PEARL' 10





1 misi telah berjaya disempurnakan dengan jayanya berkat keizinan daripada yang maha ESA lg maha MENGASIHANI. Misi yang dimaksudkan ialah PROGRAMME OF EXCELLENT ACADEMICS AND MORALS 2010 atau nickname nya PEARL '10 bertempat di SMKA KEDAH atau nama glemernya SMKAK .




Sebenarnya PEARL 10 ini adalah siri kedua. Siri pertama telah berlangsung di SMKA INANAM SABAH. Program ini adalah anjuran Kelab Fasilitator APIUM Nilam Puri. Selepas selesainya PEARL 10 di Sabah, mt2 dan exco2 kelab telah membuat keputusan untuk melaksanakan 1 lagi PEARL 10 di Kedah.

PEARL 10 telah berlangsung pada 18/5 hingga 20/5 mei yang lalu. Yang menariknya segala persiapan perancangan perbincangan dilakukan tanpa bertentang muka dan wajah. Menggunakan segala kemudahan yang ada pada masa kini maka terlaksanalah program ini.

Dan saya telah diberi amanah dengan memegang KD SUKAN. Bunyinya macam senang lagi mudah tapi hakikatnya hanya ALLAH saja yang tau. Terima kasih diucapkan kepada sahabat seKD saya kerana melunaskan tanggungjawap dengan sangat excellent .MyEm0.ComBerikut adalah kronologi PENGEMBARAAN MUTIARA JELAPANG PADI 2010.


17 Mei 2010
Berkumpul di motel Shahab Perdana. Menyelesaikan apa2 yang belum diselesaikan.Dibriefing oleh timb pengarah program dan ketua fasilitator akan segala hal yang berkaitan dan x lupa juga pada hal2 yang penting about SMKAK dan segala isinya .

18 Mei 2010
Bertolak ke SMKAK yang hanya lebih kurang 10 minit perjalanan dari Shahab dengan menaiki bas SMKAK. Tiba disana kami telah dijemput oleh 2 orang kaunselor SMKAK . Selepas solat zohor maka berlangsunglah taklimat dan seterusnya perasmian oleh Pengetua SMKAK sendri iaitu Puan Hajjah Basyirah. Didalam ucapannya beliau meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada kami para fasilitator dalam PEARL 10 iniMyEm0.Com. Hal ini amat merunsingkan kami terutamanya saya sendiri. Terfikir2 adakah saya mampu untuk merealisasikan harapan puan pengetua ??







Setelah tamat sesi taklimat telah berlangsung sesi suai kenal bersama para fasilitator dan memberi sedikit sebanyak info tentang APIUM NILAM PURI kepada adik2. Tidak dilupakan juga slot disiplin yang disampaikan oleh KD DISIPLIN. Bila menyebut tentang disiplin pasti akan terlintas diminda akan kegarangan KD DISIPLIN.MyEm0.Com

Pilihan yang sangat tepat lagi sesuai. Kedua2 nya mampu mendisiplinkan adik2 SMKAK. Seterusnya proses penyerahan barang amanah kepada adik2. Barang amanah yang dipilih ialah BISKUT. Adik2 diminta untuk menjaga biskut tersebut dengan sebaiknya. Tidak mahu ia pecah,lemau etc. Pendek kata ia perlu dijaga dengan sebaiknya bersama fail yang diberikan.Kemana pergi wajib membawa barang2 tersebut. Dan kami para fasilitator akan berusaha untuk merampas barang amanah tersebut.MyEm0.Com Nampak agak nakal disitu tapi itulah salah 1 cara dalam mentarbiyahkan adik2.

Setiap program pasti ada lagu tema.Begitu juga PEARL 10. Lagu tema yang dipilih oleh ketua fasilitator ialah DEMI MATAHARI by SNADA. Ia adalah maksud kepada SURAH ASY-SYAMS. Maka sebab itu jugalah ayat hafazan yang perlu dihafaz oleh adik2 ialah surah ASY-SYAMS. Rupa2nya disebalik lagu ini ada hikmah yang tersirat.Saya sendiri kagum dengan penyampaian ketua fasilitator akan maksud surah ini. SUBHANALLAH. 





LDK 1 . Detik yang ditunggu2 oleh semua fasilitator. Saat ini adik2 telah dibahagikan kepada 13 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang peserta. Setiap kumpulan akan mendapat 2 orang fasilitator. 1 abang dan 1 kakak. Didalam LDK 1 ini fasilitator dan adik2 akan bertaaruf dan membina ukhuwah antara 1 sama lain. Kemudian fasilitator akan membimbing adik2 untuk mengenali siapa pencipta kita dan untuk apa kita diciptakan.







19 Mei 2010
Hari yang sangat memenatkan. Sungguhpon penat tapi bermakna. Bersenam aerobik diiringini lagu SHA LA LA [x igt tajuk..hehe] nampaknya menggembirakan adik2 dan x lupa juga para fasilitator.Adik2 juga telah diuji tahap kepekaan mereka dengan beberapa permainan.




Seterusnya slot ceramah dari pensyarah jemputan. Impressed. Ini yang saya  nampak dengan mata jiwa saya. Ustaz ini bukan sahaja mampu menarik perhatian adik2 bagi mendengar ceramahnya malah berjaya menarik hati adik2 dan hati para fasilitator sekali akan pengisian yang disampaikan. 10 bintang diberi.











Pada sebelah hari kedua ini sebanyak 2 LDK telah dijalankan bersama adik2. Meskipun mengalami kekangan waktu tetapi LDK tetap berlangsung dengan jayanya insyallah. Didalam LDK ke 2 adik2 ditekan kan tentang kepentingan menjaga adab bersama guru. Selain abang dan kakak fasilitator berkongsi tips2 bagaimana cara kami belajar, adik2 juga diberi peringatan akan berkatnya keredhoaan guru itu sendiri.LDK ke 3 pula, kami telah menukar corak penyampaian ilmiah kepada sebuah permainan. Tidak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan serta dorongan daripada beberapa pihak adalah salah satu resolusi yang ingin dicapai berdasarkan permainan tersebut. Pentingnya pengorbanan dalam kehidupan demi kejayaan juga diterapkan dalam permainan tersebut. 


Petang yang mengharu birukan KD SUKAN. hahahaha. Sungguhpun haru terlaksana jua akhirnya EXPLORACE untuk adik2 tersayang. Adik2 perlu melaksanakan 6 task yang berbeza disetiap checkpoint.Setiap task yang disediakan mempunyai motif dan resolusi tersendiri. Namun masih ade rasa sedih di jiwa ini apabila terkenangkan tentang kekangan waktu yang menyebabkan adik2 x sempat untuk menghabiskan explorace ini.







Pada sebelah malam pula, sesi debat perdana telah dijalankan. Adik2 telah dibahagikan mengikut kumpulan baru. Teramat lah sengit antara 1 kumpulan dengan 1 kumpulan yang lain. Pada masa ini setiap kumpulan perlu mengeluarkan hujah masing2 disamping membidas kembali hujah2 daripada kumpulan yang lain. Dipengerusikan juga oleh seorang debater makanya segalanya berjalan dengan lancar.


Agenda seterusnya ialah yang pling dinanti2kan oleh semua fasilitator. MALAM MUJAHIDAH. Konsepnya sama seperti muhasabah. Seperti program2 ditempat lain pasti pada malam terakhir akan berlaku sesi memupuk kesedaran dalam diri para peserta. Pada malam itu KD DISIPLIN sangat memainkan peranan yang cukup besar bagi mentarbiyah adik2. Bersaksikan padang yang luas langit nan gelap maka merembes keluarlah air mata keinsafan dan kesedaran.Mengimbas kembali sejarah2 para anbiya' tak lupa juga para wanita solehah menjadikan malam itu begitu syahdu dan pilu sekali.








20 Mei 2010
Seperti biasa setiap malam aktiviti hirosah masih berjalan.Kami para fasilitator akan bergilir2 tidur dan bangun.Biarpun mata mengantuk tetapi tanggungjawab harus dilaksanakan dengan semoleknya.Qiamullail tidak ditinggalkan.Seusai solat solat subuh,khidmat diri,sarapan tibalah detik untuk sesi fotografi untuk setiap kumpulan bersama fasi masing2.




Setelah itu adik2 diberi sedikit taklimat ringkas mengenai protokol dan adab2 ketika majlis penutupan PEARL 10 dan majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar meskipun terdapan cacat cela yang tidak dapat dielakkan.






Tibalah saat yang paling tidak digemari ramai iaitu salam wida' ataupun salam perpisahan antara fasi dan adik2.Diiringi dengan lagu2 persahabatan dan perpisahan maka sekali lagi air mata mencurah2 ibarat paip yang telah lus getahnya.Konon pada mulanya bertekad tidak mahu menangis tapi sebagai manusia siapalah kita? Hati kecil ini sentiasa terusik dengan esakan demi esakan daripada adik2.Setelah bertukar2 nombor telefon dan secebis nasihat maka terpisahlah kami.



Apa yang saya dapat menerusi program ini? Ilmu.Ini sudah pasti.Lagi? Sahabat baru.Saya dapat rasakan perbezaan yang sangat ketara antara sebelum semasa dan selepas program ini. Sebelum program jelas terdapat tembok penghalang. Semasa program tembok itu runtuh sedikit demi sedikit. Dan selepas program tembok itu runtuh keseluruhannya. Kasih sayang antara kami jelas terpancar tak kala kami mengabiskan cuti kami dengan bersiar-siar di sekitar Kedah dan Perlis.



Hakikat yang x boleh disangkal lagi saya berasa sangat bahagia dengan ukhuwah yang terjalin antara kami terutamanya apabila sahabat saya AIN terpaksa pulang awal. Saya terpaksa menumpang kasih sayang dengan senior-senior kakak-kakak yang masih berbaki.Sejujurnya saya takut jika saya 'keseorangan' disana. Tapi tidak sebenarnya. Saya benar2 di'adik'kan oleh mereka.huhu~