Pembedahan Jantung Tersumbat Bypass Part 1

Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Abang sulung saya, Abang Izham ada kawan yang jugak pakar jantung di Hospital Serdang. Prof Madya Dr. Jalil ni la yang nasihatkan abang Izham untuk bawak abah saya ke Hospital Serdang cek jantung dia. Memandangkan abah saya memang dah buat check up di KPJ Ipoh, diorang pun suruh refer ke IJN. Cadanganya Dr. Jalil ni la yang nak handle kes abah. Tapi bila dah check jantung dekat Hospital Serdang, pihak hospital kata better pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) terus sebab kelengkapan alat sempurna dan cepat servisnya. 




So abang Izham pun bawak ke IJN. Bila dah cek, Dr dekat IJN cakap abah kena buat Angiogram. Angiogram ni macam Xray atau scanning jugak dengan memasukkan kamera ke dalam badan kita nak tengok apa masalah jantung kita tu. Dengan Angiogram jugak, Dr. boleh cek apa masalah jantung kita samada saluran tersumbat, injab rosak, jantung bengkak, ada jangkitan kuman dengan injab dan macam-macam lagi.



Untuk kes abah saya ni, lepas buat Angiogram terbuktilah depan mata dia dan para Dr. yang abah ada 3 saluran darah yang tersumbat 100%. Kalau 2 je boleh proceed next rawatan macam pasang stand ke apa ke tapi kalau dan 3 tu memang Dr. sarankan untuk buat operation Bypass. Maka menginaplah abah saya dekat IJN tu dalam 3 4 hari jugak. Dr. yang handle kes abah saya ni Dato Dr. Jeswant Dhillon. Dia  ni classmate Dr. Jalil jugak.

Hari last abah dekat IJN baru la Dr. Jeswant ni bagi pilihan tarikh dekat abah untuk buat Bypass. Tarikh yang dia bagi either masa bulan puasa atau lepas raya. Abah pilih lepas raya sebab senang takde la dia nak kena ganti-ganti puasa pulak nanti. So tarikh yang Dr. Jeswant bagi 20 Ogos 2013. Tapi kena check in dekat IJN 18 Ogos 2013 dan berhenti makan ubat cair darah 13 Ogos 2013. Kena check in awal sebab nak bagi rehat dan stabilkan diri betul-betul. Sebab ada kes yang patient gula tinggi sangat la, darah rendah sangat la dan macam-macam lagi kes. 


Lepas dah discaj abah macam semangat tau nak jaga kesihatan. Dia google macam-macam ubat tradisional nak bagi saluran jantung yang tersumbat tu clear balik. Yang abah jumpa air campuran cuka epal, jus lemon, bawang putih. Minum hari-hari. Then setiap malam sebelum tidur tak minum kopi dah tapi minum jus epal hijau. Ditambah lagi tidur bercadarkan atau berselimutkan BVSM and berceragem hari-hari.. Alhamdulillah ada la bagi kesan dekat jantung abah.

BVSM
CERAGEM BED
Kesan tu kami tahu masa abah dah check in IJN lepas raya 18 hari bulan. Bila Dr. xray jantung abah, saluran yang tersumbat 100% masa buat Angiogram bulan Mac tu dah tinggal 70% satu saluran, 50% satu saluran and yang lagi satu still 100% tersumbat. Memang tak clear 100% tapi ada la jugak kan. Kuasa Allah semua tu. Memang kalau Allah pandang setiap usaha kita

Nanti saya sambung lagi cerita operation Bypass ni. Panjang sangat ceritanya. Huu.

#prayforabah
#prayforegypt
#prayforme. ehh? :P

4 comments :

Unknown said...

Asalam. Boleh tahu mana boleh dapatkan ceragem bed ?

Unknown said...

saya tak sure tapi memang ada dia open kedai dekat ipoh.

Unknown said...

Berminat lg ker katil ceregem

Unknown said...

Kat kuala selangor, dekat cimb bank,boleh tanya ,sekitar sana ada jual sampai sekarang.