Tidur

Semua orang tahu apa itu tidur.Semua orang tahu bagaimana untuk tidur.Especially untuk mereka2 yang sedang bercuti seperti saya :).Semua orang suka tidur.Itu sudah pasti.Ada x yang x suka tidur? mungkin kanak2 agak susah untuk kita suruh dia tidur jika dah bertemu sepupu sapapat (anak2 buah saya begitu harap maklum)Tapi bagi golongan remaja tidur itu amatlah heaven. Jika x cukup tidur pasti mata bengkak+merah+menguap x henti2+moOd pun x baik.Habis semua kerja x boleh jalan.

Tidur itu sangat penting dalam hidup manusia.Nak tidur ni pula bukan main redah sahaja.Masuk rumah boOm lebuh atas katil. Oh BUKAN begitu.Islam telah mengajar umatnya dalam segala aspek kehidupan hatta cara nak tidur.Berikut adalah kaifiat TIDUR CARA ISLAM :

  • Bermuhasabah Diri
  • Tidur dini
  • Berwuduk sebelum masuk tidur
  • Mengiring sebelah kanan
  • Makruh tidur meniarap
  • Kibas cadar 3 kali
  • Baca 3 Qul, Doa tidur
AWAS!! jangan TIDUR BERLEBIHAN pula...Hal ini kerana daripada sudut kesihatannya ia boleh membawa kepada kegemukan.Satu kajian yang dibuat oleh ilmuwan Universiti Pitsburgh keatas kanak2 yang agak kurang kurus (ace..ayat bunga habis ), terbukti bahawasanya mereka tidur 22 minit lebih daripada kanak2 yang berat badannya seimbang.

Tidur SELEPAS SUBUH juga adalah salah satu habit bagi mereka yang masih belum mempunyai tanggungjawab seperti bekerja senang cerita pelajar la.Alaa kalau sudah bekerja pun jika dihujung minggu pasti nak tidur selepas subuh.Namun tidur selepas subuh ini tidak membawa kepada rezeki.

 Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadir riwayat oleh al-BaihaQi yang bermaksud Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.

((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)).

Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri.

Kata2 diatas telah disebut oleh Imam Ibnu al-Jauzi, al-Sayuthi dan al-Zahabi.Namun ia bukan lah hadis sohih tetapi palsu.Akan tetapi ada 1 alkisah ni yang diceritakan oleh Ustaz Akhbar (pensyarah saya) yang saya kira amat terkena dengan kata2 diatas. Pastinya semua orang sudah mengetahui tetapi saya nak cerita juga !! hehe.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki ini x percaya akan kesan buruk tidur SELEPAS ASAR ni selama 40 hari. Makanya dia pun mengambil keputusan untuk membuat eksperimen.Hari pertama.Dia pun tidur la selepas asar dan kemudian bangun.Apabila bangun tu dia cakap '' hah x gila pun aku ''.Hari kedua pun begitu.tidur bangun dan cakap ''tengok x gila pun''.Begitu la hari2 seterusnya hinggalah hari ke 40.Dia bercakap perkara yang sama tapi pada masa itu dia berada diatas puncak of a tiang.

Dalam keasyikan ketiduran kelenaan sambil dibuai mimpi yang indah2 , tiba2 terdengar  pula bunyi yang tidak sungguh enak.Apakah itu? yaa itu bunyi dengkuran.ish3.Kasihan bagi mereka yang mempunyai pasangan yang TIDUR BERDENGKUR.

Dengkuran terjadi apabila apabila saluran dalam kerongkong seseorang itu menjadi sempit. Antara sebab ia menjadi sempit adalah kerana bertambahnya berat badan dan malas untuk bersukan. Makanya segala lemak telah berkumpul disitu. Oleh itu haruslah bersukan sekurang2nya 3 kali seminggu sekiranya tidak mahu melakukan operasi bagi menidaksempitkan saluran dalam kerongkong anda. 

Terutamanya kepada yang sudah berumah tangga.Jaga2!!Hal ini kerana kebanyakan mereka yang berdengkur di dalam tidur (mestilah dalam tidur xkan masa makan kot) adalah yang sudah berumah tangga. Almaklom la senang hati ada orang layan makan pakai. Cewwah.


sumber:
  • http://wardatulshauqah.blogspot.com
  • http://www.andriewongso.com
  • http://adninaim.multiply.com
  • hidayahnet@yahoogroups.com
  • http://cukupipul.wordpress.com

0 comments :