pemaluNYA menghias iman

Ummul Mukminin Aisyah berkata, '' Setiap kali aku masuk ke rumahku yang di dalamnya dimakamkan jasad Rasulullah s.a.w. dan ayahku sendiri ( Saidina Abu bakar r.a ), dan ketika hendak membuka baju, aku berkata di dalam hati, 'Tidak perlu malu kerana ada suamiku dan ayahku sendiri.' Tetapi setelah Saidina Umar r.a dimakamkan di  situ, demi ALLAH, setiap kali berada di dalam rumah aku sentiasa memakai pakaian lengkap kerana malu kepada Umar r.a.'' [Al-Qurtubi,Bahjah al- Majalis]

Lihatlah betapa indah sungguh peribadi beliau yang begitu malu walaupun kepada insan-insan yang tidak bernyawa. Sungguh begitu ketara perbezaannya dengan perempuan pada masa kini. ASTAGFIRULLAH. Semoga ALLAH memberi petunjuk dan terus memberi petunjuk

Dipetik dari majalah Solusi isu #22..saja nak retype balik. Sekadar ingin berkongsi kepada mereka yang tidak berpeluang lagi untuk membacanya.

0 comments :