Review Scrub Bonda

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Apa khabar semua? (ada ke pembaca hahahaha). Melihat kepada tajuk entry kali ni aku nak review pasal satu produk best and terbaik untuk korang yang bermasalah jerawat samada teruk atau biasa je. Muka aku kategori normal je kot. Biasa la jerawat ni kan, kalau blackhead whitehead bersepah tak dibuang memang jerawat bersepah la. 
Ni la scrub bonda
Selalu sebab-sebab jerawat bagi aku dekat muka aku ialah:
  1. Kurang minum air masak
  2. Makan Maggie (mee segera)
  3. Krim malam habis
  4. Scrub bonda habis
  5. Sleep pattern tak stable 
Aku perasan kalau aku maintain sapu scrub bonda setiap malam sebelum tidur memang jerawat malu nak singgah sebabnya bila pakai scrub bonda ni dia macam buat muka kurang berminyak. Since muka aku jenis kombinasi iaitu kering dan minyak di zone T sahaja so memang jerawat yang selalu singgah dekat dagu, hidung and dahi sahaja. Paling banyak dekat dagu. So bila aku pakai scrub bonda dia akan keringkan kawasan yang berminyak.

Kalau pakai scrub bonda dekat jerawat dah pecah, nanti luka tu cepat kering. Kalau pakai dekat jerawat yang baru naik, dia akan cepat masakkan jerawat tu. And paling best lepas bilas lepas pakai tu kan, blackhead akan jadi lembut nak keluar. Kena picit la tapi. Lantak situ orang kata jangan picit blackhead. Bagi aku kalau tak picit macam mana nak keluar? Lain la kalau pakai produk B-liv. Huhu.

Pastukan, bila pakai scrub bonda ni kena balance pulak dengan pelembab sebabnya nanti dekat hidung gelupas la pulak. Kan aku kabo kulit aku jenis kombinasi. Kena la balance. Wasatiyyah gitu. Seiring dengan Wasatiyyah PM kita tu. Haha.

Ada orang tanya kenapa nak scrub bonda yang leceh ni kena bancuh macam bedak sejuk dalam bekas lain bagai. Jawapan aku simple je. First sebab dia pakai bahan alami contohnya daun inai. Inai memang elok sangat untuk sembuhkan luka jerawat. Kedua produk dekat drug store macam boleh tahan harganya tapi tak mujarab. Ketiga produk internet pulak mahal jugak and sikit sangat kuantiti dia. Keempat scrub bonda ni murah sangat RM20 je. Boleh tahan sebulan lebih uolss. 

Korang tengok la sendiri dekat google image and instagram testimoni scrub bonda. Recommended sangat. Laki pon boleh pakai. Kena sabar sikit. Kadang-kadang kalau aku malas, aku pakai dekat tempat jerawat je. Haha. Cepat ahh pakai. Aku malas nak tunjuk muka aku sebelum and selepas takut korang block pulak blog ni nanti. Hahaha. 

Sekian dari aku. Nanti aku review pasal Tati Skincare pulak.

0 comments :