Justify

Dear bloggers,
Sorry to say but I had to.Sila justify kan setiap penulisan anda.Sangat tidak manis lagi comot ya apabila tulisan2 di blog anda tidak di-justify-kan. Jom saya berikan satu contoh.


Gambar diatas adalah satu contoh dimana penulisan yang tidak di-justify-kan. Isi kandungan molek dah. Tapi tak sedap mata memandang. Tidak kemas. Kalau pun ia adalah artikel copy and paste sekalipun biarlah kita tampilkan semula dengan keadaan yang  paling kemas. Mari saya tunjukkan pula contoh artikel yang di-justify-kan.

Haa! Comel kan? hehe. . Nampak tak perbezaan antara dua gambar ni? Sangat tenang menatap tulisan begini. Bukan kerana saya print screen daripada blog saya tapi ia adalah hakikat. Atau mungkin ada siapa2 yang prefer untuk tenang menatap tulisan yang tidak di-justify-kan? Sila angkat tangan!.Saya cakap betul ni.

Bukan cerewet atau mengada tapi ini adalah demi kemaslahatan bersama ya wahai bloggers sekalian.cewah. Bukan pada blog sahaja ya kita perlu justify,pada artikel2 pendek yang kita dok taip untuk tazkirah ke atau apa sahaja semua tu perlu di-justify-kan. Dan yang paling penting ASSIGNMENT ya kawan2. Pernah saya ditegur oleh pensyarah kerana tidak justify kan 1 assignment ni.memang semenjak kejadian itu saya sangat alert hal2 begini.Ala2 fobia pun ada kan? hehe.

Baiklah itu sahaja luahan jiwa saya. Lepas ni semua orang sila justify kan segala penulisan anda okayh? :) Maafkan saya atas semuanya. Gambar diatas hanyalah contoh semata-mata.

0 comments :