TerkaGum sebentar

Alkisah...tersebut lah 1 kisah dimana saya sedang merendek dengan ibu saya ke pekan Kampar. Tujuannya nak mencari kain telekung untuk dibuat telekung la xkan nak buat cadar kot. Pusing punya pusing sampai jalan sehala pun menjadi 2 hala kerana drivernya seorang yang jenisnya x ingat jalan akhirnya pilih lah 1 kedai kain ni.Ibu saya panggil kedai tu kedai insya al la kerana tuan kedai tu suke menyebut perkataan insyaallah biarpun dia adalah seorang berbangsa cina.

Oleh sebab saya ni jenisnya akan mengantuk apabila masuk ke kedai kain saya pun biarkan sahaja ibu saya memilih kain yang hendak dibeli.Tup2 jumpa pula.Uncle tu pun tanya la nak buat ape dengan kain itu. Ibu saya jawab nak buat telekung. Uncle tu jawab balik '' ohh kalau mahu bikin telekung kena 2 meter setengah, 2 meter x cukup sebab nanti U nak angkat tangan masa sembahyang ''. Wahh..saya kagum.

Sambil2 uncle tu gunting kain dia tanya saya '' U tingkatan berapa? '' Perghh panas pula tiba2. Tapi saya senyum sahaja.Ibu saya jawabkan untuk saya '' dia belajar di Matrix UM. Saya pun pergilah menghampiri dia. Dia bertanya lagi kepada saya '' U ambil kos apa? ''. Saya jawab asasi/foundation syariah.Dia blur sebentar.Dia tanya lagi '' err macam mana tu? Nanti U jadi ustazah la ya? '' Saya jawab balik '' x juga uncle,  syariah ni ada banyak pilihan ada economy,banking,law,kaji bintang pun ada. Dia pula yang kagum.'' Oh banyak juga pilihan,so U nanti jadi lawyer la ya.Sesuai la dengan U.Orang nampak U kecil tapi kalau U jadi lawyer sure orang takut ''. hahahaha. Saya dan ibu hanya senyum2.

Seminit lepas tu dia kira harga kain yang ibu saya beli. RM85. ish3.Ibu saya bergurau dengannya '' Kenapa U  bagi kain mahal2 ? ''. Dia jawab balik. '' ala kak, telekung haa hari2 u pakai. Sehari 5 waktu u sembahyang. X rugi maa. Lainlah kalau baju cantik2 shining2 U pakai bila ada majlis besar2 sahaja. Betul x adik? Kalau raya pun U mesti segan mahu pakai baju cantik2 nanti orang kata U ghairah sangat ''.

Saya kagum untuk kali ke2. Dia orang cina tahu solat ada 5 waktu.Jika kita bertanya kepada orang islam yang islam hanya dalam ic adakah mereka tahu? Erm...saya terfikir sendirian hingga tersalah kereta. Patutlah tekan alarm x bunyi2 rupa2nya kereta orang lain.ish3.

0 comments :