Sup Cendawan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Fuhhhh *Tiup habuk*. Menurut kepada tajuk entry di atas, pada hari ini kita akan memasak sup cendawan. Ya sup cendawan. Sup ini adalah antara lauk yang tersenarai di dalam masakan-masakan yang tersenang pada abad ini.
Bahan-bahannya ; 
  • Cendawan Putih
  • Air
  • Daun kunyit
  • Garam
Cara-caranya ;
  • Masukkan cendawan putih,air,daun kunyit yang dikoyak-koyak dan garam ke dalam periuk.
  • Rebuskan sehingga air mendidih dan siap.
Simple kan? Dalam 10 minit sahaja kita dah boleh nak menikmati hidangan yang halal lagi lazat. Mungkin saya boleh tukar nama resipi ni kepada cendawan rebus? Sebab tiada bahan yang perlu ditumis segala. Saya kira masakan ini sangat sesuai untuk mereka yang bujang. Yang sudah mendirikan rumah tangga also can. :)

Tiada minyak dan santan digunakan. Maka ia sangat sihat. Bagi yang sedang berdiet turut disarankan memakan makanan seumpama ini. Bila kita sihat, kita sedang mensyukuri nikmat Allah. Nikmat sihat. Nikmat dimana ia sering dianaktirikan oleh manusia. Jika ditarik nikmat sihat itu, nescaya hidup kita bergelumang dengan ubat-ubatan secara berterusan. Maka sebelum nikmat itu ditarik, marilah kita bersama-sama mencuba resipi di atas. ;)

Resipi Sup Ikan Merah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bila tekak terasa perit nak telan air liur, bila hidung terasa seperti digeletek, bila mata mengeluarkan air tanpa disedari, bila mulut terasa pahit, confirm-confirm takda selera nak makan lauk-lauk biasa seperti ini, ini, ini, ini, ini, dan lain-lain. Hanya keturunan sup-sup sahaja yang mampu lalu ditekak. Ya tak? Maka menu hari ni adalah sup ikan merah.

Memandangkan ikan merah yang ayah saya terbeli itu keliatan dagingnya, maka hanya yang rebus-rebus sahaja yang mampu melembutkan daging ikan tersebut. Pernah dimasak kari tapi sungguh tidak lemak berkrim. Maka moh lah kita ke dapur. :D


Bahan-bahannya :


  • Kepala ikan merah
  • Bawang besor ( Dikisar )
  • Bawang putih( Dikisar )
  • Halia ( dihiris )
  • Air
  • Garam
  • Minyak
  • Asam keping
  • Kiub ikan bilis.
Cara-caranya :
  • Panaskan minyak dalam periuk/kuali.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga naik bau-bauan.
  • Masukkan kiub ikan bilis.
  • Masukkan ikan merah,halia,air,garam dan asam keping.
  • Kacau-kacau dan tunggu menggelegak.
  • Rasa garamnya,kacau sikit-sikit dan siap.
Senangkan? Orang-orang bujang memang sesuai sangat lah masak-masak macam ni. Tak bujang pun takpa. Hehe. Halia tu digunakan sebab tak nak bagi ada bau hanyir. Asam keping pulak untuk bagi sup kita tu masam-masam sikit. Kalau tak masam-masam macam tak berapa sedap kot. 

Oh ya, silalah jangan mencampakkan sahaja ikan-ikan itu kedalam periuk kerana geli hendak memegangnya. Nanti emak/opah/kakak kamu mesti marah. Boleh lah hidang dalam mangkuk cantik-cantik. Makan ramai-ramai. Nasi panas-panas. ^__^

Dah sendawa segala terus fikir nak cari katil dan bantal. Doa lepas makan tak baca pun. Kenapa tak baca? Lupa. Siapa yang selalu baca? Adik-adik kita yang masuk kelas lepas rehat. Kan? T___T. Harus lah terasa malu pada mereka si kecil comel itu. 

p/s : Saya lampirkan (ayat surat rasmi) sekali doa selepas makan. Maka silalah membacanya setiap selepas makan. Tak kira la sarapan ke,lunch ke, a'syak ke semua kena baca ok? Kita baca sama-sama ea? :D

Besar semacam je? Takpa. Senang sikit nak hafalkan?
Masdar

Ribbon Bow Pin

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kini saya menjadi seorang yang pemalas untuk mengemaskini blog. Tidak istiqomahkah saya dalam berblogging? Entah lah. Jika tidak keberatan silalah tinggalkan sebarang dua tiga patah nasihat untuk saya untuk menjadi rajin seperti sahabat-sahabat semua. T__T.

Ada sahabat bertanya kenapa tak nak update blog? Saya jawap nanti-nanti lah. Dia berkata lagi, ok tapi tunggu la genap dua minggu baru update. Kenapa dia cakap begitu? Sebab sejak kebelakangan ni saya akan update blog setiap dua minggu tanpa dirancang. =,='

Oleh yang demikian hari ini saya telah gagahkan diri untuk update blog pink saya ni. Silakan menjamu mata melihat gambar-gambar proses saya membuat pin yang comot-comot comel-comel ini. Semua ini terjadi ketika sahabat lama saya Syarifah menempah 65 biji pin riben. 1malam 1 hari saya mengerjakan ini. Jika crafters lain mungkin mengambil masa sekejab saja tapi saya? Terlalu lambat. :'(



65 keratan semuanya.
dijahit ditengah-tengah untuk mengslimkan riben tersebut.
Duduk ikut rumah sukan ya anak-anak.
Mari belajar menyusun riben.
Piring bujur emak saya. Terima kasih emak.
Tutup atas (close up) :P
Back view. Ada pin diblakangnya.
Contoh penggayaan oleh model tanpa muka hanya berbahu.
Out of stock - 5,6 and 12.
Syarifah mahu kesemua warna. Setiap warna mahu 5pcs. Maka 65 biji totalnya. Teringin nak pakai jugak? Boleh saja nak order kepada saya. Murah sangat. RM1.30/pc. Nak borong? Pun boleh. Minimum untuk wholesale 100 pcs and above. Best price saya akan bagi. Nak pilih sesetengah warna sahaja? Pilih nombor then inbox saya di MUKABUKU  ek? 

*AWAS! INI BUKAN GULA-GULA :P
p/s : Pin yang  comel untuk orang yang comel. Orang yang comel adalah pemakai tudung yang tegar. Bukan saya yang cakap. Orang lain yang cakap. Hehe. Nak jadi comel tak? Pakailah tudung. :D

Felt craft

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. Ini maksud surah apa anak-anak? SURAH AL ASR!! Aiwah. :D

Anak-anak murid saya kalau tang surah al asr ni memang akan baca dengan sepenuh jiwa raga lah. Sebab apa? Sebab dah tak sabar nak balik. Jangan kata budak-budak, kita yang tua-tua ni pun suka sebab program/majlis dah selesai. Lagi satu ada makan. YA tak? Ya saya tau. ;P

Daripada kecil sampai besar, 80% orang islam hafal kot surah ni. Ate sudah dari sekolah tadika lagi sudah dididik. Tapi berapa ramai yang feeling habis pada surah ni? Sekadar lalu di bibir je la kot. Dihati? Tak singgah langsung. Memanglah pendek je tapi jangan tak tahu surah ni lagi hebat daripada buku-buku motivasi yang kat kedai tu. Betul. Tak tipu.

Antara yang terpopular isi kandungan surah ini ialah tentang kepentingan masa. Masa itu emas. Motifnya nak suruh manusia ni hargai masa. Emas mahal tau sekarang. Haritu RM177 per gram. Itu haritu. Harini? Nampak RM terus terbeliak biji mata. Cuba kalau sebut tentang masa tu tersembul jugak biji mata. Kan bagus gitu. Hehe.

Waktu sihat dan waktu lapang. Dua waktu ni lah yang manusia suka buat heran tak heran. KEKASIH kita dah pesan 1400 tahun dulu lagi tau. Kita? Asyik depan tv tengok sapa yang menang mentor 5. Tengok sapa yang dapat masuk final konsert af. Tengok crew pertandinganlompatlompatterbaringbaringterkangkangkangkang showdown yang mana kena battle. Kan kan kan?

Daripada cuci mata telinga tengok semua tu, apakata kita isi masa lapang 6 bulan ni dengan satu hobi baru. Bukan lukis-lukis guna AI tu. Tu hobi lama. Haha. Ni hobi baru. Nama dia main gunting benang kain felt. Hehe. KRAF FELT lah. Apa tu? Baca sini. Ok dah tahu kan? Daripada kain felt ni,kita boleh buat macam-macam antaranya keychain,hairclip,headband,pencil case,hanphone charm,car charm,handphone case dan banyak banyak banyak lagi. :D

Tak nampak bayang lagi? Biarlah gambar yang menjelaskan semua.cewah. :P

meow meow..
Motokar
Jantung pisang
Pokok bunga atas kepala
Ok dah nampak bayang kan? Semua ni dibuat daripada kain felt jenis polyster. Felt ni ada macam-macam jenis, antaranya polyster,wool,arcylic dll. Saya masih belajar lagi dengan semua benda ni. Jahitan masih tak kemas. Gunting pun senget-senget. Hehe. Kalau tengok hasil kraf crafters lain saya rasa saya ni kecil sangat. Huhu. Ate kata baru je kan. Haruslah tak cantik kraf-kraf saya ni kan. T_T.

So bila pagi-pagi dengan malam-malam saya akan mengadap hobi baru saya ni. Petang-petang? Haruslah ke sekolah. Saya harap sangat masa cuti kali ni saya isi dengan perkara yang berfaedah. Berfaedah dan akan dikira sebagai amal soleh. Eh boleh ke dikira sebagai amal soleh? Bukan ke amal soleh tu macam solat,ngaji,puasa? Boleh. Apa-apa perkara umum jika kita niatkan keranaNya insyallah Allah ambil kira. Allah tu tak kedekut kan? Free je nak bagi pahala. Tak berkira pun. Cuma kita ni je.Suka je sia-siakan peluang itu.

Eh ada lagi gambar saya nak tunjuk ni. Boleh tak? Boleh la eh. :D

Name tag tak gebu.
Bunga gemuk.
For her for him.
Back view yang atas tu.
Bunga tembam.
Footprint sape?
Secara tuntasnya (ayat syarahan), masa yang ada jangan dianak tirikan. Jangan malam nak exam je baru nak anak emaskan masa tu. Kalau tak, rugi lah kita. Rugi yang ni bukan macam rugi meniaga. Ni rugi advance punya. Makanya jemputlah menempah banyak-banyak kepada saya. Biar masa saya terisi. Huhu.

*Eh saya serious ni. Kalau-kalau terminat atau tertarik boleh saja nak tempah. Contact Facebook saya eh. Nak design lain pun takpa. Warna lain lagi lah takpa. :D

Resipi Serawa Mempelam

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Masdar gambar.
Musim mempelam tiba lagi? Mempelam atau mangga atau pauh akan mula celik melihat bumi dengan cerdas dan cergasnya apabila masuk saja bulan April hingga bulan Julai. Tak kiralah yang muda atau dah masak semuanya sedap. Yang muda masamlah! Masam lah sedap kan kawan-kawan? Saya suka cecah dengan gula. Nak-nak masa muda-muda dulu time pakai uniform putih biru. Huhu. Ibu saya anti sungguh dengan style saya tu. Beliau pula suka cecah dengan garam. Saya pula yang anti style ni. Hehe.

Tak kisah lah cara macam mana pun, asalkan buah,garam dan gula tu semuanya halal. Bukan hasil curian, rompakan mahupun cilokan. Cukup dengan bismillah ianya akan hadam dengan mudah. Tak payah nak sahut cabaran Nestle Bliss 14 Hari ( takda kaitan ). Back to the topic, apabila terlalu banyak kerana terlalu murah dan terlalu ramai yang memberi, for sure kadang-kadang tu tak lalu lagi nak masuk dalam perut ni kan. Sampaikan mempelam-mempelam tu jadi terlalu masak terlebam-lebam.

'Cantik' kan bekas pencuci mulut saya? sob3~
Bila dah terlebam-terlebam tu, saya memang ngada-ngada tak nak makan dah sebab tak cantik. Hehe. Jangan tiru aksi ini ya kawan-kawan. Kesian ibu saya, terpaksa beliau yang menghabiskan buah-buah yang dah tak cantik lagi tu. Itu lah emak kan. Emak ni tak tergamak melihat makanan makanan ni membazir. Mesti digagahkan jua menganga untuk habiskan. Sebab tu kalau kaum-kaum ibu ni ter'comel' jangan nak merungut ya kaum-kaum bapa!!

Oleh yang demikian ya puan-puan, dek kerana tak sanggup hendak membiarkan bayang-bayang pembaziran ni menjelma apa kata kita pelbagaikan cara untuk menghabiskan mempelam-mempelam di rumah kita. Seronok lah si bertanduk kalau nampak kita membazir. So,macam mana nak bagi si bertanduk tu menangis? Kita buat SERAWA. Senang sangat nak buatnya. Huhu.

BAHAN-BAHANnya :
  • Mempelam masak
  • Strawberi
  • Susu cair
  • Gula
  • Air
  • Garam
CARA-CARAnya :
  • Potong mempelam secara mendadu comel-comel.
  • Belah strawberi kepada dua.
  • Tuangkan susu cair yang telah dicampur dengan sedikit air masak ke atas buah-buah.
  • Taburkan sikit je garam.
  • Taburkan gula banyak sikit dari garam.
  • Gaul gaul dan siap!
Senangkan? Sekejab je pun buatnya. Oh ya, strawberi tak wajib pun. Watak utama kita mempelam. Saya buka peti sejuk terjumpe strawberi yang dah nak kecut. Hehe. Kenapa nak campurkan air kedalam susu? Sebab nak jimat. Haha, Lagi banyak susu, lagi sedap serawa kita sebab berlemak je rasanya. Guna susu pekat pun takpa. Jika guna susu pekat memang wajib bancuh sampai cair. Garam tu untuk melemak-lemakkan lagi serawa tu.

p/s : Kalau sejuk lagi sedap. Nak sedap lagi? Makan berjemaah okayh? Jangan lupa baca doa! Sometimes,sibuk ajar anak-anak,adik-adik baca doa sebelum makan tapi yang kita tua-tua ni pula yang tak baca. Apa kes?

Perempuan lebih emosional?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Perempuan lebih emosional berbanding lelaki? Tetapi masih baik hati. Macam mengutuk diri sendiri pula kan? Tadi di sekolah, subjek pertama adalah hafazan. Dengar saja hafazan terus anak-anak murid kesayangan merungut malas mahu menghafal. ISH3. Maka akal ligat mencari idea untuk menukar sedikit style hafazan. Saya buat permainan kuiz. ( takda la kreatif mana ). 

Kuiznya ala-ala macam hafazan di majlis tilawah alquran @ ihtifal. ULANG DAN SAMBUNG. Saya baca dua tiga kalimah, siapa tahu jawapan angkat tangan cepat-cepat. Mula-mula pelajar yang hadir hanya sejemput. Tidak sesuai jika mahu buat vice versa. So, saya pun menyoal by tahun ke tahun. Bermula dengan tahun satu selepas itu tahun dua. Dua minit kemudian semua pelajar tiba. Boleh lah nak main Lelaki lawan perempuan. Mereka sangat sangat seronok mahu berlawan dengan jantina lain-lain. Fitrah.

Satu jawapan yang betul 10 markah. Jika salah tolah lima markah. Sangat gerun kan? HAHA. Mereka sangat bersemangat. Yang mengantuk terus segar. Yang lapar terus kenyang. Yang berborak terus diam. Semua menanti soalan dari saya. Punya lah semangat sampai tak sempat baca habis berebut-rebut mengangkat tangan. Hatta cikgunya pun keliru nak pilih yang mana satu angkat dulu. HUHU.

Sangat heaven agaknya melihat markah semakin bertambah di papan putih. Nak- nak pula seri tidak berbeza. Masing-masing sibuk mem'boo' lawan masing-masing jika mendapat markah. Itu situasi enam soalan pertama. Hari yang sejuk tiba-tiba menjadi panas mendidih apabila situasi berubah. Berubah angka di papan putih. Kelihatan banyak mines di colum perempuan. Pelajar lelaki mendahului. Tercuit hati.

Murid perempuan semakin malas untuk mengangkat tangan. Luntur sudah semua semangat bila melihat murid lelaki semakin aktif mengangkat tangan. Muncung sedepa semuanya. Mata bukan main lagi tajam merenung lawan mereka sambil berpeluk tubuh. HAHA. Tersenyum lebar.

Tidak selesai disitu sahaja. Bersambung ke subjek Akidah pula. Saya menyuruh mereka menyalin sesuatu ke buku tulis. Dijadikan cerita ada pelajar tahun satu yang tidak membawa pencil case. Mahu meminjam daripada kawan-kawan lelaki semua stok bawa sebatang pensel saja. Mahu meminjam daripada kawan perempuan semua tak mahu bagi gara-gara kalah. 

Saya diam saja waktu ini. Mahu melihat gelagat mereka. Mahu melihat siapa yang baik hati mahu meminjamkan pensel. Tiba-tiba seorang murid perempuan bangun pergi menghempaskan meletakkan pensel diatas meja murid yang takda pensel tadi sambil menjeling dan memuncung. HAHA. Macam-macam.

Perempuan hatinya lembut. Mudah tersentuh. Mudah beremosi. Tetapi masih baik hati. Tidak sanggaup melihat musuh kawannya berasa susah. Tidak tegar melihat kawannya dimarahi guru kerana tidak menyiapkan latihan. Lelaki pula sentiasa cool. Dijeling perempuan masih cool. Dipukul dengan sapu tangan juga masih cool. Itu sebabnya kuasa talak ditangan lelaki. Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana dalam segala aspek. SUBHANALLAH.

Seronok menjadi mereka. Hati mereka sangat suci. Tanpa noda. Tanpa dosa. Kita? Benarlah kata Allah anak-anak ibarat kain putih. Ibubapa lah yang perlu mencorakkannya. Bijak mencorak putih hasilnya. Jika tersilap? 

Resipi Asam Pedas Ikan Pari

Bismillahirrahmanirrahim
Allah memberi kesejahteraan ke atas kamu

Jom main teka-teki nak? Dalam banyak-banyak ikan,ikan apa yang boleh dimakan tulangnya? Jawapannya apa anak murid?? '' IKAN PARI ''. Ya betul. Hehe. Maafkan saya kerana menggunakan intro yang agak bosan. Sob3 .Ok.  Ikan pari adalah sanak saudara ikan jerung. Akan tetapi disebabkan mulutnya yang kecil lagi comel itu, agak mustahil untuk dia menjadi sangat merbahaya seperti saudaranya itu.Untuk lebih mengetahui tentang si pari ini boleh lah ziarah di sini ya. :)

Jom lah pergi dapur kita masak Gulai Asam Pedas Ikan Pari. Saya tahu ramai yang dah tahu cara-cara memasak gulai ini. Mesti you all cakap i ni lambat kan?? T___T. Tak kisah lah saya nak kongsi jugak. Kot-kot lah saya lupa nantikan ada jugak e-recipe. Hehe :P

BAHAN-BAHANnya :
  • Ikan pari 
  • Ciliboh
  • Minyak
  • Air asam jawa
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula ( sikit je )
  • Daun cendohom (Kesum)
  • Bunga kantan
  • Tomato
  • Serai ( diketuk )
  • Air
CARA-CARAnya :
Kuali ibu saya yang sangat comel T_T
  • Panaskan minyak dan tumiskan ciliboh. Jangan banyak sangat ye ciliboh tu, nanti jadi Ikan pari masak sambal pula. Hehe.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau.
  • Masukkan pula air, asam keping, daun cendohom, bunga kantan,serai, garam, gula and last but not least watak utama kita Ikan Pari.
  • Tunggu hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan tomato dan kacau la sikit2 dan siap!
Mudahkan? Oh ya, macam nak tahu ikan pari tu dah masak ke belum? Mesti dah tahu kan? Tak pe lah saya nak taip jugak. Bila ikan tu dah melentik kira dah masak la tu. Huhu. Selepas masak-masak semua tu jangan lupa cuci ye. Sangat tidak sedap jika makan nafsi-nafsi ( seorang-seorang ). Jemput makan semua. ^_^

Doodle pertamaku yang macam ......

Bismillahirrahmanirrahim.
Allah memberi kesejahteraan keatas kamu semua.

Lama tidak memerah minda mencipta bait-bait kalimah. Hari ini saya cuba lenturkan kembali jari-jari yang sudah memang keraih gedegang dengan entry pendek. Dulu-dulu saya ada mendownload software Adobe Illustrator di blog ini. Teruja melihat dolly-dolly yang comel di blog itu, maka hati pun meronta-ronta ingin mencuba juga walaupun tiada bakat sejak azali lagi.

Dulu-dulu juga jenuh saya menatap dan menghadam tutorial-tutorial membuat dolly di blog itu tapi tak aplikasikan pun. Dan semalam saya bertekad mahu bersengkang mata mencuba juga tak kira apa jua halangan menimpa (cewah) hehe. Tapi tak jadi. Act, jadi tapi tak comel. Huhu. 

Dan tadi pulang sahaja dari sekolah saya cuba lagi. Dan kali ni saya puas hati sikit. Huhu. Saya tahu dolly saya tak cantik, tak comel, tak macam-macam lagi lah tapi at least saya cuba kan? Okay lah. Itu saja kali ni nak beritahu. 

Kesimpulannya kita jangan lekas putus asa apabila sekali dah gagal. Penat memang penat tapi at last nanti kita akan berasa puas dengan hasil usaha kita tu. Tapi jangan terlalu puas hati miah bi miah (100%) kerana masih banyak lagi kecacatan dan kelemahan yang perlu kita baiki. 

Sama lah juga dengan konsep beribadah. Jangan pernah berasa puas dengan segala ibadah yang kita telah atau sedang lakukan. Rasulullah  SAW sendiri pernah bengkak-bengkak kakinya dek kerana kesungguhannya dalam beribadah padahal seperti mana yang kita tahu Rasulullah SAW itu Kelasih Allah. Ini pula kita kan T___T. 

Oleh itu obses lah terhadap perkara-perkara yang menaikkan saham kita diakhirat nanti seperti mana kita obses terhadap minat-minat kita. Sekian~


Saya tahu saya tak cantik..sob3

dOa buat......[2]

Macam pernah tengok je kan tajuk entry macam ni kan? Tapi dekat mana ya? Dekat sini kot? Ya dekat situ. Hadaf saya menggunakan tajuk yang sama adalah untuk menceritakan perihal orang sama pada entry yang lepas. Istimewa sangat ke dia sampai ada entry khas untuk dia? YA!!. Dia sangat istimewa.

Sejujurnya saya tidak mengenalinya jika tiada rombakan majmuah (kelas) untuk semester 3 dan 4 di NP ini. Namun Allah itu Maha Mengetahui. Telah tersurat untuk saya dan dia belajar di majmuah sama iaitu Majmuah Empat. Kadang-kadang ketika berbual dengannya terkeluar juga persoalan macam mana kita boleh rapat ek? Jenuh memerah otak tak jumpa juga jawapannya. Biarlah. 

Dimana ada dia disitu ada saya terutamanya pada hari yang ada kelas.Duduk didalam kelas pun agak jarang untuk berasingan melainkan kami datang lewat maka tempat duduk kegemaran pun dirampas.hOhO.Dah duduk dekat-dekat tu faham-fahamlah. :P. Dan dan nanti mesti ada sahaja antara sahabat kami cuba untuk memiisahkan tempat duduk kami. ish3

Pada kebiasaanya jika bukan hari kuliah atau pun pada malam hari saya dan dia akan berpisah.hahaha. Maksudnya saya dan dia akan bersama dengan orang lain. Dan dan dan pasti ada suara yang bertanya gaduh ke? Saya pun jawab tak lah, malam-malam cuti-cuti tak kawan dengan dia. :P

Tak kira pagi,petang atau malam jika bersama dia saya tak pernah tidak berasa gembira. Sungguhpun jika sedang moody terus tak jadi nak moody. Saya tak pernah bosan dengan dia. Mujur tidak sebilik kalau tak alamatnya tak tidur malam lah hari-hari. Berkongsi cerita, meluah rasa, menyelesaikan masalah, meminta pendapat, bertikam lidah yang tak pernah sudah. Ada sahaja topik untuk dinunaaqishkan bersama.

Kalau nak nukilkan disini segala cerita yang ada tentang kami berdua memang agak penatlah jari-jari saya mahu menaipnya. Dan terpusing cermin mata saya nak pilih cerita yang mana mahu dikongsikan.Baiklah, saya teruskan kepada agenda utama mengapa kisah dia yang saya nukilkan. Pada tarikh ini yakni 9 Febuari adalah hari ulang tahun dia yang ke 20. Maka dengan itu saya menjemput diri saya untuk menyampaikan ucapan selamat buat si dia. Dipersilakan dengan segala hormatnya. :D

Dear PUTRI,
Masa mula-mula ko conteng buku aq bila birthday ko aq terus ingat kot tapi ko tetap conteng jugak dekat semua buku aq sebab ko takut aq lupa kan? Kebetulan Malam Ruknu sama tarikh dengan birthday ko haruslah aq tak boleh lupa.Kalau lupa memang saja je. Lepas tahu je birthday ko awal dari aq, aq selalu kot panggil ko 'kak'. Yelah lagi pula ko kan lagi tinggi dari aq mestilah ko kakak kan? heE~

Hari-hari jumpa hari-hari ada je point nak boraknya kan. Sampai dalam kelas, luar kelas, dalam dewan, kantin,dalam farmasi, tepi jalan, tengah melintas pun nak borak.ISH3. Sekali je tak borak masa nak hafal hadis. Kalau aq join ko hafal hadis kat maktabah alamatnya sampai tahun depan pon tak terhafal hadisnya. Kalau ko tak kerahkan aq hafal hafal hafal dan hafal mesti aq tak hafal punya. Terima kasih Putri.

SodiQoti,
Bila aq susah ko selalu tolong aq kan. Contohnya macam lepas Mahabbah dulu. Kan aq tak beli lagi tiket bas tapi ko dah balik rumah Amal, aq ngadu kat ko takde kawan nak teman pergi KB terus ko minta tolong orang lain belikan tiket aq.Terima kasih tau. 

Ada lagi,bila aq dapat tau tarikh yang Melor bagi sama dengan tarikh futsal tak boleh nak tunda-tunda terus ko cakap ko nak join. Aq tau ko teruja habis nak main sebab ko kan pencinta sukan tapi ko sanggup berkorban kot.Ko cakap 'takkan nak biar adeq aq sorang-sorang kot'. Terima kasIh lagi.

ZamiLati,
Ko tau tak sebenarnya aq dah lantik ko jadi penasihat aq tau. Yelah bila fasi ada program mesti aq cerita dekat dulu. Nanti mesti ko bagi macam-macam idea pendapat. Bukan hal-hal fasi je semua hal kot aq cerita kat ko. Dari hujung tudung sampai hujung kasut semua ko tau rahsia aq. Agak-agak aq melencong mesti ko nasihatkan aq walaupun masa tu kita tak iktiraf pun jadi sesi kaunseling. Thank you so much tau.

Tapi course kita lain-lain pula kan. Kalau sama mungkin minat kita lain-lain jugak. Bila aq sedih sebab kawan-kawan yang kita berdua rapat semuanya IAJ mesti ko cepat-cepat nak sedapkan hati aq. Semua yang IAH ko tanya nanti nak ambil apa tapi susah jugakkan nak cari yang sama macam aq. Thanks again eh.

Ukhti,
Masa musim emosi aq tak stabil dulu ko selalu cuba nak stabilkan balik kan.Masa koko dulu ko sanggup tolong aq tengah-tengah malam susunkan kumpulan adik-adik SMKB. Padahal semua tu kerja aq dengan Rahimah tapi pada yang sama banyak pulak taklifan-taklifan lain aq kena handle. Syukran jazilan.ea.

Tapikan setiap kali ko cerita pasal ibu dengan ayah ko nak hantar ko pergi sana setiap kali tu aq rase nak ambil selotip tutup mulut ko.Ko tau kenapa? Sebabnya nanti on the spot je aq sebak. Tapi aq kan tabah kan kan. huhu. Nantikan kalau betul-betul ko kene pergi jangan lupa bagi tahu aq tau. Touching ouh taip perenggan ni.T_T. Bolehlah jugak aq tengok siapa mahram ko dgn adik ko. :P

Sahabat,
Manusia ni diuji dengan ujian yang bermacam bentuk bukan sebab apa, sebabnya hendak ditinggikan darjatnya di akhirat sana di dalam syurga. ALLAH kurangkan di dunia sebab hendak lebihkan di akhirat sana di syurga ALLAH yang tiada bandingannya. Kalau kita manusia ni meredakan setiap ujian tu, dianggap ibadah  kepadanya.

Apa yang kita ceritakan semua itu hiburan kepada manusia. Kalau kita manusia ni faham peranan Tuhannya mesti kita merasakan ujian itu sebagai penglibur lara kepada jiwa kita. Setiap kesusahan itu adalah hiburan buat kita dan kalau kita faham semua tu kita tak perlu nak berduka. 

Apa yang ALLAH lakukan kepada kita dan kalau kita faham semua itu,semua itu adalah demi kebaikan kita. Itu adalah satu khabar gembira buat kita. Kalau kita faham semua itu adalah kebahagian manusia,kalau kita faham yang ALLAH itu tersangatlah baik kepada kita, semua tu satu keuntungan buat kita. Kalau kita sabar dan redha itu adalah khabar gembira daripadNYA.


Kenangan ketika di Sweet Beach Resort
*credit to Habibah

Putri,
Selamat menyambut hari ulang tahun sahabatku sayang. Semoga semakin hampir denganNYA. Semoga ALLAH redha usiamu sahabat Semoga ukhuwah kita diredhaiNYA. Semoga rantaian keimanan yang menghubungkan hati kita berdua. Sayang ko. Maafkan semua kesalahan aq yang aq buat secara sedar atau pun tak sedar ea. 

Maafkan aq sebab tak celebrate birthday ko. Sejujurnya aq tak reti kot bab-bab macam ni. Aq tak nak surprise celebrate semata-mata yang mengeratkan lagi ko dengan aq. Aq nak ko dengan aq jadi macam dalam hadis 7 tu. Hadiahnya nanti ea. So sory sis. Mungkin ini yang terakhir aq dapat wish panjang-panjang untuk ko walaupun ini yang pertama. Kita tak tahu rencana masa depan. 

Terima kasih sebab sudi dan masih sudi jadi sahabat aq.Terima kasih banyak-banyak. Semoga ko dengan aq mati sebagai pemenang dalam ujianNYA. Sayang ko sangat-sangat.