Bahasa budak sekarang

''...Camekom kaka musyukngade!! pe kabar? cehat ta? 
(assalamualaikum kakak busuk mengada-ngada!! apa khabar? sehat tak?)
tite tat tampong ni.kaka ta lek tampong ke? 
(kita dekat kampung ni,,kakak tak balik kampung ke?)
windu la tat kaka.sume owg tanya cal kaka...''
(rindu lah dekat kakak,,semua orang tanya pasal kakak)

Diatas adalah salah satu mesej budak2 zaman sekarang.AIK?? Saya ni bukan budak zaman sekarang ke? huhu. Selalukan kita jumpa ayat2 macam ni samada SMS,Facebook,Formspring,Blog dan sama waktu dengannya.Dan biasanya golongan dewasa akan pening dengan ejaan2 pelik macam ni.Saya juga tidak ketinggalan.Pening hendak menganalisakan maksud mesej yang diterima.Terkadang dan selalu maksud tak sampai.

Pada kebiasaannya yang selalu menaip ejaan2 begini adalah remaja.Jarang kot golongan ibubapa atau guru nak taip macam ni kan?.Dan dari apa yang saya lihat budak sekolah lah yang paling ramai menggunakan ejaan macam ni tapi ada juga manusia2 yang sebaya dengan saya atau lagi tua turut menggunakan ejaan macam ni.

Mari kita lihat sejarah bagaimana ejaan2 ini muncul.Bermula apabila telefon bimbit telah tercipta.Pada masa ini hanya golongan yang berada sahaja yang mampu membeli telefon bimbit.Itu pun telefon yang besar bagak bak kata orang Johor. Kemudian semakin lama semakin ramai yang mampu pakai telefon bimbit hatta kini pelajar sekolah rendah pun dah mula dibelikan oleh ibu bapa mereka telefon bimbit malah lagi canggih daripada kita2 ni.

Pada permulaan era SMS meletus,pengguna telefon bimbit ni akan menaip setiap patah kata dengan tamam (sempuna).Tidak tertinggal satu huruf pun. Tetapi semakin lama semakin penat pula hendak menaip panjang2.Oleh itu shortform pun terhasil.Pada ketika ini,shortform nya masih skema lagi. Misalnya TIDAK-TDK,KERANA-KRN.

Cikgu dekat sekolah kata tak boleh shortform dalam karangan tapi dalam SMS tak apa. Sebabnya untuk memudahkan dan meminimakan tenaga untuk jari menaip.Tetapi apa sudah jadi sekarang? Makin panjang lebar pula. Tak percaya? Mari saya datangkan contoh. YEKE-YEKEW,PON-POWN.

 Dan lagi satu selalunya mereka ni taip mengikut makhraj (pronouns) anak kecil yang baru tumbuh gigi.Contohnya KITA-TITE, SORRY-COWY. Alahai tak perlulah nak berangan untuk menjadi seperti anak kecil. huhu.

Haihh macam2 ya sekarang ni.Terfikir2 perlu ke untuk kita mengeja ejaan yang sedia termaktub di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka setiap edisi kepada ejaan yang menampakkan ketidakmatangan atau kemengadaan? Maafkan saya kerana mengkritik atau mengkomplen hal2 kecil lagi remeh temeh ni. Sekadar untuk meluahkan rasa pelik di kalbu.

1 comments :

Faieza Maddaru said...

Salam ukwah, hihihi....nice post, owg zaman skrg..hhhi,sebb mase kcik2 dulu x berkesempatan nk be_sms mnja2 nice sesangt, tegelak ija baca..sorry ada ejaan y sama ngn crita diatas..hihihi, hah pas nie jng tkjut pl, klu skrng " duit " dah jdi "wit"
ayt contoh "salam mak nk wit"......1 day nnti akan jadi " mak nk $"
kunfayakun.