Handsocks Lace Murah

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Awak awak semua tau kan lengan kita pon one of aurat kita yang wajib kita kena tutup. Tak kisah pun awak nak tutup macam mana. Tapi kalau saya prefer pakai handsocks je. Ada orang lain suka pakai baju yang lengannya ada cekak, getah-getah or letak butang. Tapi kalau saya memang kurang sangat baju-baju yang macam tu. Huu. 

Dulu kan masa sekolah ustaz-ustaz memang hari-hari ceramah pasal kena tutup lengan ni sebab dia kata orang laki boleh ikrab macam-macam dari lengan kita orang perempuan ni. Ikrab tu macam dia boleh baca satu badan kita dari melihat lengan kita saje. Seram u. Haha. Sejauh mana kesohihannya Wallahuaklam tapi tak mustahil kan. Lagi pun kalau kita yang bermazhab Syafie memang wajib tutup lengan tu. 

Even pernah kena tegur dengan ustaz pasal lengan saya buat tak tau je. Degil benor kan. Sampai la saya ambik asasi dekat UM Nilampuri, Kelantan. MPP JTK dekat sana memang strict gila pasal dressing pelajar perempuan. Tak boleh pakai seluar, keluar bilik pon tak boleh pakai tshirt lengan pendek and seluar dan kena pakai tudung even nak ke tandas, kena pakai tudung labuh bulat, tudung segi tiga bidang besar tak boleh sama sekali and last but not least kena pakai stoking dan stongan (stoking+tangan) atau sarung tangan atau handsocks.

Memula tu panas toksah cakap. Kelantan kalau bukan musim hujan boleh tahan panas dia plus pulak masa minggu orentasi tu. Biasa la minggu orentasi kan semua benda kena buat cepat-cepat dan kalut-kalut. Kakak-kakak MPP dengan JTK memang perhati habis siapa yang tak pakai stoking dengan handsocks. Siapa tak pakai kena marah kot? Ke tak? Saya pun lupa. Memang majoriti kawan-kawan dengan seniors pakai handsocks. Siapa tak pakai nampak pelik dan dia akan jadi segan automaticly. Hehe.

Lepas dah lama-lama study dekat sana tengok pulak kakak-kakak solat tak pakai telekung. Either dekat surau kolej atau dekat masjid bila outing Kota Bharu. Senang kan bila dah siap ambik wuduk pakai tudung, stoking dengan stongan terus solat. Tambah-tambah pulak kan telekung dekat masjid bukan wangi sangat pun. Kuning-kuning, ada taik lalat dan macam-macam. Haha. Yang bertabah dan bersabar tu memang slumber je pakai. Yang kurang bertabah macam saya memang tak la. Hikss. 

Bila dah jiwa dan sebati dengan handsocks ni masalah lain pulak timbul. Masalahnya saya tak suka sembarangan handsocks. Macam tangan saya kecik tau saiz dia. Handsocks dekat kedai yang famous masa tu yang jenis renda-renda then lama-lama dia berbulu dan semestinya besor gedabak. Satu cerita pulak kena jahit bagai. Tetiba saya jumpa handsocks yang penuh getah-getah tu dan bila saya pakai tak longgar pon. Memang sampai sekarang saya pakai. Dah berbulu pun. Hehe. 

Tapi sekarang saya jumpa pulak handsocks yang tak besor sangat plus cantik dan gojes gila. Memandangkan sekarang musim lace kan dekat handsocks pon dorang letak lace memang suka la kan. Saya beli banyak hari tu sebab kalau beli sikit macam rugi pulak postage. So sape-sape nak saya jual RM10 je sepasang. Tak masuk postage tau. Selalu saya nampak orang jual RM12 tapi saya malas nak sediakan duit baki. Hehe. 

Ada kawan saya yang hidupnya 24 jam bawak motor sebab dia guru besor sekolah kafa yang sangat busy pon beli sebab dia kata tak nak tangan dia hitam. Hehe. Bila Allah swt suruh kita buat something mesti ada hikmahnya. Serious. Kadang-kadang muka kusam je tapi tangan berseri-seri sebab tak terdedah.

Saiznya tak panjang sangat. Kalau tangan tak panjang boleh cecah siku. Kalau tangan panjang tak sampai siku. Ada getah dekat bahagian dalam. Kalau nak PM saya dekat Facebook ye. Kalau yang duduk area UM atau Kampar pas by hand je. Hihi.






4 comments :

Anonymous said...

(Y)(Y)(Y)

Anonymous said...

Assalamualaikum. ade lagi ke ni yg belum yillek

Aiza Fadli said...

Salam masih ade lagi tak

eyqa yushaiza said...

comelnya, nakkk tapi yus ganas sikit. nanti habis berbulu-bulu lace tu...