Muka tak lawa takpe asalkan hati baik

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
Sokong tak dengan tajuk entry aku ni? Aku rasa semua orang pun setuju 200%. Tapi masalahnya bila masuk bab kawan laki/sedare mintak kita kenalkan dia dengan mana-mana kawan perempuan kita sebab dia takde kawan spesel and umur pun dah sampai waktu untuk berkahwin muka lawa tak lawa ni main peranan besar beb.

Tak tau la korang setuju ke tak dengan aku tapi pendapat aku bila bab kenen mengenenkan ni akan bertemu kegagalan bila laki tu tolak perempuan yang kita kenalkan tu dengan bermacam-macam alasan sedangkan kita tau sebab perempuan tu tak cun di mata dia sedangkan solehah gila perempuan tu. Jadi memang susah nak realisasikan 'muka tak lawa takpe asalkan hati baik' tu. Serious. Dah letih aku kabo perempuan tu baik solehah beragama pandai masak sopan santun lembut tak panas baran tak pernah sebut aku tapi tak lut sebab perempuan tu menepati ciri-ciri yang laki tu nak.

Kadang-kadang bukan tak lawa pun perempuan tu cuma tak reti bergaya je. Standard la kalau budak pengajian islam ni pakai tudung bawal bidang 60, pakai baju kurung hari-hari agak tak menawan la kot di mata sesetengah lelaki. Tapi biasa la laki mesti la suka yang cantik di mata dia kan sebab muka tu yang dia nak pandang hari-hari. Huhu.

So camne ni? Apa kesimpulan kita hari ni? Haha. Kesimpulannya menurut pendapat aku yang tak banyak ilmu ni adalah:
  1. Pastikan diri bersedia fizikal dan mental berhadapan dengan gambar/orang bila kawan yang korang mintak tolong carikan pasangan untuk korang.
  2. Jangan terus menolak sebab kekurangan fizikal seperti tidak putih melepak, tidak tinggi, terlalu gemuk, ada banyak jerawat, tidak bergaya, rambut kerinting, muka berlubang-lubang dan macam-macam lagi.
  3. Sebaiknya try la berkawan dulu. Kenal hati budi dia macam mana. Tak perlu pun terus nak borak bab kahwin. Kenali dia macam mana cara dia balas whatsapp kamu, stalk facebook dia macam mana kehidupan alam maya dia. Aku cakap camni sebab kalau tak berkenalan terus nanti macam mana nak trace dia tu solehah baik budi pekerti ye dak? Kalau rasa cannot go atau cannot brain perangai dia baru la korang leave dia.
  4. Hargai sikit usaha kawan yang tolong kenenkan tu. Jangan suka-suka je nak tolak mentah-mentah. Entah-entah yang dikenenkan tu close friend dia ke, kakak angkat ke, abang sepupu ke, atuk sedare ke.
Ok itu sahaja hari ni. Rajin pulak aku update belog ni walaupun takde pembaca. Sape-sape terbaca boleh je nak komen tak setuju ke ape ke aku tak kisah. Huhu.

3 comments :

marn said...

Laki tu kena terus terang je la masa mintak carikan. Aku nak yg lawa. Fullstop. Haha

Unknown said...

cantik/kacak tu semua subjektif. n semua makhluk yg dicipta ada kecantikkan sendiri.

amalina che omar said...

Payah nak carik jodoh cam ni gayanya..hahaha