Showing posts with label sUdUt DapUr. Show all posts
Showing posts with label sUdUt DapUr. Show all posts

Sup Cendawan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Fuhhhh *Tiup habuk*. Menurut kepada tajuk entry di atas, pada hari ini kita akan memasak sup cendawan. Ya sup cendawan. Sup ini adalah antara lauk yang tersenarai di dalam masakan-masakan yang tersenang pada abad ini.
Bahan-bahannya ; 
  • Cendawan Putih
  • Air
  • Daun kunyit
  • Garam
Cara-caranya ;
  • Masukkan cendawan putih,air,daun kunyit yang dikoyak-koyak dan garam ke dalam periuk.
  • Rebuskan sehingga air mendidih dan siap.
Simple kan? Dalam 10 minit sahaja kita dah boleh nak menikmati hidangan yang halal lagi lazat. Mungkin saya boleh tukar nama resipi ni kepada cendawan rebus? Sebab tiada bahan yang perlu ditumis segala. Saya kira masakan ini sangat sesuai untuk mereka yang bujang. Yang sudah mendirikan rumah tangga also can. :)

Tiada minyak dan santan digunakan. Maka ia sangat sihat. Bagi yang sedang berdiet turut disarankan memakan makanan seumpama ini. Bila kita sihat, kita sedang mensyukuri nikmat Allah. Nikmat sihat. Nikmat dimana ia sering dianaktirikan oleh manusia. Jika ditarik nikmat sihat itu, nescaya hidup kita bergelumang dengan ubat-ubatan secara berterusan. Maka sebelum nikmat itu ditarik, marilah kita bersama-sama mencuba resipi di atas. ;)

Resipi Sup Ikan Merah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bila tekak terasa perit nak telan air liur, bila hidung terasa seperti digeletek, bila mata mengeluarkan air tanpa disedari, bila mulut terasa pahit, confirm-confirm takda selera nak makan lauk-lauk biasa seperti ini, ini, ini, ini, ini, dan lain-lain. Hanya keturunan sup-sup sahaja yang mampu lalu ditekak. Ya tak? Maka menu hari ni adalah sup ikan merah.

Memandangkan ikan merah yang ayah saya terbeli itu keliatan dagingnya, maka hanya yang rebus-rebus sahaja yang mampu melembutkan daging ikan tersebut. Pernah dimasak kari tapi sungguh tidak lemak berkrim. Maka moh lah kita ke dapur. :D


Bahan-bahannya :


  • Kepala ikan merah
  • Bawang besor ( Dikisar )
  • Bawang putih( Dikisar )
  • Halia ( dihiris )
  • Air
  • Garam
  • Minyak
  • Asam keping
  • Kiub ikan bilis.
Cara-caranya :
  • Panaskan minyak dalam periuk/kuali.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga naik bau-bauan.
  • Masukkan kiub ikan bilis.
  • Masukkan ikan merah,halia,air,garam dan asam keping.
  • Kacau-kacau dan tunggu menggelegak.
  • Rasa garamnya,kacau sikit-sikit dan siap.
Senangkan? Orang-orang bujang memang sesuai sangat lah masak-masak macam ni. Tak bujang pun takpa. Hehe. Halia tu digunakan sebab tak nak bagi ada bau hanyir. Asam keping pulak untuk bagi sup kita tu masam-masam sikit. Kalau tak masam-masam macam tak berapa sedap kot. 

Oh ya, silalah jangan mencampakkan sahaja ikan-ikan itu kedalam periuk kerana geli hendak memegangnya. Nanti emak/opah/kakak kamu mesti marah. Boleh lah hidang dalam mangkuk cantik-cantik. Makan ramai-ramai. Nasi panas-panas. ^__^

Dah sendawa segala terus fikir nak cari katil dan bantal. Doa lepas makan tak baca pun. Kenapa tak baca? Lupa. Siapa yang selalu baca? Adik-adik kita yang masuk kelas lepas rehat. Kan? T___T. Harus lah terasa malu pada mereka si kecil comel itu. 

p/s : Saya lampirkan (ayat surat rasmi) sekali doa selepas makan. Maka silalah membacanya setiap selepas makan. Tak kira la sarapan ke,lunch ke, a'syak ke semua kena baca ok? Kita baca sama-sama ea? :D

Besar semacam je? Takpa. Senang sikit nak hafalkan?
Masdar

Resipi Serawa Mempelam

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Masdar gambar.
Musim mempelam tiba lagi? Mempelam atau mangga atau pauh akan mula celik melihat bumi dengan cerdas dan cergasnya apabila masuk saja bulan April hingga bulan Julai. Tak kiralah yang muda atau dah masak semuanya sedap. Yang muda masamlah! Masam lah sedap kan kawan-kawan? Saya suka cecah dengan gula. Nak-nak masa muda-muda dulu time pakai uniform putih biru. Huhu. Ibu saya anti sungguh dengan style saya tu. Beliau pula suka cecah dengan garam. Saya pula yang anti style ni. Hehe.

Tak kisah lah cara macam mana pun, asalkan buah,garam dan gula tu semuanya halal. Bukan hasil curian, rompakan mahupun cilokan. Cukup dengan bismillah ianya akan hadam dengan mudah. Tak payah nak sahut cabaran Nestle Bliss 14 Hari ( takda kaitan ). Back to the topic, apabila terlalu banyak kerana terlalu murah dan terlalu ramai yang memberi, for sure kadang-kadang tu tak lalu lagi nak masuk dalam perut ni kan. Sampaikan mempelam-mempelam tu jadi terlalu masak terlebam-lebam.

'Cantik' kan bekas pencuci mulut saya? sob3~
Bila dah terlebam-terlebam tu, saya memang ngada-ngada tak nak makan dah sebab tak cantik. Hehe. Jangan tiru aksi ini ya kawan-kawan. Kesian ibu saya, terpaksa beliau yang menghabiskan buah-buah yang dah tak cantik lagi tu. Itu lah emak kan. Emak ni tak tergamak melihat makanan makanan ni membazir. Mesti digagahkan jua menganga untuk habiskan. Sebab tu kalau kaum-kaum ibu ni ter'comel' jangan nak merungut ya kaum-kaum bapa!!

Oleh yang demikian ya puan-puan, dek kerana tak sanggup hendak membiarkan bayang-bayang pembaziran ni menjelma apa kata kita pelbagaikan cara untuk menghabiskan mempelam-mempelam di rumah kita. Seronok lah si bertanduk kalau nampak kita membazir. So,macam mana nak bagi si bertanduk tu menangis? Kita buat SERAWA. Senang sangat nak buatnya. Huhu.

BAHAN-BAHANnya :
  • Mempelam masak
  • Strawberi
  • Susu cair
  • Gula
  • Air
  • Garam
CARA-CARAnya :
  • Potong mempelam secara mendadu comel-comel.
  • Belah strawberi kepada dua.
  • Tuangkan susu cair yang telah dicampur dengan sedikit air masak ke atas buah-buah.
  • Taburkan sikit je garam.
  • Taburkan gula banyak sikit dari garam.
  • Gaul gaul dan siap!
Senangkan? Sekejab je pun buatnya. Oh ya, strawberi tak wajib pun. Watak utama kita mempelam. Saya buka peti sejuk terjumpe strawberi yang dah nak kecut. Hehe. Kenapa nak campurkan air kedalam susu? Sebab nak jimat. Haha, Lagi banyak susu, lagi sedap serawa kita sebab berlemak je rasanya. Guna susu pekat pun takpa. Jika guna susu pekat memang wajib bancuh sampai cair. Garam tu untuk melemak-lemakkan lagi serawa tu.

p/s : Kalau sejuk lagi sedap. Nak sedap lagi? Makan berjemaah okayh? Jangan lupa baca doa! Sometimes,sibuk ajar anak-anak,adik-adik baca doa sebelum makan tapi yang kita tua-tua ni pula yang tak baca. Apa kes?

Resipi Asam Pedas Ikan Pari

Bismillahirrahmanirrahim
Allah memberi kesejahteraan ke atas kamu

Jom main teka-teki nak? Dalam banyak-banyak ikan,ikan apa yang boleh dimakan tulangnya? Jawapannya apa anak murid?? '' IKAN PARI ''. Ya betul. Hehe. Maafkan saya kerana menggunakan intro yang agak bosan. Sob3 .Ok.  Ikan pari adalah sanak saudara ikan jerung. Akan tetapi disebabkan mulutnya yang kecil lagi comel itu, agak mustahil untuk dia menjadi sangat merbahaya seperti saudaranya itu.Untuk lebih mengetahui tentang si pari ini boleh lah ziarah di sini ya. :)

Jom lah pergi dapur kita masak Gulai Asam Pedas Ikan Pari. Saya tahu ramai yang dah tahu cara-cara memasak gulai ini. Mesti you all cakap i ni lambat kan?? T___T. Tak kisah lah saya nak kongsi jugak. Kot-kot lah saya lupa nantikan ada jugak e-recipe. Hehe :P

BAHAN-BAHANnya :
  • Ikan pari 
  • Ciliboh
  • Minyak
  • Air asam jawa
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula ( sikit je )
  • Daun cendohom (Kesum)
  • Bunga kantan
  • Tomato
  • Serai ( diketuk )
  • Air
CARA-CARAnya :
Kuali ibu saya yang sangat comel T_T
  • Panaskan minyak dan tumiskan ciliboh. Jangan banyak sangat ye ciliboh tu, nanti jadi Ikan pari masak sambal pula. Hehe.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau.
  • Masukkan pula air, asam keping, daun cendohom, bunga kantan,serai, garam, gula and last but not least watak utama kita Ikan Pari.
  • Tunggu hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan tomato dan kacau la sikit2 dan siap!
Mudahkan? Oh ya, macam nak tahu ikan pari tu dah masak ke belum? Mesti dah tahu kan? Tak pe lah saya nak taip jugak. Bila ikan tu dah melentik kira dah masak la tu. Huhu. Selepas masak-masak semua tu jangan lupa cuci ye. Sangat tidak sedap jika makan nafsi-nafsi ( seorang-seorang ). Jemput makan semua. ^_^

Resipi Kerabu Mangga Muda

Mangga@Mempelam muda sering dikaitkan dengan wanita mengandung.YEKE? Semua wanita mengandung pasti akan mengidam mangga muda? Saya rasa x la. Ada je wanita2 lain  suka makan mangga muda dari dia kecil2 lagi. Dan terkadang apabila kita makan mangga muda yang masam2 tu mesti ada saja suara2 makhluk tuhan yang bertanya '' hai,mengandung ke?''.

Credit to atOk gOogle
HEI HEI HEI. Jaga2 dengan setiap kata2 anda! Terlajak perahu boleh berundur terlajak kata badan binasa. Tak perasankah gurauan anda tu mengandungi unsur2 fitnah. Ce kalau didengar oleh 'mami jarum'? Xke naya tuan empunya badan. Habis dicanangnya yang si fulanah ni mengandung padahal dia single mingle lagi. Boleh haru biru jadinya. Silap2 ibu ayah si fulanah tu boleh terkejut mendengar khabar angin tentang anak dia. Dan boleh jadi disembelihnya anak dara yang seorang tu. 



Teringat saya pada 1 alkisah antara Rasulullah SAW dengan seorang wanita tua. Bermulanya kisah apabila wanita tua tersebut datang berjumpa dengan rasulullah dan meminta supaya baginda mendoakannya agar masuk ke syurga. Tetapi baginda berkata “ Wahai Ibu Fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.'' Bayangkan betapa hancur leburnya hati wanita tua tersebut mendengar jawapan rasulullah. 

Melihat kesedihan wanita tua itu,dengan segera rasulullah menyatakan bahawa seseorang itu tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.Seterusnya rasulullah terus membaca firman ALLAH SWT yang bermaksud '' sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”

Berdasarkan alkisah yang tercatat didalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam AtTirmizi diatas, jelaslah bahawa bergurau adalah dibolehkan didalam islam. Akan tetapi haruslah bersyarat dimana ia mestilah suatu perkara yang sohih belaka dan mestilah menjaga batasan2 dan syarat2 lain supaya kita tidak berlebihan dalam bergurau.

Berbalik semula kepada main topic kita iaitu mangga muda,ingin saya kongsikan 1 lagi resipi. hehe. Selain dimakan begitu sahaja (acecece. .macam iklan gardenia pulak. .huhu), saya dan ibu saya suka sangat buat kerabu. Maka dengan itu saya nak kongsi lah sikit cara2 nak membikinnya.

BAHAN-BAHANnya ;

  • Mangga muda
  • Betik muda
  • Bawang besar
  • Kerisik
  • Garam
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Belacan
  • Gula
  • Ikan bilis
  • Pati ikan bilis
  • Limau kasturi
CARA-CARA membikinnya ;
  • Hiris mangga muda dan betik muda nipis2 panjang2 kurus2.
  • Tumbuk bawang besar,ikan bilis,cili padi,cili merah dan belacan.
  • Gaulkan mangga muda,gula,garam,pati ikan bilis,kerisik dan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Perahkan limau kasturi ke dalam kerabu tadi dan siap.
Hah! senang kot. huhu. Boleh jugak nak guna udang kering tapi saya x guna pun sebab xde kat umah ni.hehe.Oh ya pastikan kuku anda pendek tau sebabnya nak gaul kerabu ni afdol menggunakan tangan. Baru la rasa air tangan ye x? huhu. Oklah selamat mencuba. ^__^

Resipi Gulai Lemak Peria

PERIA? Eii..pahitkan? Pahitpahit pun banyak khasiatnya. Antara khasiatnya yang sudah tersohor  di seantaro dunia ialah merawat penyakit kencing manis.Bukan itu sahaja ia juga merupakan penawar penyakit buasir,darah tinggi.Walaupun bukan menghilangkan terus tapi ia dapat mengurangkan.Pakar perubatan China gunakan peria untuk merawat asma dan haid.

Peria terbahagi kepada 2 jenis. Satu yang panjang berwarna hijau muda dan satu lagi yang pendek berwarna hijau tua ataupun nama glemernya ' peria katak '. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang peria silalah ke LINK ini.

Semalam saya dan ibu pergi ke pasar malam dan ibu membeli sebiji peria. Dalam otak saya mesti esok nak masak gulai lemak ni. X suka! Dan tibalah hari ini ibu saya menyuruh memasak peria tersebut. Disini saya sertakan resipinya. heE~

BAHAN-BAHANnya ;

  • Peria
  • Taufu
  • Ikan bilis
  • Serbuk kunyit
  • Santan
  • Garam
  • Cili padi
  • Bawang besar
CARA-CARA memasaknya ;
  • Tumbuk bawang besar dan cili padi hingga lumat
  • Masukkan semua bahanbahan kecuali santan ke dalam periuk.
  • Masukkan santan yang diperah kali kedua kedalam periuk.
  • Apabila mendidih masukkan pula pati santan.
  • Kacau kacau dan siap.
Senangkan? X pedas pun. Kalau nak pedas letak lah cili padi banyak-banyak. Saya bertanya pada ibu saya x pahit ke? Ibu saya kata x pun, pahit sikit je. Makanlah nanti xde lah kena kencing manis. Saya pun menyahut lah seruan ibu saya. Saya cilok sikit peria yang ada di dalam pinggan ibu saya. Peria masuk mulut dan kunyah! kunyah punya kunyah. YEAH!! sedap. X pahit pun. Dan saya ambil lagi. Rasa macam makan timun je. ~_^

Kesimpulannya marilah kita bersama-sama makan peria. Eh! menjaga kesihatan laa. Dari muda la kena jaga. Bak kata orang prevention is better than cure tapi cakap melayunya mencegah lebih baik daripada merawat. Nanti dah tua susah nak pantang-pantang ni.Nak-nak bagi wanita yang mengandung. AWAS! Anda mudah untuk terkena kencing manis.

P/s ; Kepada kedua-dua my beloved sister yang sedang hamil tu. sila jaga pemakanan anda molek-molek. Ingat doktor pesan apa. Jangan makan nasi banyak-banyak.Makan beras TAJMahal xpe. Dan sila lahirkan anak saudara yang comel untuk saya okeh! huhu~

Mengandung anak ke 5 ;p

Mengandung anak sulung

Ya Allah, jagalah anak mereka  selama ada di dalam kandungan mereka dan
sembuhkanlah dia, engkaulah adalah Dzat yg bisa menyembuhkan, tak ada
ubat kecuali ubat-Mu yang tidak akan membawa penyakit.
 Ya Allah, bentukkanlah dia dalam kandungan mereka dengan bentuk yang
sempurna dan tetapkanlah iman hatinya pd-Mu dan utusan-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandungan mereka pada waktu mereka
melahirkannya dengan mudah dan selamat.
 Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sehat sempurna, punya akal
cerdas, alim, mau mengamalkan ilmunya.
Ya Allah, berikanlah dia umur panjang, badan sehat dan budi
pekerti yang baik, guna untuk membaca hadist dan Al-quran dengan
mendapat berkahnya Nabi Muhammad saw.
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam.



RESIPI PUDING KASTARD+KOKTAIL

Pada kebiasaannya,selepas makan tengahari atau makan malam atau minum petang pasti tekak terasa inginkan sesuatu yang manis.Terutamanya selepas menjamah lauk pauk yang agak pedas. PUDING KASTARD+KOKTAIL antara contoh pencuci mulut yang terkenal malah mudah untuk disediakan. Oleh itu ingin saya kongsikan cara-cara untuk menyediakannya. :)

BAHAN-BAHANnya ;
  • Tepung kastard
  • Susu cair
  • Koktail buah-buahan campuran
  • Gula
  • Garam
  • Air
  • Telur
CARA-CARA memasaknya ;

KASTARD
  • Masukkan 1 gelas tepung kastard ke dalam periuk
  • Masukkan pula 3 gelas air ke dalam periuk yang sama.
  • Kacau diatas api yang kecil.
  • Masukkan setengah gelas gula.
  • Kacau perlahan tanpa henti hingga menjadi ala-ala dodol.
  • Tuangkan ke dalam pelengat atau tupperware.
  • Simpan ke dalam peti sejuk hingga keras.
KUAH PUDING
  • Masukkan satu tin susu cair ke dalam periuk yang sama digunakan utk tepung kastard.
  • Masukkan 3 tin air dengan menggunakan tin susu yang tadi.
  • Masukkan sebiji telur yang telah dipukul.
  • Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini.
  • Masukkan secubit garam bagi memberi rasa lemak.
  • Kacau perlahan tanpa henti hingga mendidih.
Cara penyediannya
  • Potong kastard yang telah mengeras mengikut bentuk yang diingini samada kecil-kecil comel-comel besar-besar. ;)
  • Letak kastard tersebut di dalam bekas yang sesuai seperti gelas. Lagi molek guna bekas khas untuk puding.
  • Tuangkan kuah ke dalam gelas@bekas tadi.
  • Masukkan juga koktail buah-buahan campuran.
  • Siap untuk dimakan.
p/s : Lagi sedap jika ia sejuk. enjoy  ^_^.

Resipi Paih Ikan Timah

Alhamdulillah selamat kembali ke kampung halaman. ^_^ . Aktiviti bermula. Untuk permulaan cuti yang diharapnya akan terisi dengan perkara-perkara yang diredhoi dan indah ini, ingin saya kongsikan 1 resipi. PAIH IKAN TIMAH. Pronouns untuk PAIH ni sila ikut dialek perak ye :).

Pernah dengar IKAN TIMAH? Pernah lihat IKAN TIMAH? Rupa ikan timah ni seperti ikan bilis. Comel je. Halus. Kecil. Dan ia hanya hidup dalam air tawar sahaja. Air tawar sungai la kan? Dan menurut ibu dan ayah saya sangat susah untuk mendapatkan ikan ini.Ibu dan ayah saya membelinya di Bota. Dan penjual itu datangnya dari Gerik.Saya kagum dengan orang seperti ini. Demi mencari rezeki sanggup datang jauh-jauh. Masyallah. 

Macam-macam masakan boleh dibuat dengan ikan ni. Goreng rangup-rangup, goreng dengan telur dll. Tetapi saya nak kongsi cara-cara membuat PAIH.

BAHAN-BAHANnya :

  • Ikan timah
  • Bawang besar
  • Serai
  • Daun kunyit
  • Cili padi
  • Daun pisang
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Asam keping
CARA-CARA memasaknya :

  1. Kisar bawang besar,serai,dan daun kunyit secara kering.
  2. Gaulkan sebati bahan yang dikisar,garam,serbuk kunyit bersama ikan timah.
  3. Sediakan daun pisang yang sudah dibersihkan.
  4. Letakkan ikan timah yg siap digaul tadi bersama asam keping ditengahnya di atas daun pisang.
  5. Bungkus kemas-kemas.
  6. Panggang atas api.
  7. Alih-alihkan dan siap.
Untuk lebih umphh lagi, lebih afdol panggang diatas dapur kayu. Tapi untuk memudahkan kerja dapur gas pun is okay. Makan sementara ia masih panas. Oh ya makan secara berjemaah lagilah menambah kesedapan Paih tersebut.Sila jaga kebersihan kerana dapur anda pasti akan kotor dek kerana daun pisang yang terbakar. huhu. Resipi ini adalah resipi tradisional bagi negeri perak. 

Disini saya sertakan gambar sekali bagi memudahkan perjalanan anda didapur. :P


Langkah 4


Langkah 5

Langkah 6

Resipi Kerabu silom


Kerabu silom. Bunyinya sahaja sudah membuat kecur air liur. Anda mungkin tidak tetapi saya ya. Almaklom la orang kampung. ehehehe. Di NP jika teringin nak makan ulam-ulaman ni harus ke Restoran Nasi Ulam. X ke payah ? Jika di rumah buka saja peti sejuk nampak macam-macam. Sebab tu saya suka duduk di rumah. hahaha. Oleh sebab saya teringin nak makan kerabu silom maka dengan itu saya ingin berkongsi cara-cara membikinnya. 

BAHAN-BAHAN
  • Daun silom
  • Kelapa
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Limau kasturi
  • Belacan
  • Cili hijau
  • Cili padi
CARA-CARA membuatnya
  • Tumbuk cili hijau,cili padi,ikan bilis,belacan,garam dan kelapa.Tumbuk ikut turutan ya. Jangan campurkan sekali harung sahaja. ^_^
  • Setelah sebati kesemua bahan perahkan limau kasturi pula dan tumbuk lagi bagi meratakan asam sebentar tadi.
  • Gaulkan bersama daun silom yang telah di potong comel-comel dan siap.
Mudahkan? Inilah kelebihan masakan kampung.Simple sahaja. Makan bersama nasi kosong yang panas pun dah memadai. Sedikit info, kerabu silom adalah hasil gabungan sambal kelapa dan daun silom. Makanya jika x mahu dicampurkan dengan daun silom boleh juga dimakan begitu sahaja bersama ulang-ulam lain misalnya ulam raja, kacang kelisa dll. Selain itu x silap saya sambal kelapa ni adalah resipi dari Pahang. Ini seperti apa yang dikatakan oleh isteri sepupu saya yang berasal dari Pahang. Sekian sahaja daripada saya ('',)

Resipi Gulai Tempoyak

Lihat gambar disebelah. Ya musim durian datang kembali. Oyeh2. I like it. Tiba-tiba teringat kepada seorang sahabat saya semasa di sekolah dahulu dia amatlah elergik kepada durian.Sampai selsema la punya x suka durian.Eh terindu pula kat dia.:(

Ok berbalik semula pada alkisah durian ni, bukan semua durian itu sedap.Ada juga yang '' MANGKO ''. Mangko ialah dialek orang perak dalam mendescribekan kehangitan durian atau ketidaksedapan durian.Faham? Seprti yang sudah sedia maklum durian yang mangko ni pasti akan dibuat TEMPOYAK.Yeah.uhibbu2..hahaha. So bila dah ada durian ni x sah jika x buat GULAI TEMPOYAK. Sedap jika digandingkan dengan ikan patin,keli,temenung,baung,terubuk dan banyak lagi. Dan resipi hari ini ialah semestinya GULAI TEMPOYAK IKAN BAUNG.

BAHAN-BAHANnya

  • Ikan baung
  • Tempoyak
  • Timun
  • Serai
  • Garam
  • Air
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Kunyit 
CARA-CARA memasaknya
  • Kisar atau tumbuk cili padi dan cili merah
  • Ketuk serai.
  • Masukkan semua bahan  tidak ada yang terkecuali ke dalam periuk dan gaul sebati.
  • Hidupkan api dan biarkan hingga mendidih.
  • Kacau sikit-sikit dan siap.
Mudahkan? Seperti biasa jaga kebersihan dapur dan makanlah sekeluarga.Baru ada umph.Dan akhir kalam amatlah rugi bagi mereka yang x suka gulai tempoyak.huhu~~

Resipi Gulai Lemak Siput Sedut Batang Keladi

Slrpppp,.,slrppp,.,slrppp,.,begitulah bunyi bagi aksi sedut menyedut siput sedut.hahaha.Ok terus ke point of story resipi hari ini ialah GULAI LEMAK SIPUT SEDUT+KELADI.

BAHAN-BAHANnya
  • Siput sedut
  • Batang keladi
  • Santan 
  • Cili padi
  • Bawang
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Serai
  • Air
  • Daun kunyit
CARA-CARA memasaknya
  • Potong muncung cengkerang siput sepanjang 3mm.
  • Cuci siput sebersih-bersihnya daripada sebarang selut,pasir etc.
  • Kerat batang keladi comel-comel.
  • Kisarkan cili padi dan bawang bersama sedikit air.
  • Masukkan kesemua bahan kecuali santan ke dalam periuk dan hidupkan api.
  • Kacau hingga semua bahan menjadi mesra.
  • Apabila sudah mendidih masukkan pula santan.
  • Kacau,kacau,dan kacau dan siap.
Jangan lupa menjaga kebersihan sebelum,semasa dan selepas memasak ya. Sangat sedap dimakan secara berjemaah.Selamat mencuba.Selamat menyedut.^_^