Sup Cendawan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Fuhhhh *Tiup habuk*. Menurut kepada tajuk entry di atas, pada hari ini kita akan memasak sup cendawan. Ya sup cendawan. Sup ini adalah antara lauk yang tersenarai di dalam masakan-masakan yang tersenang pada abad ini.
Bahan-bahannya ; 
  • Cendawan Putih
  • Air
  • Daun kunyit
  • Garam
Cara-caranya ;
  • Masukkan cendawan putih,air,daun kunyit yang dikoyak-koyak dan garam ke dalam periuk.
  • Rebuskan sehingga air mendidih dan siap.
Simple kan? Dalam 10 minit sahaja kita dah boleh nak menikmati hidangan yang halal lagi lazat. Mungkin saya boleh tukar nama resipi ni kepada cendawan rebus? Sebab tiada bahan yang perlu ditumis segala. Saya kira masakan ini sangat sesuai untuk mereka yang bujang. Yang sudah mendirikan rumah tangga also can. :)

Tiada minyak dan santan digunakan. Maka ia sangat sihat. Bagi yang sedang berdiet turut disarankan memakan makanan seumpama ini. Bila kita sihat, kita sedang mensyukuri nikmat Allah. Nikmat sihat. Nikmat dimana ia sering dianaktirikan oleh manusia. Jika ditarik nikmat sihat itu, nescaya hidup kita bergelumang dengan ubat-ubatan secara berterusan. Maka sebelum nikmat itu ditarik, marilah kita bersama-sama mencuba resipi di atas. ;)

Resipi Sup Ikan Merah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bila tekak terasa perit nak telan air liur, bila hidung terasa seperti digeletek, bila mata mengeluarkan air tanpa disedari, bila mulut terasa pahit, confirm-confirm takda selera nak makan lauk-lauk biasa seperti ini, ini, ini, ini, ini, dan lain-lain. Hanya keturunan sup-sup sahaja yang mampu lalu ditekak. Ya tak? Maka menu hari ni adalah sup ikan merah.

Memandangkan ikan merah yang ayah saya terbeli itu keliatan dagingnya, maka hanya yang rebus-rebus sahaja yang mampu melembutkan daging ikan tersebut. Pernah dimasak kari tapi sungguh tidak lemak berkrim. Maka moh lah kita ke dapur. :D


Bahan-bahannya :


  • Kepala ikan merah
  • Bawang besor ( Dikisar )
  • Bawang putih( Dikisar )
  • Halia ( dihiris )
  • Air
  • Garam
  • Minyak
  • Asam keping
  • Kiub ikan bilis.
Cara-caranya :
  • Panaskan minyak dalam periuk/kuali.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga naik bau-bauan.
  • Masukkan kiub ikan bilis.
  • Masukkan ikan merah,halia,air,garam dan asam keping.
  • Kacau-kacau dan tunggu menggelegak.
  • Rasa garamnya,kacau sikit-sikit dan siap.
Senangkan? Orang-orang bujang memang sesuai sangat lah masak-masak macam ni. Tak bujang pun takpa. Hehe. Halia tu digunakan sebab tak nak bagi ada bau hanyir. Asam keping pulak untuk bagi sup kita tu masam-masam sikit. Kalau tak masam-masam macam tak berapa sedap kot. 

Oh ya, silalah jangan mencampakkan sahaja ikan-ikan itu kedalam periuk kerana geli hendak memegangnya. Nanti emak/opah/kakak kamu mesti marah. Boleh lah hidang dalam mangkuk cantik-cantik. Makan ramai-ramai. Nasi panas-panas. ^__^

Dah sendawa segala terus fikir nak cari katil dan bantal. Doa lepas makan tak baca pun. Kenapa tak baca? Lupa. Siapa yang selalu baca? Adik-adik kita yang masuk kelas lepas rehat. Kan? T___T. Harus lah terasa malu pada mereka si kecil comel itu. 

p/s : Saya lampirkan (ayat surat rasmi) sekali doa selepas makan. Maka silalah membacanya setiap selepas makan. Tak kira la sarapan ke,lunch ke, a'syak ke semua kena baca ok? Kita baca sama-sama ea? :D

Besar semacam je? Takpa. Senang sikit nak hafalkan?
Masdar