KisAh RasuLuLLah dan sebiji Limau

Pada suatu hari,ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat R.ANHUM, seorang wanita kafir telah datang bertemu Rasulullah SAW dan telah memberikan sebiji buah limau yang sangat cantik.Rasulullah SAW sungguh gembira akan pemberian itu.

Rasulullah sungguh gembira akan pemberian itu. Rasulullah terus membuka kulit limau dan memakan buah limau itu seulas demi seulas sambil tersenyum2 ke'feling'an tanpa memhulurkan walau seulas limau kepada para sahabat. Para sahabat sungguh pelik lagi musykil.Hal ini kerana pada kebiasaannya Rasulullah SAW akan berkongsi makanan dengan para sahabat R.ANHUM apabila mendapat sesuatu akan tetapi pada kali ini tidak.Ini telah membuatkan para sahabat tertanya2 mengapa Rasulullah SAW berbuat begitu.

Apabila wanita kafir itu telah pulang barulah sahabat bertanya mengapa Rasulullah berbuat begitu. Baginda menjawab '' sebenarnya limau tadi tidak manis apatah lagi sedap tetapi SANGAT masam. Aku tidak berkongsi dengan kalian semua kerana aku tahu kalian semua akan naik berang dengan wanita kafir tersebut ''.

Sementara wanita kafir tersebut pulang ke rumahnya dalam keadaan kecewa hampa pilu frust hiba dll. Hal ini kerana misi dia untuk mengenakan Rasulullah dan para sahabat telah gagal dek kerana mulianya akhlak NABI MUHAMMAD SAW.

Lihatlah betapa mulianya akhlak Rasulullah. Baginda tidak suka memperlekehkan pemberian orang especially wanita kafir. Dengan akhlak begini ia dapat memberitahu orang kafir untuk mengetahui bahawa islam itu indah. Rasulullah SAW juga sangat menjaga hati para sahabat. Rasulullah tidak mahu sahabat terasa tertipu akan sebiji limau yang sangat cantik.

Marilah bersama2 kita mencontohi Rasulullah. Kita x boleh untuk menjadi seperti Rasulullah tetapi kita boleh mencontohi akhlaknya. Ramai yang berkata kita x mampu. Itu salah sama sekali duhai manusia. Setidak2nya kita berusaha untuk mempunyai akhlak mulia seperti yang ditonjolkan oleh Rasulullah.Jika tidak mengapa ALLAH menurunkan ayat 12 Surah al Ahzab yang bermafhum:

"Sesungguhnya bagi kamu semua pada diri Rasulullah itu merupakan contoh tauladan yang baik"

Dan tercatat 1 hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim "Akhlak Rasulullah S.A.W itu adalah Al-Qur'an"

0 comments :