SALAM AIDILADHA :)

Salam Aidiladha daripada saya dan  keluarga
 buat semua kaum kerabat,teman2,sahabat2 
dan seinfini muslimin dan muslimat yang
dirahmati ALLAH sekalian.

Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah disetiap tahun hijrah. Ia disambut kerana bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Tidak perlu bagi saya untuk menceritakan kembali kerana saya pasti semua orang tahu akan alkisah ini. Seharusnya kita sebagai umat islam perlu mangambil ikhtibar dan pedoman daripada kisah tersebut.Apalah gunanya jika kita semangat menyambut aidiladha tetapi tidak memahami erti sebenar pengorbanan itu. 

Pada tahun ini,sekali lagi ALLAH memberi kesempatan kepada segelintir malahan jutaan manusia untuk melaksanakan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan ibadah haji.Pernah saya ditanya adakah hanya golongan warga emas saja yang boleh tunaikan haji? Jawapannya mesti lah tidak kan? Ada je golongan muda belia yang pergi tunaikan haji tapi hanya minoriti saja dan majoriti adalah warga emas.Mengapa ya perkara ini berlaku?

Daripada apa yang saya tanya bertukar pendapat,terdapat banyak kekangan dan alasan yang menjadikan situasi ini berlaku.Misalnya lambat daftar di tabung haji,duit tidak mencukupi,anak-anak masih kecil,tidak bersedia dan banyak lagi. Dan antara alasan yang ingin saya highlightkan disini adalah anak-anak masih kecil.

Baiklah. Apa yang ingin saya katakan disini jangan jadikan alasan anak-anak masih kecil sebagai penghalang untuk anda melaksankan ibadah haji.Mengapa saya katakan begitu? Bukan kerana saya sudah beranak mahupun telah pergi tunaikan haji tetapi kerana saya pernah ditinggalkan oleh ibu dan ayah saya ketika saya berusia setahun lebih. hahaha.

Betul! Saya cakap betul. Saya tahu tentang perkara ini ketika mengikut ibu dan ayah saya ke satu tazkirah subuh ketia saya di bangku persekolahan lagi. Pada pagi itu topik yang perlu ayah sampaikan adalah berkaitan haji2 ni. Dan antara yang saya masih ingat adalah kekangan yang selalu menghantui muslimin muslimat adalah anak-anak masih kecil. Ketika ayah saya menceritakan hal ini pada subuh itu saya sendiri terkejut.Terus mata yang mengantuk jadi bulat.huhu.Mana taknya semua makcik2 yang ada didalam masjid tu senyum2 tengok saya. Agaknya kesiankan saya kot kena tinggal kecil2 lagi.hehe

Kata ayah saya,pada masa itu semua anak2nya masih kecil.Ada yang sudah besar pun tinggal diasrama.Maka tinggallah saya bersama arwah opah saya kot. Katanya lagi, peluang sebegini jangan berlapang dada untuk dilepaskan. Fikirkan tentang masa hadapan.Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan.Mungkin umur tak panjang ke,kekuranga duit ke, atau segala kebarangkalian yang tersirat dan hanya ALLAH yang tahu.

Konklusinya jangan mencipta alasan jika seruan telah tiba kerana peluang itu bukan mudah untuk kita dapat. Masih beribu lagi manusia diluar sana menanti panggilan baitullah. Akhir kalam,semoga seluruh umat islam yang sedang menunaikan ibadah haji selamat pulang ke tanah air dengan membawa haji yang mabrur. Amen ^_^