya kerinduan. Saya kesedihan.
KENAPA , KENAPA DAN KENAPA?

Alkisah pada suatu hari sahabat saya telah menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan bahawa dia akan pulang ke NP lewat sedikit. Saya bertanya kenapa. Dia menyuruh saya bertanya kepada Amalina.Ok fine saya bersabar.

Ketika di dalam kelas sambil menunggu kedatangan Ustaz Hassan, Shahirah menerima mesej daripada Amalina yang berbunyi '' Kak su kena penyakit batu karang, hari ni baru nak p scan ''.Ok. Saya TERKEJUT!! 

Titipan buat Putri
!
!
!
!
V





أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتِ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا

شِفَاؤُكِ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا


“ Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit ” *

Disebalik kesakitan itu ada tersembunyi pelbagai hikmah dan mesej yang tersirat apatah lagi tersurat. Sakit itu akan mengajar kita erti kesihatan. Sakit juga akan mantarbiyah kita menghargai nikmat sihat. Ia juga mendidik kita untuk bersifat sabar.

Cepat lah sihat putri oit.,.gue boring seh kamu enggak ada. baru sehari tapi seminggu rasanya..cewwah..hehe..betul..x tipu kot..sian aq xde kawan nak pegi kls..
nanti sape nak teman aq kuar g depan beli air cincau?

* Hadith Riwayat Muslim #2191

Resipi Gulai Tempoyak

Lihat gambar disebelah. Ya musim durian datang kembali. Oyeh2. I like it. Tiba-tiba teringat kepada seorang sahabat saya semasa di sekolah dahulu dia amatlah elergik kepada durian.Sampai selsema la punya x suka durian.Eh terindu pula kat dia.:(

Ok berbalik semula pada alkisah durian ni, bukan semua durian itu sedap.Ada juga yang '' MANGKO ''. Mangko ialah dialek orang perak dalam mendescribekan kehangitan durian atau ketidaksedapan durian.Faham? Seprti yang sudah sedia maklum durian yang mangko ni pasti akan dibuat TEMPOYAK.Yeah.uhibbu2..hahaha. So bila dah ada durian ni x sah jika x buat GULAI TEMPOYAK. Sedap jika digandingkan dengan ikan patin,keli,temenung,baung,terubuk dan banyak lagi. Dan resipi hari ini ialah semestinya GULAI TEMPOYAK IKAN BAUNG.

BAHAN-BAHANnya

  • Ikan baung
  • Tempoyak
  • Timun
  • Serai
  • Garam
  • Air
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Kunyit 
CARA-CARA memasaknya
  • Kisar atau tumbuk cili padi dan cili merah
  • Ketuk serai.
  • Masukkan semua bahan  tidak ada yang terkecuali ke dalam periuk dan gaul sebati.
  • Hidupkan api dan biarkan hingga mendidih.
  • Kacau sikit-sikit dan siap.
Mudahkan? Seperti biasa jaga kebersihan dapur dan makanlah sekeluarga.Baru ada umph.Dan akhir kalam amatlah rugi bagi mereka yang x suka gulai tempoyak.huhu~~

Resipi Gulai Lemak Siput Sedut Batang Keladi

Slrpppp,.,slrppp,.,slrppp,.,begitulah bunyi bagi aksi sedut menyedut siput sedut.hahaha.Ok terus ke point of story resipi hari ini ialah GULAI LEMAK SIPUT SEDUT+KELADI.

BAHAN-BAHANnya
  • Siput sedut
  • Batang keladi
  • Santan 
  • Cili padi
  • Bawang
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Serai
  • Air
  • Daun kunyit
CARA-CARA memasaknya
  • Potong muncung cengkerang siput sepanjang 3mm.
  • Cuci siput sebersih-bersihnya daripada sebarang selut,pasir etc.
  • Kerat batang keladi comel-comel.
  • Kisarkan cili padi dan bawang bersama sedikit air.
  • Masukkan kesemua bahan kecuali santan ke dalam periuk dan hidupkan api.
  • Kacau hingga semua bahan menjadi mesra.
  • Apabila sudah mendidih masukkan pula santan.
  • Kacau,kacau,dan kacau dan siap.
Jangan lupa menjaga kebersihan sebelum,semasa dan selepas memasak ya. Sangat sedap dimakan secara berjemaah.Selamat mencuba.Selamat menyedut.^_^

PEARL' 10





1 misi telah berjaya disempurnakan dengan jayanya berkat keizinan daripada yang maha ESA lg maha MENGASIHANI. Misi yang dimaksudkan ialah PROGRAMME OF EXCELLENT ACADEMICS AND MORALS 2010 atau nickname nya PEARL '10 bertempat di SMKA KEDAH atau nama glemernya SMKAK .




Sebenarnya PEARL 10 ini adalah siri kedua. Siri pertama telah berlangsung di SMKA INANAM SABAH. Program ini adalah anjuran Kelab Fasilitator APIUM Nilam Puri. Selepas selesainya PEARL 10 di Sabah, mt2 dan exco2 kelab telah membuat keputusan untuk melaksanakan 1 lagi PEARL 10 di Kedah.

PEARL 10 telah berlangsung pada 18/5 hingga 20/5 mei yang lalu. Yang menariknya segala persiapan perancangan perbincangan dilakukan tanpa bertentang muka dan wajah. Menggunakan segala kemudahan yang ada pada masa kini maka terlaksanalah program ini.

Dan saya telah diberi amanah dengan memegang KD SUKAN. Bunyinya macam senang lagi mudah tapi hakikatnya hanya ALLAH saja yang tau. Terima kasih diucapkan kepada sahabat seKD saya kerana melunaskan tanggungjawap dengan sangat excellent .MyEm0.ComBerikut adalah kronologi PENGEMBARAAN MUTIARA JELAPANG PADI 2010.


17 Mei 2010
Berkumpul di motel Shahab Perdana. Menyelesaikan apa2 yang belum diselesaikan.Dibriefing oleh timb pengarah program dan ketua fasilitator akan segala hal yang berkaitan dan x lupa juga pada hal2 yang penting about SMKAK dan segala isinya .

18 Mei 2010
Bertolak ke SMKAK yang hanya lebih kurang 10 minit perjalanan dari Shahab dengan menaiki bas SMKAK. Tiba disana kami telah dijemput oleh 2 orang kaunselor SMKAK . Selepas solat zohor maka berlangsunglah taklimat dan seterusnya perasmian oleh Pengetua SMKAK sendri iaitu Puan Hajjah Basyirah. Didalam ucapannya beliau meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada kami para fasilitator dalam PEARL 10 iniMyEm0.Com. Hal ini amat merunsingkan kami terutamanya saya sendiri. Terfikir2 adakah saya mampu untuk merealisasikan harapan puan pengetua ??







Setelah tamat sesi taklimat telah berlangsung sesi suai kenal bersama para fasilitator dan memberi sedikit sebanyak info tentang APIUM NILAM PURI kepada adik2. Tidak dilupakan juga slot disiplin yang disampaikan oleh KD DISIPLIN. Bila menyebut tentang disiplin pasti akan terlintas diminda akan kegarangan KD DISIPLIN.MyEm0.Com

Pilihan yang sangat tepat lagi sesuai. Kedua2 nya mampu mendisiplinkan adik2 SMKAK. Seterusnya proses penyerahan barang amanah kepada adik2. Barang amanah yang dipilih ialah BISKUT. Adik2 diminta untuk menjaga biskut tersebut dengan sebaiknya. Tidak mahu ia pecah,lemau etc. Pendek kata ia perlu dijaga dengan sebaiknya bersama fail yang diberikan.Kemana pergi wajib membawa barang2 tersebut. Dan kami para fasilitator akan berusaha untuk merampas barang amanah tersebut.MyEm0.Com Nampak agak nakal disitu tapi itulah salah 1 cara dalam mentarbiyahkan adik2.

Setiap program pasti ada lagu tema.Begitu juga PEARL 10. Lagu tema yang dipilih oleh ketua fasilitator ialah DEMI MATAHARI by SNADA. Ia adalah maksud kepada SURAH ASY-SYAMS. Maka sebab itu jugalah ayat hafazan yang perlu dihafaz oleh adik2 ialah surah ASY-SYAMS. Rupa2nya disebalik lagu ini ada hikmah yang tersirat.Saya sendiri kagum dengan penyampaian ketua fasilitator akan maksud surah ini. SUBHANALLAH. 





LDK 1 . Detik yang ditunggu2 oleh semua fasilitator. Saat ini adik2 telah dibahagikan kepada 13 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang peserta. Setiap kumpulan akan mendapat 2 orang fasilitator. 1 abang dan 1 kakak. Didalam LDK 1 ini fasilitator dan adik2 akan bertaaruf dan membina ukhuwah antara 1 sama lain. Kemudian fasilitator akan membimbing adik2 untuk mengenali siapa pencipta kita dan untuk apa kita diciptakan.







19 Mei 2010
Hari yang sangat memenatkan. Sungguhpon penat tapi bermakna. Bersenam aerobik diiringini lagu SHA LA LA [x igt tajuk..hehe] nampaknya menggembirakan adik2 dan x lupa juga para fasilitator.Adik2 juga telah diuji tahap kepekaan mereka dengan beberapa permainan.




Seterusnya slot ceramah dari pensyarah jemputan. Impressed. Ini yang saya  nampak dengan mata jiwa saya. Ustaz ini bukan sahaja mampu menarik perhatian adik2 bagi mendengar ceramahnya malah berjaya menarik hati adik2 dan hati para fasilitator sekali akan pengisian yang disampaikan. 10 bintang diberi.











Pada sebelah hari kedua ini sebanyak 2 LDK telah dijalankan bersama adik2. Meskipun mengalami kekangan waktu tetapi LDK tetap berlangsung dengan jayanya insyallah. Didalam LDK ke 2 adik2 ditekan kan tentang kepentingan menjaga adab bersama guru. Selain abang dan kakak fasilitator berkongsi tips2 bagaimana cara kami belajar, adik2 juga diberi peringatan akan berkatnya keredhoaan guru itu sendiri.LDK ke 3 pula, kami telah menukar corak penyampaian ilmiah kepada sebuah permainan. Tidak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan serta dorongan daripada beberapa pihak adalah salah satu resolusi yang ingin dicapai berdasarkan permainan tersebut. Pentingnya pengorbanan dalam kehidupan demi kejayaan juga diterapkan dalam permainan tersebut. 


Petang yang mengharu birukan KD SUKAN. hahahaha. Sungguhpun haru terlaksana jua akhirnya EXPLORACE untuk adik2 tersayang. Adik2 perlu melaksanakan 6 task yang berbeza disetiap checkpoint.Setiap task yang disediakan mempunyai motif dan resolusi tersendiri. Namun masih ade rasa sedih di jiwa ini apabila terkenangkan tentang kekangan waktu yang menyebabkan adik2 x sempat untuk menghabiskan explorace ini.







Pada sebelah malam pula, sesi debat perdana telah dijalankan. Adik2 telah dibahagikan mengikut kumpulan baru. Teramat lah sengit antara 1 kumpulan dengan 1 kumpulan yang lain. Pada masa ini setiap kumpulan perlu mengeluarkan hujah masing2 disamping membidas kembali hujah2 daripada kumpulan yang lain. Dipengerusikan juga oleh seorang debater makanya segalanya berjalan dengan lancar.


Agenda seterusnya ialah yang pling dinanti2kan oleh semua fasilitator. MALAM MUJAHIDAH. Konsepnya sama seperti muhasabah. Seperti program2 ditempat lain pasti pada malam terakhir akan berlaku sesi memupuk kesedaran dalam diri para peserta. Pada malam itu KD DISIPLIN sangat memainkan peranan yang cukup besar bagi mentarbiyah adik2. Bersaksikan padang yang luas langit nan gelap maka merembes keluarlah air mata keinsafan dan kesedaran.Mengimbas kembali sejarah2 para anbiya' tak lupa juga para wanita solehah menjadikan malam itu begitu syahdu dan pilu sekali.








20 Mei 2010
Seperti biasa setiap malam aktiviti hirosah masih berjalan.Kami para fasilitator akan bergilir2 tidur dan bangun.Biarpun mata mengantuk tetapi tanggungjawab harus dilaksanakan dengan semoleknya.Qiamullail tidak ditinggalkan.Seusai solat solat subuh,khidmat diri,sarapan tibalah detik untuk sesi fotografi untuk setiap kumpulan bersama fasi masing2.




Setelah itu adik2 diberi sedikit taklimat ringkas mengenai protokol dan adab2 ketika majlis penutupan PEARL 10 dan majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar meskipun terdapan cacat cela yang tidak dapat dielakkan.






Tibalah saat yang paling tidak digemari ramai iaitu salam wida' ataupun salam perpisahan antara fasi dan adik2.Diiringi dengan lagu2 persahabatan dan perpisahan maka sekali lagi air mata mencurah2 ibarat paip yang telah lus getahnya.Konon pada mulanya bertekad tidak mahu menangis tapi sebagai manusia siapalah kita? Hati kecil ini sentiasa terusik dengan esakan demi esakan daripada adik2.Setelah bertukar2 nombor telefon dan secebis nasihat maka terpisahlah kami.



Apa yang saya dapat menerusi program ini? Ilmu.Ini sudah pasti.Lagi? Sahabat baru.Saya dapat rasakan perbezaan yang sangat ketara antara sebelum semasa dan selepas program ini. Sebelum program jelas terdapat tembok penghalang. Semasa program tembok itu runtuh sedikit demi sedikit. Dan selepas program tembok itu runtuh keseluruhannya. Kasih sayang antara kami jelas terpancar tak kala kami mengabiskan cuti kami dengan bersiar-siar di sekitar Kedah dan Perlis.



Hakikat yang x boleh disangkal lagi saya berasa sangat bahagia dengan ukhuwah yang terjalin antara kami terutamanya apabila sahabat saya AIN terpaksa pulang awal. Saya terpaksa menumpang kasih sayang dengan senior-senior kakak-kakak yang masih berbaki.Sejujurnya saya takut jika saya 'keseorangan' disana. Tapi tidak sebenarnya. Saya benar2 di'adik'kan oleh mereka.huhu~

Tidur

Semua orang tahu apa itu tidur.Semua orang tahu bagaimana untuk tidur.Especially untuk mereka2 yang sedang bercuti seperti saya :).Semua orang suka tidur.Itu sudah pasti.Ada x yang x suka tidur? mungkin kanak2 agak susah untuk kita suruh dia tidur jika dah bertemu sepupu sapapat (anak2 buah saya begitu harap maklum)Tapi bagi golongan remaja tidur itu amatlah heaven. Jika x cukup tidur pasti mata bengkak+merah+menguap x henti2+moOd pun x baik.Habis semua kerja x boleh jalan.

Tidur itu sangat penting dalam hidup manusia.Nak tidur ni pula bukan main redah sahaja.Masuk rumah boOm lebuh atas katil. Oh BUKAN begitu.Islam telah mengajar umatnya dalam segala aspek kehidupan hatta cara nak tidur.Berikut adalah kaifiat TIDUR CARA ISLAM :

  • Bermuhasabah Diri
  • Tidur dini
  • Berwuduk sebelum masuk tidur
  • Mengiring sebelah kanan
  • Makruh tidur meniarap
  • Kibas cadar 3 kali
  • Baca 3 Qul, Doa tidur
AWAS!! jangan TIDUR BERLEBIHAN pula...Hal ini kerana daripada sudut kesihatannya ia boleh membawa kepada kegemukan.Satu kajian yang dibuat oleh ilmuwan Universiti Pitsburgh keatas kanak2 yang agak kurang kurus (ace..ayat bunga habis ), terbukti bahawasanya mereka tidur 22 minit lebih daripada kanak2 yang berat badannya seimbang.

Tidur SELEPAS SUBUH juga adalah salah satu habit bagi mereka yang masih belum mempunyai tanggungjawab seperti bekerja senang cerita pelajar la.Alaa kalau sudah bekerja pun jika dihujung minggu pasti nak tidur selepas subuh.Namun tidur selepas subuh ini tidak membawa kepada rezeki.

 Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadir riwayat oleh al-BaihaQi yang bermaksud Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.

((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)).

Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri.

Kata2 diatas telah disebut oleh Imam Ibnu al-Jauzi, al-Sayuthi dan al-Zahabi.Namun ia bukan lah hadis sohih tetapi palsu.Akan tetapi ada 1 alkisah ni yang diceritakan oleh Ustaz Akhbar (pensyarah saya) yang saya kira amat terkena dengan kata2 diatas. Pastinya semua orang sudah mengetahui tetapi saya nak cerita juga !! hehe.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki ini x percaya akan kesan buruk tidur SELEPAS ASAR ni selama 40 hari. Makanya dia pun mengambil keputusan untuk membuat eksperimen.Hari pertama.Dia pun tidur la selepas asar dan kemudian bangun.Apabila bangun tu dia cakap '' hah x gila pun aku ''.Hari kedua pun begitu.tidur bangun dan cakap ''tengok x gila pun''.Begitu la hari2 seterusnya hinggalah hari ke 40.Dia bercakap perkara yang sama tapi pada masa itu dia berada diatas puncak of a tiang.

Dalam keasyikan ketiduran kelenaan sambil dibuai mimpi yang indah2 , tiba2 terdengar  pula bunyi yang tidak sungguh enak.Apakah itu? yaa itu bunyi dengkuran.ish3.Kasihan bagi mereka yang mempunyai pasangan yang TIDUR BERDENGKUR.

Dengkuran terjadi apabila apabila saluran dalam kerongkong seseorang itu menjadi sempit. Antara sebab ia menjadi sempit adalah kerana bertambahnya berat badan dan malas untuk bersukan. Makanya segala lemak telah berkumpul disitu. Oleh itu haruslah bersukan sekurang2nya 3 kali seminggu sekiranya tidak mahu melakukan operasi bagi menidaksempitkan saluran dalam kerongkong anda. 

Terutamanya kepada yang sudah berumah tangga.Jaga2!!Hal ini kerana kebanyakan mereka yang berdengkur di dalam tidur (mestilah dalam tidur xkan masa makan kot) adalah yang sudah berumah tangga. Almaklom la senang hati ada orang layan makan pakai. Cewwah.


sumber:
  • http://wardatulshauqah.blogspot.com
  • http://www.andriewongso.com
  • http://adninaim.multiply.com
  • hidayahnet@yahoogroups.com
  • http://cukupipul.wordpress.com

UntUk GADIS sahaja


Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... 
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
Seorang gadis itu ... 
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ... 
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah


Seorang gadis itu ... 
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


Seorang gadis itu ... 
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ... 
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ... 

Seorang gadis itu ... 
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ... 
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI