Resipi Kerabu silom


Kerabu silom. Bunyinya sahaja sudah membuat kecur air liur. Anda mungkin tidak tetapi saya ya. Almaklom la orang kampung. ehehehe. Di NP jika teringin nak makan ulam-ulaman ni harus ke Restoran Nasi Ulam. X ke payah ? Jika di rumah buka saja peti sejuk nampak macam-macam. Sebab tu saya suka duduk di rumah. hahaha. Oleh sebab saya teringin nak makan kerabu silom maka dengan itu saya ingin berkongsi cara-cara membikinnya. 

BAHAN-BAHAN
  • Daun silom
  • Kelapa
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Limau kasturi
  • Belacan
  • Cili hijau
  • Cili padi
CARA-CARA membuatnya
  • Tumbuk cili hijau,cili padi,ikan bilis,belacan,garam dan kelapa.Tumbuk ikut turutan ya. Jangan campurkan sekali harung sahaja. ^_^
  • Setelah sebati kesemua bahan perahkan limau kasturi pula dan tumbuk lagi bagi meratakan asam sebentar tadi.
  • Gaulkan bersama daun silom yang telah di potong comel-comel dan siap.
Mudahkan? Inilah kelebihan masakan kampung.Simple sahaja. Makan bersama nasi kosong yang panas pun dah memadai. Sedikit info, kerabu silom adalah hasil gabungan sambal kelapa dan daun silom. Makanya jika x mahu dicampurkan dengan daun silom boleh juga dimakan begitu sahaja bersama ulang-ulam lain misalnya ulam raja, kacang kelisa dll. Selain itu x silap saya sambal kelapa ni adalah resipi dari Pahang. Ini seperti apa yang dikatakan oleh isteri sepupu saya yang berasal dari Pahang. Sekian sahaja daripada saya ('',)

0 comments :