Backpack ke Krabi Part 1

Assalamualaikum WBT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
  • Harga tiket flight 
Tahun lepas (2015) dalam bulan Julai camtu Airasia buat promosi so dapatlah aku tiket murah ke Krabi. Dalam rm90 gitu. Aku ajak dayah, ain dengan jibah pergi sekali.  Ajak putri dia kata mak dia tak bagi. Tup tup bila bulan september tengok harga jadi lagi murah RM63 pulak. So aku ajak sekali lagi putri and shida. Masa aku ajak tu dalam kelas method tau. Slumber je tak dengar apa lecturer cakap mentang-mentang kelas dalam DKU. Kikiki. So berenam la kami plan nak pergi Krabi ni. Tarikh kami pergi 25 April 2016. Kami beli tiket pergi je balik plan nak naik train sebab semua teringin nak rasa train yang ada katil tu. Kena beli awal tiket train ni sebab dia laku keras. 
  • Harga tiket tren
Disebabkan aku je yang paling selalu naik train banding dorang semua so aku yg pergi beli tiket train tu. Masa aku beli tu sebulan sebelum tarikh nak balik naik train tu. Kiranya nak balik dari Krabi ke Malaysia 29 April 2016, so aku beli tiket 29 Mac 2016. Pukul 8:30 pagi dah terpacak depan kaunter KTM Kampar takut tiket habis. Huhu. Kami ambik katil bawah RM55+- camtu kot aku dah lupa. Kalau katil atas lagi murah. Aku ada kad KTM so jadi RM43+- je.
Dalam tren

Sekali lagi disebabkan aku yang ajak dorang pergi Krabi ni, aku la jadi ketua naqibah. Kahkah. Adat nak berjalan ramai-ramai mesti buat group whatsapp kan. Aku buat nama group Usroh di Krabi Kahkahkah. Motif nama group usroh? Sebab Ain kawan aku ni budak jemaah selalu pergi usroh. Aku tak suka sangat geng jemaah dia (aku ada sebab aku sendiri kenapa tak suka tapi yang pasti bukan sebab dorang perjuangkan Islam yang sebabkan aku tak suka) so aku buh la nama group usroh. Tu yang pakai hashtag #usrohdikrabi bila post gambar. Hee.
  • Parents bagi keizinan
Eh lupa nak cite aku beli tiket ni mak aku taktau tau. Aku bagitau bila dah dekat-dekat nak pergi. Selalunya mak bapak aku ok je bila aku bagitau nak berjalan ni. Dorang pun kaki jalan. Hee. Tapi aku nak nasihatkan kalau family korang bukan jenis kaki jalan atau mak ayah tak sporting sangat jangan sesekali buat macam aku ni. Kalau tak nanti jadi macam sorang kawan aku ni. Dia buat macam aku maklumkan lambat dah satu family dia marah dia. Serious kalau nak melancong tapi mak ayah tak berapa izinkan jangan la pergi. Jangan terikut cara family kawan kita ikut cara family sendiri. Memang aku membebel la dekat dia pasal ni. Satu hal pulak nak ambik hati bagai baru lepas nak pergi melancong padahal sebelah je pun bukan kena rentas benua lain pun. Huhu.

Back to title, kami buat style backpackers tapi takde la 100% backpackers. Tapi tak mewah pun macam holiday dengan family. Aku summarise kan holiday kami ni.
  • Bila pergi ni
25 April - 28 April 2016 dekat Krabi. 28 April tu gerak pergi Hatyai sebab 29 April tu nak balik Malaysia dari Stesen Tren Hatyai.
  • What to bring
backpacking gear lagi beso dari tuan
Persiapan nak pergi tu macam biasa kena passport. Makesure masih hidup  6 bulan sebelum expired. Macam aku passport expired Disember 2016. Pergi April 2016. Masih sempat. Kena ada backpack jangan nak bawak luggage 360 degree tyres pulok. Aku punya yang 70 liter. Tak yah beria 70 liter pun takpe tapi aku dah lama beli beg ni so pakai je la apa yang ada. Kawan-kawan aku ramai beli yang baru sebab memang takde. Bila dah pakai backpack ni susah la nak pakai handbag kan. Kalau tak pakai susah pulak nak ambik purse, passport, tiket, handphone. So kami bawak sling bag kecik gitu. Then barang lain macam biasa la takyah la aku nak tulis semua kan. Haha.
  • Transport ke KLIA2
So dalam tengahari gitu kami gerak pergi KLIA2 naik bus. RM11 jur. Kalau naik ERL RM55. Kan ada eskalator nak pergi Nu Sentral tu kan, turun situ terus ke bahagian bas ke KLIA. Ramai weh yang naik bas semua nak jimat. Tak lama pun perjalanan ke KLIA2. So far sangat recommended lah. Kami makan siap-siap dari rumah masing-masing so takyah fikir nak makan dah dkt KLIA2 tu. So flight terbang pukul 4:40 petang gitu. Sejam lebih camtu sampai dah. Sampai sampai memang ramai gila beratur dekat imigresen. Dekat tiga jam jugak beratur. Dia nak cek muka bagai sampai camera rosak system down la baq ang. Kami punya driver van siap mencuka sebab tunggu dari pukul 4. Ate awei beno tunggu sape suruh. Kahkah.
    tengah tunggu bas nak pergi klia2
  • Penginapan
Kami menginap dekat 3 Bees Guesthouse. Harga 70 Bath per night. Darab 3 malam total RM210 satu bilik. Katil single ada dua. Kami berenam jadi ambik 3 bilik. So jatuh 105 bath je sorang untuk tiga malam. Area Aonang tapi tak dekat sangat la dengan Aonang beach. Nak booking guesthouse ni kami emel je. Takyah deposit ke apa. Owner orang Thailand. Pandai speaking English. Oh ye, orang Krabi tak ramai boleh cakap melayu dan english. Memang baik dan senang berurusan dengan owner guesthouse ni.
bersih dan selesa je guesthouse ni cuma tilam rasa spring
  • Makanan halal
Makanan halal dan sedap semestinya sekitar masjid Aonang ni. Aku baca
tak sedap sangat
banyak review bagitau restoren halal dekat dengan Aonang beach tapi kebanyakannya semua hidang arak even dia halal. Kemon guys jangan ambik simple bab makanan ni. Ada satu malam teringin nak dinner ngadap laut tapi tu la semuanya hidang arak. Ada jugak satu dua restoran halal tak hidang arak tp kami tak berkenan. Nasib jumpa jugak satu restoran ni. Tapi rasanya best lagi makan dekat area masjid kot. Makanan yang sempat try tomyam, green tea, ayam goreng, pad thai, pancake, fruit shake, kerabu seafood, aneka nasik goreng and banyak lagi lah. Ada jugak yang tak sempat try insyallah boleh try lain kali.
  • Transport sepanjang di Krabi
Transport dekat sana banyak jalan kaki je. Kalau tak larat or jauh baru naik tuk tuk. Kalau nak pergi buat aktiviti bagai tu naik tuk tuk jugak. Kalau dari airport ke guesthouse naik van. Dari guesthouse nak ke stesen bas krabi pun naik van. Kebanyakannya semua owner guesthouse call kan. Aku dah kata dia baik. Oh ye sekali lagi aku nak nasihatkan make sure badan kita fit sebelum ke Krabi. Nanti aku cite sebab apa.
dalam tuk tuk
  • Aktiviti di Krabi
Sebab dekat krabi 4 hari 4 malam so sempat buat tiga je aktiviti. Hari first sampai dah malam so pergi makan dan tidur je. Hari second jungle tour pagi sampai petang. petangnya pergi aonang beach nak tengok sunset. Malamnya makan je. Hari third snorkeling pagi sampai petang. Petangnya pergi makan. malamnya pergi krabi town shopping sikit. Hari forth kayaking pagi sampai tengahari je. Petangnya gerak pergi hatyai. sampai dah malam. Malam tu pergi makan je.

Ok lah nanti aku sambung part 2. Bukan apa nak share ni sebab dulu masa aku nak pergi aku beria blogwalking baca pengalaman orang and aku rasa dorang ni baik sangat sebab sudi share. So aku rasa aku pun nak jadi baik macam dorang sebab sudi kongsi. Moga ada kebaikan untuk orang lain and jadi bekalan untuk akhirat sebab dapat tolong orang. (macam la ada orang baca kahkah)

0 comments :