macam mana nak jadi guru ganti?

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk makluman semua, lepas aku habis belajo bulan januari hari tu, aku jadi guru ganti sampai la sekarang. Ramai jugak yang bertanya macam mana nak apply? Sebelum tu, setiap negeri lain-lain tau prosidur application guru ganti ni. Contoh macam aku dekat Perak pakai borang. Kalau Selangor pakai online je. Negeri lain aku tak tau. Ada tiga cara nak apply guru ganti. Khususnya sekolah rendah. Sekolah menengah aku tak tau. 

First, kena ambik borang dekat ppd yang terhampir. Macam rumah aku dekat kampar so ppd terhampir ialah Ppd Kinta Selatan. Isi borang selengkapnya. Lengkap tu maksudnya dokumen macam fotostat ic, sijil spm or stpm or stam or diploma or deg mesti disahkan dulu. Then baru hantar ke ppd. Nanti kalau ada kosong, ppd akan panggil interview. Kalau lepas interview dia akan call suruh lapor diri dekat sekolah.

Second, kena ada cable yang kuat dalam ppd. Frankly speaking la, aku dulu masa third year aku buat internship dekat ppd kinta selatan bahagian pentadbiran. Bahagian pentadbiran ni ramai kerani and ada jugak pegawai-pegawai ppd. So, masa aku dah habis belajar aku saja melawat ppd nak jumpa geng gosip terus cakap nak ambik borang guru ganti and tanya-tanya jugak ada ke cikgu yang bersalin. Disebabkan aku kenal semua pegawai dengan staf dekat situ, Allah pon permudahkan urusan aku. Interview pon takde. Ada la jugak aku masuk office pegawai pendidikan islam tapi bukan interview menyembang je. Huhu. Tak lama lepas tu ppd call suruh lapor diri dekat sekolah.

Third, kena ada cable yang kuat dalam sekolah. Sekali lagi aku bersyukur sebab kakak aku adalah guru jqaf dekat sk kampar. And dia kabor ada cikgu jqaf lain nak bersalin. Makanya dia bawak sijil spm dengan sijil thanawi aku pergi jumpa guru besar cakap aku nak jadi guru ganti. Nanti guru besar akan bawak nama calon yakni nama aku la pergi ppd. Nanti ppd akan meeting and kalau lulus dia akan call suruh lapor diri dekat sekolah.

Ni je la cara-cara yang aku tau macam mana nak jadi guru ganti. Korang boleh la tanya orang lain jugak. Lain guru ganti lain caranya. Mostly kawan-kawan aku semua jadi guru ganti sekarang sambil tunggu konvo. Nanti next entry aku sambung lagi tips trick pengalaman jadi guru ganti ni. Sekian.

4 comments :

A. Asyraf (asd_slade) said...

Salam
Nak tanya sikit, apa bezanya guru ganti lantikan PPD dengan lantikan sekolah?

Thanx

acuatiq said...

wsalam wbt. takde beza pon sebenarnya. sama je. dua dua gaji dari ppd. :)

Fza said...

Salam nak tanye...klu sijil dgree xde lgi sbb xkonvo leh pkai transkrip tak?

acuatiq said...

wsalam wbt fza. haah tak boleh pakai transkrip. tak laku :(. kite pakai sijil spm sebab dulu asasi sebelum sambung degree. huhu