Seminar Impactive Ramadhan

Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hai! Nama saya Atiq. Ini belog saya. Nama dia JAdilah Seperti Air Mutlak Air Yang Suci Lagi Menyucikan. Dah 2 tahun saya tak update belog. Siap privatekan lagi. Dah 2 tahun jugak saya tak menulis karangan. Huhu

2 tahun yang dulu belog saya warna pink. Sekarang belog saya warna oren. Orang cakap warna belog menggambarkan warna favourite penulisnya. Betul la kot orang yang cakap tu. Tapi suka jugak sikit-sikit warna pink. Huhu. Lepas fenomena kebanyakan blogger edit belog jadi macam comel-comel gitu saya pun nak jugak tapi bila dah edit macam tak comel pun? Takpe la ea. Asalkan ada jugak belog. Huhu. 

Dah seminggu Ramadhan kita hadapi. Sempat lagi tak nak ucap SALAM RAMADHAN KAREEM? Huhu. Haritu masa lepas saya habis exam semester ke 4, saya ada pergi satu seminar ni namanya SEMINAR IMPACTIVE RAMADHAN. Buatnya dekat KUIS. Niatnya lepas kutip segala ilmu daripada penyampai-penyampai yang mantop, Ramadhan tahun ni akan jadi lebih bermutu lagi unggul. Harap-harap tercapai. Ameen.

Klik untuk ke Website
Antara isi yang sempat saya tangkap dalam keadaan tidak membawa sebatang pen dan sehelai kertas pun sebab bajet akan dapat dalam fail tapi tak dapat pun adalah jangan duk kalut risau takut puasa batal je tapi tolonglah kalut jugak kalau-kalau pahala puasa terbatal. 

Macam mana pahala puasa boleh terbatal? Antaranya buat perkara yang sia-sia. Contohnya tengok rancangan yang tak membangun jiwa langsung dekat tv. Tak pun main game dekat facebook. Tak pun tengok variety show dekat internet. Mengadap home facebook berjam-jam sampai keje apa pun tak buat. Men-tweet benda-benda yang macam entah tak tau nak cakap pun sama.

Actually macam banyak sangat benda-benda yang boleh buat pahala puasa kita terbatal cumanya ramai yang tak peka sangat benda ni. Yang selalu dipekanya sampai kerut-kerut dahi gosok gigi batal tak? Takpun  korek hidung dengan telinga batal tak puasa? Kalau pergi cabut gigi waktu siang boleh tak? Dan macam-macam lagi. Betul la tu kena peka tapi peka lah dekat semua perkara. 

Lepastu ada jugak dikongsikan hukum-hukum feqah yang terkini macam hukum cucuk insulin bagi yang ada penyakit kencing manis. Hukumnya boleh. Tak batal puasa. Kalau hukum makan ubat cair darah pun boleh tapi kena biarkan ubat tu hancur sendiri masa letak bawah lidah tu. Kalau hukum ambil suntikan untuk taknak period/datang haid masa Ramadhan pun boleh takda masalah tapi macam takda keperluan sangat pun. Lainlah kalau kita pergi haji ke umrah ke yang tu memang satu keperluan. So biarkah saje haid itu keluar. Kita tu merujuk kaum wanita sahaja. 

Mr Bie menyanyi lagu Gi Ngoji dengan lagu Palestine-Palestine (tak ingat tajuk). Tapi ada masalah teknikal, microphone dengan speaker dia macam problem. Heliza pulak kongsi pengalaman dia masa pergi Gaza. Dasyat dan best dengar cerita dia. Tapi slot dorang ni memang kejab je. Patut dipanjangkan lagi sebab waktu ni je semua orang takda yang tidur. Haha.

Ustaz Izhar Ariff pun seronok jugak. Dia sangat sempoi dan open bila bagi talk. Habis semua perkataan sensor dia cakap. Contohnya dia cakap pasal pemakaian tudung yang betul. Dia cakap tak kisah lah tudung tu fashion apa samada empat segi ke, tiga segi ke, sarung ke, atau belit-belit ke asalkan tutup depan dan belakang. Belakang tu pulak mesti tidak menampakkan ehem-ehem. Tapi Ustaz Izhar cakap direct je. Dia cakap orang Syariah memang cakap lepas. Huhu.

Dr. Danial, Ustaz Shahrizan, Dr. Zaharuddin pun seronok jugak tapi dorang punya style lebih serious dan banyak sangat teori. Siapa tak kuat memang ting tong la masa slot dorang. Huhu. 

Forum yang moderatornya Imam Muda Asyraf semua orang segar kot. Sebabnya tajuk forum tu pasal Fikh Wanita dan Kekeluargaan. Panelnya Ustazah Noor Laila dengan Ustazah Fatimah Sharha. Sebab segar sebab 3/4 dewan penuh dengan peserta muslimat. Ustazah Fatimah Sharha cakap ada 4 sahaja perkara yang takda khilaf yang wanita period/datang bulan tak boleh buat iaitu puasa, solat, jimak dan tawaf. Yang lain semua khilaf. Dia ada sebut nama-nama kitab dan fuqaha tapi harus lah saya tak ingat. Hehe. 

Ustazah Laila pun ada kongsi cara-cara nak rasa makanan bila masak masa Ramadhan ni. Rasa secoek dengan lidah then ludah semula dilarang telan ye. Haha. Lepastu dilarang merasa makanan yang dah siap dimasak. 

IM Asyraf cakap bukan orang perempuan je kena tahu semua ni tapi orang laki pun kena tahu jugak. Senang nak didik isteri dan keluarga nanti katanya. Kata nak dapat makmum yang solehah, diri kena la kaya dengan ilmu. Ye tak? Perempuan pun sama. Huhu.

Majoriti semua ustaz-ustaz yang bagi talk akan sarankan untuk tak payah sangat pergi bazaar Ramadhan atas sebab-sebab tertentu. Banyak ye sebabnya dan macam boleh fikir sendiri. Kadang-kadang kan ada orang saje-saje nak jalan-jalan dekat bazaar Ramadhan, haa tak payah nak saje-saje sangat. Baik duduk rumah baca belog ni. Eh? :D

Banyak kot benda yang saya dapat tapi macam malas je nak taip? Hehe. Tapi agak terkilan sebab takde makanan pulak seminarnya. Ingatkan ada. Tak sure dibatalkan ke apa ke sebab saya dengan Mujib datang lambat sebab ingat start pukul 10. Sampai-sampai jumpa Zaki, Shamila, Madihah Hasyim, Kak Atun dan geng masteriansnya. Dan jugak jumpa Hajar Anis, junior masa sekolah dulu merangkap partner katil masa saya form 3 kot. Dia belajar situ.  
Budak pinjam tudung Nab tak pulang-pulang, Anis yang still comel dari dulu
Alkisah disebabkan yakin ada makanan memang tidak membawa cash yang banyak dalam dompet. So terpaksa lah pergi ATM machine untuk keluarkan duit. Tengah beratur ada seorang kakak tanya saya dari mana. Lepas borak-borak rupanya kakak tu bekas belajar KUIS jugak dan baru sampai daripada Terengganu subuh hari kejadian. Bertabah benar nak menuntut ilmu. Dia pun mengajak saya dengan Mujib pergi kafe bahagian belakang sebabkan kafe tepi tasik tu ramai sangat orang. Dan siap belanja lunch kitorang. Inilah rezeki namanya. Haha. Padahal baru kenal. Semoga Allah sentiasa melindungimu Kak Murni. So kami pon stick together all the time lah sepanjang seminar berlangsung. 

Mujib, Atiq dan Kak Murni yang baik
Rezeki dari Allah kita tak tahu bila nak bagi. Rezeki jugak bukan saje dalam bentuk duit dalam macam-macam bentuk. Sesungguhnya memang rezeki bukan di tangan manusia. Jadilah pemurah seperti Kak Murni dan jadilah peramah seperti Mujib dan saya. :P

Akhir seminar kami dihidang dengan persembahan daripada Saujana. Ada ahli baru dan lagu baru. Lagu Patah Hati wajib ada. Huhu. 


Akhir kalam selepas 2 tahun tak menulis di sini ialah kalau ada seminar anjuran Medina Training Consultants ni saya kena fikir 5 kali kot nak pergi lagi ke tak. Huhu.

kot kot ada yang sudi nak share, share la ea. hee.
 Background daripada google.
Pen off. Selamat bersahur. 

6 comments :

hajar anis said...

huhu... ade nur dibelakang kita ye..

aCu atiQ said...

bukan dibelakang anis, didepann. haha.

Aida Ismail said...

Seronok pergi majlis ilmu. Macam2 benda kita dapat :)

Cik JariManis said...

woah...2 tahun tak update blog? superb lah kak! hehe...

aCu atiQ said...
This comment has been removed by the author.
maryam ishmatullah said...

wah, ishma nak ikut pula seminar2 macam tu..
BTW, followed :D