SENGGUGUT : derita remaja ?

Ya senggugut amat tidak disukai oleh golongan remaja.Ops perempuan sahaja,Harap maklum.
hahahahaha.Seperti yang sedia maklum senggugut hanya akan berlaku apabila tibanya musim makzurah bagi seseorang perempuan itu.Tidak semua perempuan akan mengalami senggugut. Dan bukan setiap bulan perempuan akan mengalami senggugut.

Senggugut pada kebiasaannya akan dialami pada 2 hari yang pertama pada musim makzurah. Tak pernah lagi saya dengar ada orang senggugut pada hari ke 5 atau ke 6. Itu dusta belaka. Senggugut ini boleh membuat seseorang itu boleh pengsan jika dia mengalami senggugut yang teramat sakit.Ada juga yang terguling2 menahan kesakitan.Sakit kepala,muntah2,kekejangan dan kadang2 satu badan rasa sakit2 dan lenguh2.

Senggugut berlaku disebabkan oleh pengucupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu selaput endometrium.Darah ini perlu keluar daripada saluran pangkal rahim.Dan kelazimannya dinding rahim remaja masih sempit.Sebab itu lah wanita yang sudah berkahwin mereka tidak lagi mengalami senggugut.

Dari sudut sainsnya senggugut boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu primer dan sekunder.Bagi golongan remaja yang belum berkahwin mereka akan mengalami senggugut primer ini. Ini adalah normal dan menunjukkan anda subur.So x perlu risau.

Senggugut sekunder pula berlaku kerana wujudnya sel endometrium di luar rahim dan mungkin juga berlakunya pendarahan di dalam perut.Tumor serta tumbesaran yang tidak normal merupakan punca senggugut jenis ini berlaku. Kanser rahim dan jangkitan dibahagian pelvik merupakan jenis senggugut sekunder.

Ada 1 alkisah benar ni.Diceritakan bahawa seorang jejaka ni hampir mahu memutuskan tali pertunangan akibat mendapata tahu bahawasanya tunangnya selalu senggugut.Katanya risau nanti bakal isterinya x boleh nak hamil.Tetapi kalau dah jodoh xkan kemana.Alhamdulillah sekarang mereka bahagia.

Daripada lakisah diatas timbullah satu persoalan dimana benarkah jikalau perempuan itu sellau mengalami senggugut maka dia sukar untuk mendapatkan zuriat? saya x tahu menahu akan hal ini.Ada yang betul2 kesian kerana senggugut payah nak hamil.Tapi ada juga yang sehat wal afiat pun belum punya rezeki. Dan ada juga yang selalu senggugut alhamdulillah berjaya juga dapat baby. Kesimpulannya semua ini urusan ALLAH. Hanya DIA yang tahu disebalik sesuatu itu.

Apabila dah senggugut ni pastinya rasa ingin baring di atas katil sahaja. Tetapi kita perlu berusaha juga. Ambillah pil penahan sakit bagi mengurangkan kesakitan itu.Jangan biar ia semakin teruk!! Selain itu boleh juga menuam perut. Ala2 orang lebih bersalin tapi x perlu lah guna tungku batu sungai. Bubuh air panas2 suam ke dalam botol air mineral dan tuamkan ke perut. Bagi yang selalu pitam2 rasa pening2 tu jauhilah diri daripada bunyi yang bising2. Tutup lampu dan tidur.,.!!~

sumber:

  • http://www.kotex.com.my/
  • http://rahsiawanita.rahsiaperkahwinan.com/

1 comments :

armouris said...

info tentang senggugut di SIHAT SELALU - Soal-jawab Senggugut