Majlis khatam alQuran

Amira : Ustazah, mak saya kata bila saya dah khatam mak nak buat pulut kuning sikit,nak buat kat rumah ustazah atau ustazah Huda?

Apakah ini? Ini ialah petikan dialog salah seorang 'anak murid' saya.KUI3! Sebenarnya dia ni anak murid kakak saya. Setiap malam selepas maghrib dia dan beberapa orang lagi datang belajar mengaji al Quran. Sekarangkan saya sedang beristirehat di rumah makanya saya menolong la kakak saya ni mengajar.

Pada kebiasaannya,mereka ni akan pergi mengaji di rumah kakak saya tapi bila saya yang ambil alih tugas ni makanya mengaji dirumah saya la ehh rumah ibu ayah saya la. huhu. Ok berbalik pada alkisah si Amira nak khatam al Quran ni, tadi selepas maghrib mak kepada Amira ni datang dengan membawa PULUT KUNING. Siap asingkan lagi 1 untuk rumah kakak saya dan 1 lagi untuk rumah ibu ayah saya.

Saya : Nak buat macam mana ya?
Mak Amira : Ikut ustazah la saya pun xde pengalaman lagi, ni pertama kali anak saya khatam.

Ikut ustazah? HAHA. Saya berasa sedikit segan diberi gelaran begitu. Saya hanya adik kepada ustazah la makcik.HOHO. Saya call kakak saya tapi boleh pula dia kata x larat. Aiyoo~. Makanya berbekalkan sedikit pengalaman menyertai majlis khatam alquran di sekolah dan di  Np, majlis pun berjalan. HAHA. Saya sangat nervous ya pada waktu itu tapi berjaya cover. :p. Selepas tu mereka-mereka ni pun makan pulut kuning tersebut di rumah saya juga, X sempat nak bawa balik.ISH3.

Amira ni bagus budaknya. Baru darjah tiga tapi mengaji lancar je.X seperti kawan-kawan sebayanya.X tertekan pun masa betulkan bacaannya. Ibu saya kata dia ni hatanya terang. Alhamdulillah. Pernah saya bertanya 'juzuk 30 dah hafal?  Dia menjawab ' dah! cikgu suruh saya hafal nanti senang nak masuk pertandingan apa-apa bila tahun empat nanti. Semangatkan budaknya?

Kepada Amira, MABRUK ALAIKI! Jangan lupa lepas ni ngulang balik ye. Tolong-tolong la tengok-tengokkan abang kamu tu. Belajar rajin-rajin tau! ^_^.

NURUL AMIRA
Satu pengalaman baru buat saya. Dan sedikit perkongsian. Mengajar mengaji ni betul-betul perlukan kesabaran yang tinggi. Jangan marah-marah. Nanti ada je budak yang nangis. huhu. Ibu saya kata,bukan semua budak dah pandai ngaji. Kalau dah pandai x payah la datang belajar. Kepada ibu bapa silalah belikan alQuran yang ada warna warni tu. Senang sikit anak-anak nak faham. 

Dan sekali lagi kepada ibubapa, jangan lah berhentikan anak-anak daripada sekolah KAFA, semata-mata kerana UPSR.TUISYEN. Xde maknanya anak-anak tu kalau pandai akademik tapi ngaji x pandai. Percubaan untuk memalukan anak-anak lagi ada la. Ye la, dan nak masuk sekolah menengah tapi ngaji x lancar lagi.

Dan lagi satu ya ibubapa sekalian, kalau anak-anak dah khatam sekali pun x bermakna mereka x perlu mengaji lagi. Mengaji ni kena istiqomah. Hari-hari kena mengaji sampai lah kita mati. Kalau x nak menghantar kepada guru mengaji sekali pun, anda sendiri pun boleh tengok-tengokkan.

Oh ya lagi satu, kepada makcik-makcik silalah jangan menyebarkan fitnah atau apa kerana mendengki melihat anak orang lain mendapat sedikit kelebihan daripada anak sendiri. X baik makcik. Fitnah tu lebih besar dosanya daripada membunuh. Bukan saya cakap tapi DIA yang cakap.

Maaflah jika saya berlagak pandai mendidik anak. Saya ni xde anak pun lagi.HEHE. Cuma ini yang saya dapat lihat apa yang terjadi di sekeliling saya. Kesimpulannya marilah bersama kita mendidik anak-anak,adik-adik,atau siapa-siapa sahaja dengan cara yang betul yang telah islam gariskan. ISLAM tu mudah. Tidak membebankan pengikutnya. Dan ISLAM itu satu-satunya agama yang ALLAH terima disisiNya.

Alya,Amira,Nina dan Shasha
Afiq dan Ikram (abang amira)
Seronok makan pulut ramai-ramai

0 comments :