Pembedahan Jantung Tersumbat Bypass Part 2

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Berbalik semula kepada cerita abah saya yang nak dibedah jantungnya sebab tersumbat tu, maka pada 18 Ogos 2013 bersamaan dengan raya ke berapa entah saya tak sure, abah check in ke IJN. Ikotkan 20 Ogos 2013 tu abah kena bedah tapinya kami dapat info yang Dr. Jeswant pergi Indonesia pulak. Ada hal lain katanya. Maybe jugak dia pergi membedah orang dekat sana? Dah namanya pakar memang dekat mana-mana negara pun nak pinjam dia.

Sebenarnya kan dari bulan Mac yang abah masuk IJN kali pertama tu, abah macam was-was tau nak buat ke tak pembedahan ni. Bila tanya pendapat anak-anak, ramai yang cakap tak payah. Even emak and wah (kakak) abah sendiri cakap tak payah. Dah tua katanya. Tapi saya sokong abah operate. Abang Izham pun cakap tak payah tapi lepas kena brainwash dengan Dr. Jalil dia pulak yang beria-ria menyokong abah buat bypass. Abah macam nak tau tapi bila dah majoriti kata tak payah dia jadi semakin confuse. Tapi memang obvious sangat yang dia nak. Dr. Jalil cakap kalau tak buat banyak jugak kesannya macam kaki selalu bengkak, dada selalu sakit, sesak nafas, boleh jadi stroke and macam-macam lagi.

Sambung balik pasal abah Dr. Jeswant pergi Indonesia tu, dia suruh Dr. Minoru cakap tunda satu hari. So, 21 Ogos lah abah kena bedah. Abah siap cakap 'alang-alang dah sampai sini operate je lah, kalau abah mati kome (korang) tanam je lah '. Itu je lah yang dia ulang-ulang bila orang tanya nak buat ke tak. Makanya 20 Ogos tu abah sign segala macam borang bersaksikan Dr. Minoru, abang Izham, emak dengan sorang kakak nurse. Sebelum sign tu abah dibriefing tentang jantung, urat, paru-paru dan operation tu oleh Dr. Minoru yang cakap English tapi lain macam bunyinya sebab dia orang Jepun plus bertambah pelik bila saya yang tak berapa nak cerdik English ni dengar. Huu

Dr. Minoru tengah briefing pasal jantung abah
Kami tanya-tanya jugak tentang risiko kalau buat bypass ni. Dr. Minoru cakap semua benda ada risikonya. Untuk bypass ni, risikonya adalah complication. Contohnya jangkitan dekat luka dada, hilang ingatan atau susah nak berfikir secara clear dalam, buah pinggang rosak, stroke dengan heart attack. Seram je bila dengar semua-semua ni. Dah kalau ada risiko-risiko yang dasyat macam ni kenapa pulak nak dibuat jugak bypass ni? Ni soalan kakak sy yang Huda tu tanya saya. Saya cakap risiko untuk dapat semua complication tu lagi besar kalau tak buat daripada tak buat. Entah betul entah tak saya jawab gitu. Hehe.

Dr. Minoru 
So 21 Ogos tu dalam pukul 12 abah dah get ready untuk dibawa ke Operation Theater (OT). Sebelum tu dia kena mandi, cukur satu badan dengan sapu lotion yang IJN bagi satu badan. Saya punya perasaan macam biasa je, maksudnya tak nervous ke takut ke. Selalunya bila saya tenang-tenang gitu Insyaallah takde apa-apa yang sedih berlaku. Huu. Dah sampai depan OT dekat-dekat dengan ICU, ada doktor lain tanya-tanya abah sape sign semua borang-borang tu. Oh ye, abah kena puasa hari tu dari pukul 3 pagi rasanya. Puasa tapi boleh makan ubat la. Sebelum pergi ke OT tu pun nurse ada bagi satu ubat dekat abah. Ubat apa tak tau.

Makan ubat apa tak tau sebelum operate
On the way ke OT
Dr. yang pakai serkup tu tanya abah siapa yang sign borang bagi operate
Masa doktor tu dekat-dekat nak tolak abah ke dalam OT, kami ada baca doa selamat sikit untuk abah and salam-salam dengan abah. Emak semestinya menangis. Huhu. Saya tak nangis ye, tabah punya orang. Kami dapat pass untuk masuk ICU lepas abah siap buat operation. Rasanya dalam pukul 2 kot abah masuk. Pada hari tu jugak ada dalam 10 orang jugak yang dibedah. Saya tau pun lepas skodeng list names dekat mak guard tu. Majoriti yang dibedah tu abah dengan kami semua kenal sebab sempat kenal dekat wad biasa.

Sebelum tu, nurse ada bagi list barang yang perlu ada bila abah masuk ICU nanti. Antaranya tuala, ubat gigi, berus gigi, kain sarung, baju butang depan, alat untuk training paru-paru, bantal dan ada lagi yang saya tak ingat. Sambil-sambil tunggu abah siap dibedah kami pergi makan, solat dulu. Beg yang untuk abah tu, kami tinggal je dekat ruang menunggu tu. Dijangka operation ni makan masa 5 hingga 7 jam gitu. Kami adik beradik ni dah bangun tidur bangun tidur tak siap-siap jugak. Huu.

Sekali tu dah dekat maghrib, saya nak pergi teman bangcik dengan wife dia kak nani pergi beli roti untuk dorang iftar dekat kedai News.com dekat bawah, tup-tup abang Izham upload gambar abah dekat group Whatsapp dalam ICU. Berjayalah tu maksudnya operation abah. Huhu. So kira-kira dalam 5 jam je abah dioperate. Kami pun berlari-lari lah pergi ICU balik nak tengok abah. Sekali saya pandang sorang makcik ni, dia tengah nangis. Mana tak nya, suami dia masuk OT dulu tapi abah yang siap dulu. Memandangkan saya dah pernah borak panjang dengan makcik tu dekat wad biasa, adik-beradik saya suruh saya pergi pujuk makcik tu. Hoho. Memang pandai pun saya memujuk orang. Macam lagi menangis ada la. Huhu.

Abah masa lepas operate dekat dalam ICU
Kami pun gilir-gilir masuk ICU tengok abah. Kesian sangat tengok abah sebab penuh dengan wayar dan mesin-mesin dekat badan abah. Masa turn saya jenguk abah Dr. Minoru datang. Dia cakap darah abah tak cukup so, kena ambik darah daripada tabung darah. Tapi yang bestnya abah tak pakai pun alat bantu degupan jantung. Dr. Minoru cakap abah kuat. Lagi Dr. cakap dorang ambik 2 urat daripada kaki kiri abah dari pergelangan kaki sampai lutut dan satu lagi urat ambik dekat area dada abah. Nurse tu kata kesan ubat bius tu lama jugak. 8 jam lepas siap operation baru abah akan sedar. If abah tak sedar sendiri nurses akan kejutkan abah. Kalau ikut perkiraan kami pukul 3 pagi esoknya abah akan sedar.

So malam tu kami pun balik ke rumah dengan perasaan gembira sambil semua orang update status FB tentang abah. Ingatkan kalau dah berjaya operate tu memang dah berjaya takde masalah lain dah rupanya banyak jugak masalah lain yang timbul. Itu nanti lah saya cerita kemudian ye. Sekarang saya nak menyiapkan bantal yang kawan saya order dari bulan puasa hari tu lagi. :)




Bantal-bantal yang macam ni lah yang saya buat. Nak order ke tanya apa-apa ke email sy ye? Ni email saya acuatiq75@yahoo.com. Tanya dekat Facebook, Twitter or Instagram pon boleh tapi email is very adviseble. :)

7 comments :

Lieza Nordin said...

sy xboleh tgk kalau ada ahli keluarga kat hosp.. rasa sayu je.. smga abah akk cpt smbuh..

btw..kreatifnya akk buat bantal tu =)

sha (chirp chirp) said...

semoga abah cepat sembuh. insyaALLAH. cantik bantal2 tu :)

Unknown said...

aisya lieza : huhu. saya ni pon kali pertama ada family terdekat masuk hospital. tak tahu nak react mcm mn. terima kaseh pujiannya. hehe. tp tu pon senget2 saya jahit. hehe

sha : aminnn. syukran jazilan. :)

She Is Farahain said...

Hye rakan blogger , ain dtg singgah sini dan komen, singgah lah blog ain
BLOG AIN DISINI
follow jugak, NAK LANGSINGKAN BADAN?, KLIK SINI : JOM LANGSING BERSAMA ;)

Unknown said...

Boleh sambung crita balik tak ? sampai yg masalah timbul selepas operate tu ?

lazygeneration said...
This comment has been removed by the author.
zecter said...

Masalah apa yg timbul?