10 Fakta tentang Saidina Ali bin Abi Talib

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku kalau tengah buat bantal aku suka on laptop. Maksud aku nak ada something yang bersuara contohnya bukak movie ke drama ke running man or youtube. Aku jenis tak suka sangat dengar lagu tak sure kenapa. Huhu. Tapi aku tak tengok pun dekat screen tu sebab nak fokus buat bantal. So aku akan bukak movie yang aku dah tengok. Kalau movie yang belum tengok kena tengok fokus kan, alamat tak siap la bantal aku. Haha. So kalau bukak youtube, aku suka bukak ceramah. Semua ustaz aku dengar tapi buat masa ni aku suka bukak video Ustaz Fawwaz Md Jan. Suka ceramah dia sebab banyak gila info yang dia bagi. Macam setiap butir bicara dia semua ilmu tau. Yang dia melawak pun tak banyak sangat but still terhibur jugak. Aku suka jugak sebab dia selalu bawak isu yang jarang orang bawak contoh macam kisah dajjal, kiamat, akhir zaman, kisah sahabat Nabi Muhammad SAW dll. Bagi aku isu-isu serious macam ni dia berjaya sampaikan dengan l loghat Penang dia secara simple dan info yang dia nak sampaikan tu memang audience mudah nak faham. 


Disebabkan aku berazam nak aktif balik berblogging aku nak kongsi sikit info pasal Saidina Ali bin abi Talib yang aku dengar dari ceramah Ustaz Fawwaz dekat youtube ni. So jangan la mintak sumber dekat aku, kalau nak tau sumber mana aku dapat untuk fakta ni boleh refer ke video beliau. Hehe. By the way aku bukan lah syiah tetiba nak update fakta pasal Saidina Ali ni. Jangan salah anggap. Berikut adalah fakta tentang
Saidina Ali bin abi Talib:

1. Hebat macam mana pun Saidina Ali dia tetap nombor 4 selepas Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab and Saidina Uthman bin Affan. Tak boleh nak ubah dah fakta ni.

2. Gelaran Saidina Ali bin abi Talib ada tiga. First, Radhiallahu Anhu. Semua sahabat nabi diredhoi oleh Allah SWT. Second, Karamallahu Wajhah sebab dari kecik dia tak pernah menyembah berhala. Third, Alaihi al-Salam sebab mana-mana Ahlu al-Bait diberi gelaran Alaihi al-Salam.

3. Umur Saidina Ali bin abi Talib muda 30 tahun dari Nabi Muhammad SAW.

4. Saidina Ali bin abi Talib masuk Islam masa berumur 10 tahun. So dia kanak-kanak pertama yang menganut agama Islam.

5. Masa Rasulullah Saw wafat umur  Saidina Ali bin abi Talib 33 tahun.

6. Masa peristiwa hijrah umur Saidina Ali bin abi Talib 23 tahun masa gantikan nabi dekat tempat tidur nabi.

7. Saidina Ali bin abi Talib jadi khalifah masa berumur 59 tahun.

8. Wafat masa berumur 63 tahun.

9. Saidina Ali bin abi Talib ada 9 isteri.

10. Saidina Ali bin abi Talib ada 27 anak 13 laki 14 perempuan.
 

Tips lipat baju pantas

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sape ada masalah malas lipat baju? Jangan mengaku weh nanti mak mentua baca reject nak jadi menantu. Haha. Sape yang malas lipat baju tu ngaku dalam hati je jangan zahirkan kang saham jatuh. Kikiki. Aku nak bagi tips ni untuk sesape yang malas nak lipat baju.

1. Sangkut je baju-baju tu. See senang kan? Bila kita sangkut je baju-baju semua ni baju pun kurang kedut. Kan dah jimat masa dan tenaga nak iron baju. Tapi nak pakai tips ni kena ada banyak almari atau kena ada almari yang kukuh yang boleh sangkut semua baju atau memang ada bilik baju. Rasanya almari yang jenis lekat dekat dinding tu, tu almari terbaik untuk amalkan tips ni.

2. Lepas je kering terus lipat jangan tangguh-tangguh dah.

3. Basuh baju hari-hari. Bila basuh baju hari-hari bilangan baju yang kena lipat pun sikit. Tapi consider jugak kalau yang duduk dekat rumah sewa tu. Setengah orang dorang catu berapa kali seminggu boleh basuh baju sebab banyak pakai air and elektrik. Kalau jenis tak kisah tu boleh amalkan tips ni. Kadang-kadang orang takde masalah kena catu tapi masalah mesin pulak jenis 10kg rugi la kan basuh sikit. Huhu. 

4. Jangan letak dalam bakul lepas kering tambun atas katil/tilam. Tips ni memang berkesan. Yela, nanti bila kita nampak dia selerak atas katil kita rimas kan so terus rasa nak lipat. Kang nak tidur mana kalau satu katil penuh dengan baju kan? Haha.

Ni je la tips dari aku. Selamat mencuba. Huhu

Kelas Bimbingan al-Quran Dewasa

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Rajin pulak aku update blog kan minggu ni. Hiks. Dulu aku saja gatai iklankan nak bukak kelas ngaji since aku pun tengah buat master dekat UM and tak keje pun so aku fikir nice jugak kalau dapat buat pahala sambil buat duit kan. Lalu aku pun iklankan la dekat majalah.com, mudah and forum cari. Pastu ada la dua tiga orang nak belajar ngaji dengan aku. Semua perempuan. Semua pun belajar dari mula maksudnya dari iqra' la. Then bila dah mengajar dalam dua tiga minggu ni perasaan nak buat duit tu hilang tinggal perasaan nak tolong orang je sekarang ni. Betul weh tak tipu. 

Sebabnya kesian sangat kalau kita dah dewasa tapi krik-krik lagi bab mengaji ni. Bagi aku bila dah dewasa baru nak belajar ngaji ni aku memang salute sangat dekat dorang ni sebab dia boleh atasi rasa malu and nak belajar. Bila ada kemahuan sendiri nak belajar ngaji ni, hati pun jadi terang tau. Kejab je dah dapat aku ngajar. Padahal kalau ajar budak kecik tu sabor je la dengan dorang sebab asyik nak main je kan. Ate nama pun budak kan. Huhu.

Bayangkan eh dorang keje dari pagi sampai petang. Pastu malam nak belajar ngaji pulak. Student aku sampai genyeh-genyeh mata belajar ngaji tapi sebabkan nak belajar punya pasal paksa jugak. Belum lagi cite pasal korbankan wang ringgit lagi. Setengah orang tak sanggup nak spend RM30 sejam nak bagi dekat orang tapi student aku sanggup. Ada yang rumah jauh sanggup redah jem datang rumah aku nak mengaji. Ada yang sanggup naik LRT laluan lain jumpa dekat KL Sentral nak belajar ngaji. Tapi kalau rumah dia mudah diakses by public transport aku yang pergi rumah dia. Aku tak kisah pun sebab boleh jalan. Hehe. Ada jugak yang dah deal tapi tetiba kena pergi outstation pulak dah dah sedih tak dapat belajar ngaji. Bak kata kawan aku hati mahu tapi tuntutan kerjaya pulak. Huhu. 

Pastukan bila aku dah syok ajar ngaji ni, aku perasan aku jadi macam baik gila tak garang pun ajar dorang padahal aku ni seorang manusia yang garang kot. Haha. Pokoknya bila kita enjoy buat something tu everything pun berjalan ikut flow and smooth je sebab ada Allah tolong kita. 

So sesape nak belajar ngaji dengan aku, aku sangat mengalu-alukan sebab aku memang nak tolong and aku tau ramai je tak pandai lagi ngaji tapi takde kesempatan nak belajar atau tak jumpa cikgu yang nak ajar atau tak tau wujudnya kelas camni. Masa, tempat boleh bincang. Aku student master UM Syariah sepenuh masa tak terikat dengan sebarang komitmen macam kelas ke apa ke sebab aku tengah buat menulis siapkan research tapi kalau aku ada hal aku akan inform korang balik. Bila jadi freelance macam aku ni ramai je mengajak aku pergi program sana sini, pergi jalan makan entah dekat mana-mana or aku balik kampung sesuka hati tak kira masa. Haha takpe benda boleh adjust. Hehe. 

Aku cas RM30/sejam kalau student tu datang rumah aku or jumpa dekat KL Sentral, NU Sentral or Mid Valley. Selalunya kalau bukan waktu solat belajar dalam surau, kalau peak hours mcm lepas asar ke maghrib tu belajar dekat Subway. Tapi kalau rumah korang easy for me to access by public transport (LRT, ERL or bus rapid) aku cas RM40/sejam bergantung kepada lokasi. Kalau nak jemput aku pakai kereta then bawak ke rumah korang then hantar balik ke rumah aku pun RM30.sejam. Aku faham setengah orang dia ada pangkat (VIP) and nama takkan la nak mengaji dekat KL Sentral kan kang orang nampak tabur fitnah pulak so boleh jugak buat camni.

Dulu masa nak tetap harga aku tanya jugak dekat orang yang berpengalaman, dorang kata rate KL memang RM30/sejam gitu. Kata nak tolong tapi kena bayar jugak? Of course bila kita bayar baru kita hargai usaha kita tu. Hati cikgu pun redho dan lapang je mengajar ngaji ni. Kata kakak aku yang ajar ngaji dekat budak kampung suami dia, yang bayar RM40 sebulan lagi cepat pandai dari RM5 sebulan. Yela, kalau sekampung tu selalu ustazah akan sebut ikut la nak bayar berapa, tapi pepandai la fikir kan. Bukan harga penentu kepandaian student tu tapi bila cikgu redho dan gembira mengajar automatik anak murid pun senang dapat tangkap. Bayangkan cikgu masam mencuka malas nak ajar dah la budak tu nakal asyik nak main je bayar murah pulak memang la angin kan. Haha.

Ada jugak kes orang nak belajar agama, pon boleh jugak. Apa-apa hal boleh whatsapp aku 01110710774 untuk bincang semua hal. Ok la jom sambung study. Huhu

Pembedahan Jantung Tersumbat Bypass Part 3

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hai dah setahun lebih rupanya aku janji nak update cite abah aku buat bypass. Sorry sangat guys yang ternanti-nanti tu. Berbalik kepada ayat aku masa dekat part 2, aku kabo banyak masalah kan yang timbul lepas abah aku operate. Memang betul weh. Family and aku selalu berdoa mintak dipermudahkan urusan pembedahan siap update status facebook tau memang ramai yang aminkan tapi masalahnya aku lupa nak doa nak mintak diperjauhkan komplikasi selepas operate. Komplikasi ni memang mana-mana operate pun boleh berlaku tapi untuk selepas operate bypass antara komplikasi yang boleh berlaku adalah buah pinggang rosak, stroke, nyanyuk dan macam-macam lagi.

Korang tau esoknya lepas abah aku dah sedar dari kesan bius masa bypass kami semua pergi la jenguk dia dekat icu. Excited gila la nak jumpa kan rupanya bila jumpa tu lain pulak yang jadi. Nurse kata abah macam tak rasa kaki kiri dia kaki yang diambik urat tu. Nurse cakap kena buat ct scan pulak dah. Kami makin risau sebab abah dia macam tak ingat apa yang berlaku. Buktinya dia tak cam antara abang aku yang sulong dengan abang aku yang no 5. Aku dia ingat. Ok itu takpe lagi. Nurse cite yang abah cakap dia ada 300 anak and now berada di Kampar Perak padahal kan dekat IJN.
Ya allah masa tu Allah je tau macam mana perasaan kami sefamily. Stress gila. Result ct scan dah keluar, doctor cakap macam ada something effect dekat cerebellum abah yang menyebabkan kaki abah tak boleh nak gerak and dia lupa. Kami dah assume maybe abah dah jadi nyanyuk and maybe stroke. Masa ni la aku rasa Allah memang menguji tahap kebergantungan kita dekat Allah. Masa ni takde sape dah boleh tolong melainkan Allah je. Kami hari-hari doa supaya abah tak nyanyuk tak stroke tak benda-benda lain la. Masa ni jugak aku belajar satu benda kena sentiasa baik sangka dengan Allah. Jangan buruk sangka dengan Allah. Aku remindkan diri aku yang sebenarnya Allah saja nak tengok kami sefamily macam mana.

Ok bila dalam ICU pesakit akan duduk di dua peringkat wad yang situasinya lain-lain. First after surgery akan duduk dekat tengah-tengah ICU dengan berselirat wayar sana sini macam dalam gambar dekat entry part 2. Second, bila dah ok pesakit dipindahkan dekat tempat yang nampak dunia luar iaitu sebelah tingkap and ada tv. Nurse cakap tujuan letak tepi tingkap and nampak luar sebab mostly pesakit yang duduk di ICU akan ada psychosis symptoms. Psychosis ni macam adik beradik gila sebab tak nampak dunia luar. Dia hanya nampak mesin je lalu boleh menggila gitu. 
Orang lain lepas operate kejab je dok dalam ICU dalam sehari dua je, abah aku lama gila dekat seminggu ada kot sebab kaki dia tu la. Sebab dia macam nyanyuk tu doctor tak ambik port sangat. Kawan-kawan abah yang datang ziarah abah semua sedih tengok abah sebab macam bukan diri abah yang sebelum dioperate. Kome rasa kami yang family ni rasa camne? Takkan happy kan. Huhu. Aku pernah nampak abah menggila cabut jarum yang dekat tangan untuk masukkan air tu habis darah memancut wehh and aku nampak nurse marah dia. Ate betul jugak kan.  Kena la marah takkan nak biar je. Abah jadi macam rimas tau.

Dalam lepas seminggu tu baru la abah dimasukkan ke wad biasa tapi bahagian High Dependency Unit (HDU). HDU ni tempatnya dekat dengan kaunter nurse and ada enam katil. Usually after dari ICU memang nurse letak patient dekat HDU dulu baru ke wad biasa. And kebiasaannya jugak dua tiga hari je dekat HDU but abah aku ni dekat seminggu jugak kena tahan situ sebab kes abah aku ni luar biasa. Orang lain dipotong kanan kini belakang nak ambik urat takde la sampai kaki tak rasa ni abah aku sebelah kaki sampai lutut je tapi tak rasa pulak. Ye la setiap patient lain-lain kan masalah dia and abah aku pon dah tua masa tu. Bila tua ni lambat sikit la nak recover. 

HDU ni sempit tau tapi masalahnya orang yang lawat abah ni ramai gila. Sedara mara, anak murid, kawan and entah sape-sape lagi semua datang dari perak. Aku dengan mak aku stay dekat dorm IJN. Satu malam RM15. Tapi yang ada katil dah penuh kami ambik extra room yang ada tilam je but still selesa cuma toilet kena tumpeng dekat dorm yang ada katil. Abang-abang aku ada je rumah dekat area sepang and Putrajaya tapi mak tak nak dok rumah dorang sebab susah pagi-pagi dah kena jaga abah dekat wad kan. Every night abang-abang yang tiga orang tu bergilir jaga abah. Aku dengan mak jaga malam. Kakak aku yang dok bangi tu ada anak kecik. Yang dok perak tu macam mana pulak nak jaga tapi every weekend datang kl la. 

Dah duduk wad biasa ni abah takde la nyanyuk sangat pulak. Dia ingat pulak kami. Haha. Lawak kan kejab ok kejab tak. Tapi hari-hari ada makcik tu train kaki abah macam kayuh basikal. Tapi masalah lain pulak datang. Abah tak nak tidur malam. Jenuh weh abang-abang aku tak tidur jaga abah. Esok kan kena kerja. Masalahnya bila tak tidur malam dia tidur siang. Memang dah terbalik. Pastu doctor dah cakap jangan nak bangun duduk bangun duduk dengan kerap sebab kan dada tu baru dibelah takut terbukak pulak jahitan kang terbukak pulak tulang rusuk tu. Tapi masalahnya kan aku cakap abah aku tu macam nyanyuk dah jadi budak-budak tak nak dengar cakap orang. Dia macam rimas kot macam duduk salah baring salah mengiring salah dia macam tak selesa.

Dr. Jalil kawan abang aku tu ada datang jenguk so aku tanya la kenapa abah camni dia kata banyak-banyakkan la berzikir. Huhu. Entah la weh pening kitorang. Masa ni Allah memang nak uji kami ni anak soleh ke anak derhaka. Boleh ke tak nak bersabar dengan abah. Mak lagi la paling bersabar dengan abah. Huhu. Abah aku lepas kaki dia dah boleh rasa, kaki dia macam tak boleh macam dulu dah. Yela, kan dah diambil uratnya so jadi hilang lah power kaki dia. Jadi macam jengkot and perlukan tongkat untuk jalan. Doctor pesan jugak jangan banyak gerak sebab takut luka lambat baik bernanah pulak kang kaki tu tapi macam biasa dia taknak dengar cakap. Huhu. 

Pastukan abah bila kami suruh solat memang dia solat tapi tak betul solatnya. Kami paksa dia solat walau dia tak nak. Bayangkan abah aku cakap tak nak solat sedangkan sebelum dia operate and sepanjang hayat dia, dia memang suka tengking kalau lambat solat. Huhu. Kami ambikkan wuduk untuk dia. Kiranya ambik satu gayung sapu-sapu je anggota wuduk. First time wei semua anaknya merasa ambikkan wuduk untuk abah. Merasa la sapu air dekat kaki dia. Kalau benda ni tak jadi tak rasa la kami. Huhu. Dia solat memang tak betul tapi kadang-kadang aku ngaji maghrib-maghrib tepi dia, tetiba dia tegur bacaan aku salah. Haa tak nyanyuk pulak. Hahaha. Adoyai pening mak enon.

Kan kakinya tak berapa kuat kena pakai tongkat, masalahnya bila tak tahan nak kencing nak pergi toilet susah la pulak. Kang nak menyelak kain lagi. So kami pun decide untuk abah pakai pampers. Tapi mak aku pulak tak larat nak pakaikan and abah jugak dia tak nak pakai sangat. Ada jugak nurse pakai yang wayar tu tapi dia cabut. And ada jugak nurse bagi macam bekas untuk tadah kencing je atas katil tapi macam tak menyempat pulak. Sampai kami setiap sejam tanya abah nak kencing tak? Sebijik macam ajar budak baru bukak pampers. Betul la memang kita akan kembali kepada fitrah. Orang tua akan jadi macam budak kecik. Aku dah nampak dah. Akhirnya lepas fikir sambal berjalan dalam IJN tu aku ternampak pampers dewasa tapi macam underwear tu. Jeng jeng problem solved and abah nak pulak pakai. Actually kami paksa pakai. Haha.

Duduk dekat dorm IJN tu dah dekat tiga minggu harga semalam RM15 dua orang dah RM30. Nak beli pampers dah berapa puluh. Aku dengan mak nak makan memang makan makanan café IJN hari-hari. Memang banyak pakai duit. Nasib baik memang abah dah bawak duit siap-siap and orang yang datang ziarah ada banyak sedekah. Banyak weh deme sedekah syok sangat la aku pakai. Haha. Aku dah boleh hafal apa yang sedap dekat IJN tu. Ada dua je yang sedap bakso dengan kueytiaw goreng mamak. Setiap kali pergi aku order ni je.
Panjang betul aku cite nanti aku cite lagi eh panjang lagi weh mau 10 parts hahaha.

Baju Renang Muslimah Murah Malaysia

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
Hai semua. Siapa yang jenis macam aku suka aktiviti air tak kisah la suka mandi laut ke sungai ke air terjun ke themepark ke asalkan suka benda yang ada air-air mesti ada masalah outfit kan? Yela, keluar je mesti baju seluar melekat-lekat. Takkan nak duduk je dalam air tak keluar-keluar kan? Aku ada sepasang swimming suit beli dekat Indonesia tapi tak pakai pakai sebab macam terketat sikit so aku pasrah pakai je la tshirt muslimah biasa tu. Tapi still melekat jugak. Hari tu masa aku pergi Krabi, kawan aku pakai swimming suit yang kitorang beli sama-sama. aku tengok elok je baju dia tak melekat lepas keluar dari air. So aku dapat simpulkan yang pakai swimming suit yang betul saiz memang lagi okay dari pakai tshirt muslimah. So dengan ini esok lusa aku nak selongkar balik almari cari swimming suit aku. Kikiki.
 
Disebabkan aku dah jumpa solution untuk masalah baju melekat bila bermandi-manda aku dengan ini buat keputusan untuk bantu semua gadis, makcik, opah yang mengalami masalah yang sama. Aku akan bukak pre order untuk swimming suit muslimah dengan harga yang berpatutan. Pre order ni dua minggu tau baru sampai. Anything nak order or nak tanya-tanya whatsapp je aku +601101710774. Nanti aku jawab soalan korang satu persatu. 
 
Korang pilih la yang mana korang berkenan. Pilih saiz elok-elok. Ada yang selesa baju sampai ke lutut ada yang selesa sampai ke peha je ikutlah mana-mana pun. Aku letak sizing dekat setiap gambar korang nilai la sendiri. Ingat tau, tak salah nak mandi manda tapi jangan berlebihan. Masih boleh menutup aurat even dalam air sekalipun tapi mulut orang tetap mengata. Sebab memang kita orang perempuan ni memang fitnah dekat dunia ni. Selagi boleh kita tutup lubang fitnah tu kita cuba lah sebaik mungkin. Macam aku, aku pakai je stoking masa manda mandi dekat mana-mana pun. Memang orang pelik tapi buat dek je. Huhu.

Fabric: Nylon + Lycra


XS:      Length: 74cm    1/2 Chest: 38cm    Sleeve: 49cm    Pant Length: 90cm      1/2 Waist: 32cm
S:        Length: 76cm    1/2 Chest: 40cm    Sleeve: 50cm    Pant Length: 92cm      1/2 Waist: 34cm
M:        Length: 78cm    1/2 Chest: 42cm    Sleeve: 51cm    Pant Length: 94cm      1/2 Waist: 36cm
L:         Length: 80cm    1/2 Chest: 44cm    Sleeve: 52cm    Pant Length: 96cm      1/2 Waist: 38cm
XL:      Length: 82cm    1/2 Chest: 46cm    Sleeve: 53cm    Pant Length: 98cm      1/2 Waist: 40cm

XXL:    Length: 84cm    1/2 Chest: 48cm    Sleeve: 54cm    Pant Length: 100cm    1/2 Waist: 42cm

XXL:    Length: 86cm    1/2 Chest: 50cm    Sleeve: 56cm    Pant Length: 102cm    1/2 Waist: 44cm

Fabric: Nylon Spandex

S:      Length:77cm          Bust:90cm        Sleeve:63cm        Waist:72cm
      M:     Length:79cm          Bust:94cm        Sleeve:64cm        Waist:76cm      
        L:       Length:81cm          Bust:98cm        Sleeve:65cm        Waist:81cm      
           XL:      Length:83cm          Bust:102cm        Sleeve:66cm        Waist:83cm      
XXL:     Length:85cm          Bust:106cm        Sleeve:67cm        Waist:85cm  
XXXL:    Length:87cm          Bust:110cm        Sleeve:68cm        Waist:87cm 
XXXXL:  Length:89cm          Bust:114cm        Sleeve:69cm        Waist:89cm 

Fabric: Nylon Spandex

S:            Length:77cm          Bust:90cm        Waist:72cm
M:           Length:79cm          Bust:94cm        Waist:76cm      
L:            Length:81cm          Bust:98cm        Waist:81cm      
XL:          Length:83cm          Bust:102cm       Waist:83cm      
XXL:        Length:85cm          Bust:106cm       Waist:85cm  
XXXL:       Length:87cm          Bust:110cm      Waist:87cm 
XXXXL:      Length:89cm          Bust:114cm      Waist:89cm 

Fabric: Nylon + Lycra


XS:      Length: 74cm    1/2 Chest: 38cm    Sleeve: 49cm    Pant Length: 90cm      1/2 Waist: 32cm
S:        Length: 76cm    1/2 Chest: 40cm    Sleeve: 50cm    Pant Length: 92cm      1/2 Waist: 34cm
M:        Length: 78cm    1/2 Chest: 42cm    Sleeve: 51cm    Pant Length: 94cm      1/2 Waist: 36cm
L:         Length: 80cm    1/2 Chest: 44cm    Sleeve: 52cm    Pant Length: 96cm      1/2 Waist: 38cm
XL:      Length: 82cm    1/2 Chest: 46cm    Sleeve: 53cm    Pant Length: 98cm      1/2 Waist: 40cm

XXL:    Length: 84cm    1/2 Chest: 48cm    Sleeve: 54cm    Pant Length: 100cm    1/2 Waist: 42cm

XXL:    Length: 86cm    1/2 Chest: 50cm    Sleeve: 56cm    Pant Length: 102cm    1/2 Waist: 44cm

Fabric: Nylon + Lycra


XS:      Length: 66cm    1/2 Chest: 38cm    Pant Length: 68cm      1/2 Waist: 33cm
S:        Length: 68cm    1/2 Chest: 40cm    Pant Length: 70cm      1/2 Waist: 35cm
M:        Length: 70cm    1/2 Chest: 42cm    Pant Length: 72cm      1/2 Waist: 37cm
L:         Length: 72cm    1/2 Chest: 44cm    Pant Length: 74cm      1/2 Waist: 39cm
XL:      Length: 74cm    1/2 Chest: 46cm    Pant Length: 76cm      1/2 Waist: 41cm

XXL:    Length: 76cm    1/2 Chest: 48cm    Pant Length: 78cm      1/2 Waist: 43cm

XXL:    Length: 78cm    1/2 Chest: 50cm    Pant Length: 80cm      1/2 Waist: 45cm

Fabric: Nylon + Lycra


XS:      Length: 74cm    1/2 Chest: 38cm    Pant Length: 68cm      1/2 Waist: 33cm
S:        Length: 76cm    1/2 Chest: 40cm    Pant Length: 70cm      1/2 Waist: 35cm
M:        Length: 78cm    1/2 Chest: 42cm    Pant Length: 72cm      1/2 Waist: 37cm
L:         Length: 80cm    1/2 Chest: 44cm    Pant Length: 74cm      1/2 Waist: 39cm
XL:      Length: 83cm    1/2 Chest: 46cm    Pant Length: 76cm      1/2 Waist: 41cm

XXL:    Length: 86cm    1/2 Chest: 48cm    Pant Length: 78cm      1/2 Waist: 43cm

XXL:    Length: 88cm    1/2 Chest: 50cm    Pant Length: 80cm      1/2 Waist: 45cm

Fabric: Nylon + Lycra


XS:      Length: 74cm    1/2 Chest: 38cm    Sleeve: 49cm    Pant Length: 90cm      1/2 Waist: 32cm
S:        Length: 76cm    1/2 Chest: 40cm    Sleeve: 50cm    Pant Length: 92cm      1/2 Waist: 34cm
M:        Length: 78cm    1/2 Chest: 42cm    Sleeve: 51cm    Pant Length: 94cm      1/2 Waist: 36cm
L:         Length: 80cm    1/2 Chest: 44cm    Sleeve: 52cm    Pant Length: 96cm      1/2 Waist: 38cm
XL:      Length: 82cm    1/2 Chest: 46cm    Sleeve: 53cm    Pant Length: 98cm      1/2 Waist: 40cm

XXL:    Length: 84cm    1/2 Chest: 48cm    Sleeve: 54cm    Pant Length: 100cm    1/2 Waist: 42cm

XXL:    Length: 86cm    1/2 Chest: 50cm    Sleeve: 56cm    Pant Length: 102cm    1/2 Waist: 44cm

Fabric: Nylon + Lycra

XS:      Length: 74cm    1/2 Chest: 38cm    Sleeve: 49cm    Pant Length: 90cm      1/2 Waist: 32cm
S:        Length: 76cm    1/2 Chest: 40cm    Sleeve: 50cm    Pant Length: 92cm      1/2 Waist: 34cm
M:        Length: 78cm    1/2 Chest: 42cm    Sleeve: 51cm    Pant Length: 94cm      1/2 Waist: 36cm
L:         Length: 80cm    1/2 Chest: 44cm    Sleeve: 52cm    Pant Length: 96cm      1/2 Waist: 38cm
XL:      Length: 82cm    1/2 Chest: 46cm    Sleeve: 53cm    Pant Length: 98cm      1/2 Waist: 40cm
XXL:    Length: 84cm    1/2 Chest: 48cm    Sleeve: 54cm    Pant Length: 100cm    1/2 Waist: 42cm
XXL:    Length: 86cm    1/2 Chest: 50cm    Sleeve: 56cm    Pant Length: 102cm    1/2 Waist: 44cm

Fabric: Nylon + Lycra


XS:      Length: 74cm    1/2 Chest: 38cm    Sleeve: 49cm    Pant Length: 90cm      1/2 Waist: 32cm
S:        Length: 76cm    1/2 Chest: 40cm    Sleeve: 50cm    Pant Length: 92cm      1/2 Waist: 34cm
M:        Length: 78cm    1/2 Chest: 42cm    Sleeve: 51cm    Pant Length: 94cm      1/2 Waist: 36cm
L:         Length: 80cm    1/2 Chest: 44cm    Sleeve: 52cm    Pant Length: 96cm      1/2 Waist: 38cm
XL:      Length: 82cm    1/2 Chest: 46cm    Sleeve: 53cm    Pant Length: 98cm      1/2 Waist: 40cm

XXL:    Length: 84cm    1/2 Chest: 48cm    Sleeve: 54cm    Pant Length: 100cm    1/2 Waist: 42cm

XXL:    Length: 86cm    1/2 Chest: 50cm    Sleeve: 56cm    Pant Length: 102cm    1/2 Waist: 44cm

Fabric: Nylon + Lycra


XS:      Length: 74cm    1/2 Chest: 38cm    Sleeve: 49cm    Pant Length: 90cm      1/2 Waist: 32cm
S:        Length: 76cm    1/2 Chest: 40cm    Sleeve: 50cm    Pant Length: 92cm      1/2 Waist: 34cm
M:        Length: 78cm    1/2 Chest: 42cm    Sleeve: 51cm    Pant Length: 94cm      1/2 Waist: 36cm
L:         Length: 80cm    1/2 Chest: 44cm    Sleeve: 52cm    Pant Length: 96cm      1/2 Waist: 38cm
XL:      Length: 82cm    1/2 Chest: 46cm    Sleeve: 53cm    Pant Length: 98cm      1/2 Waist: 40cm

XXL:    Length: 84cm    1/2 Chest: 48cm    Sleeve: 54cm    Pant Length: 100cm    1/2 Waist: 42cm

XXL:    Length: 86cm    1/2 Chest: 50cm    Sleeve: 56cm    Pant Length: 102cm    1/2 Waist: 44cm

Fabric: Nylon Spandex

S:          Length:77cm          Bust:90cm        Sleeve:63cm        Waist:72cm
          M:         Length:79cm          Bust:94cm        Sleeve:64cm        Waist:76cm      
         L:          Length:81cm          Bust:98cm        Sleeve:65cm        Waist:81cm      
           XL:         Length:83cm          Bust:102cm        Sleeve:66cm        Waist:83cm      
    XXL:       Length:85cm          Bust:106cm        Sleeve:67cm        Waist:85cm  
 XXXL:      Length:87cm          Bust:110cm        Sleeve:68cm        Waist:87cm 
 XXXXL:    Length:89cm          Bust:114cm        Sleeve:69cm        Waist:89cm