Resipi Paih Ikan Timah

Alhamdulillah selamat kembali ke kampung halaman. ^_^ . Aktiviti bermula. Untuk permulaan cuti yang diharapnya akan terisi dengan perkara-perkara yang diredhoi dan indah ini, ingin saya kongsikan 1 resipi. PAIH IKAN TIMAH. Pronouns untuk PAIH ni sila ikut dialek perak ye :).

Pernah dengar IKAN TIMAH? Pernah lihat IKAN TIMAH? Rupa ikan timah ni seperti ikan bilis. Comel je. Halus. Kecil. Dan ia hanya hidup dalam air tawar sahaja. Air tawar sungai la kan? Dan menurut ibu dan ayah saya sangat susah untuk mendapatkan ikan ini.Ibu dan ayah saya membelinya di Bota. Dan penjual itu datangnya dari Gerik.Saya kagum dengan orang seperti ini. Demi mencari rezeki sanggup datang jauh-jauh. Masyallah. 

Macam-macam masakan boleh dibuat dengan ikan ni. Goreng rangup-rangup, goreng dengan telur dll. Tetapi saya nak kongsi cara-cara membuat PAIH.

BAHAN-BAHANnya :

  • Ikan timah
  • Bawang besar
  • Serai
  • Daun kunyit
  • Cili padi
  • Daun pisang
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Asam keping
CARA-CARA memasaknya :

  1. Kisar bawang besar,serai,dan daun kunyit secara kering.
  2. Gaulkan sebati bahan yang dikisar,garam,serbuk kunyit bersama ikan timah.
  3. Sediakan daun pisang yang sudah dibersihkan.
  4. Letakkan ikan timah yg siap digaul tadi bersama asam keping ditengahnya di atas daun pisang.
  5. Bungkus kemas-kemas.
  6. Panggang atas api.
  7. Alih-alihkan dan siap.
Untuk lebih umphh lagi, lebih afdol panggang diatas dapur kayu. Tapi untuk memudahkan kerja dapur gas pun is okay. Makan sementara ia masih panas. Oh ya makan secara berjemaah lagilah menambah kesedapan Paih tersebut.Sila jaga kebersihan kerana dapur anda pasti akan kotor dek kerana daun pisang yang terbakar. huhu. Resipi ini adalah resipi tradisional bagi negeri perak. 

Disini saya sertakan gambar sekali bagi memudahkan perjalanan anda didapur. :P


Langkah 4


Langkah 5

Langkah 6

0 comments :