Berbalik
semula kepada cerita abah saya yang nak dibedah jantungnya sebab tersumbat tu,
maka pada 18 Ogos 2013 bersamaan dengan raya ke berapa entah saya tak sure,
abah check in ke IJN. Ikotkan 20 Ogos 2013 tu abah kena bedah tapinya kami
dapat info yang Dr. Jeswant pergi Indonesia pulak. Ada hal lain katanya. Maybe
jugak dia pergi membedah orang dekat sana? Dah namanya pakar memang dekat
mana-mana negara pun nak pinjam dia.
Sebenarnya kan dari bulan Mac yang abah masuk IJN kali pertama tu, abah macam
was-was tau nak buat ke tak pembedahan ni. Bila tanya pendapat anak-anak, ramai
yang cakap tak payah. Even emak and wah (kakak) abah sendiri cakap tak payah.
Dah tua katanya. Tapi saya sokong abah operate. Abang Izham pun cakap tak payah
tapi lepas kena brainwash dengan Dr. Jalil dia pulak yang beria-ria menyokong
abah buat bypass. Abah macam nak tau tapi bila dah majoriti kata tak payah dia
jadi semakin confuse. Tapi memang obvious sangat yang dia nak. Dr. Jalil cakap
kalau tak buat banyak jugak kesannya macam kaki selalu bengkak, dada selalu
sakit, sesak nafas, boleh jadi stroke and macam-macam lagi.
Sambung balik pasal abah Dr. Jeswant pergi Indonesia tu, dia suruh Dr. Minoru
cakap tunda satu hari. So, 21 Ogos lah abah kena bedah. Abah siap cakap
'alang-alang dah sampai sini operate je lah, kalau abah mati kome (korang)
tanam je lah '. Itu je lah yang dia ulang-ulang bila orang tanya nak buat ke
tak. Makanya 20 Ogos tu abah sign segala macam borang bersaksikan Dr. Minoru,
abang Izham, emak dengan sorang kakak nurse. Sebelum sign tu abah dibriefing
tentang jantung, urat, paru-paru dan operation tu oleh Dr. Minoru yang cakap
English tapi lain macam bunyinya sebab dia orang Jepun plus bertambah pelik
bila saya yang tak berapa nak cerdik English ni dengar. Huu
 |
| Dr. Minoru tengah briefing pasal jantung abah |
Kami tanya-tanya jugak tentang risiko kalau buat bypass ni. Dr. Minoru cakap
semua benda ada risikonya. Untuk bypass ni, risikonya adalah complication.
Contohnya jangkitan dekat luka dada, hilang ingatan atau susah nak berfikir
secara clear dalam, buah pinggang rosak, stroke dengan heart attack. Seram je
bila dengar semua-semua ni. Dah kalau ada risiko-risiko yang dasyat macam ni
kenapa pulak nak dibuat jugak bypass ni? Ni soalan kakak sy yang Huda tu tanya
saya. Saya cakap risiko untuk dapat semua complication tu lagi besar kalau tak
buat daripada tak buat. Entah betul entah tak saya jawab gitu. Hehe.
 |
| Dr. Minoru |
So 21 Ogos tu dalam pukul 12 abah dah get ready untuk dibawa ke Operation Theater
(OT). Sebelum tu dia kena mandi, cukur satu badan dengan sapu lotion yang IJN
bagi satu badan. Saya punya perasaan macam biasa je, maksudnya tak nervous ke
takut ke. Selalunya bila saya tenang-tenang gitu Insyaallah takde apa-apa yang
sedih berlaku. Huu. Dah sampai depan OT dekat-dekat dengan ICU, ada doktor lain
tanya-tanya abah sape sign semua borang-borang tu. Oh ye, abah kena puasa hari
tu dari pukul 3 pagi rasanya. Puasa tapi boleh makan ubat la. Sebelum pergi ke
OT tu pun nurse ada bagi satu ubat dekat abah. Ubat apa tak tau.
 |
| Makan ubat apa tak tau sebelum operate |
 |
| On the way ke OT |
 |
| Dr. yang pakai serkup tu tanya abah siapa yang sign borang bagi operate |
Masa doktor tu dekat-dekat nak tolak abah ke dalam OT, kami ada baca doa
selamat sikit untuk abah and salam-salam dengan abah. Emak semestinya menangis.
Huhu. Saya tak nangis ye, tabah punya orang. Kami dapat pass untuk masuk ICU
lepas abah siap buat operation. Rasanya dalam pukul 2 kot abah masuk. Pada hari
tu jugak ada dalam 10 orang jugak yang dibedah. Saya tau pun lepas skodeng list
names dekat mak guard tu. Majoriti yang dibedah tu abah dengan kami semua kenal
sebab sempat kenal dekat wad biasa.
Sebelum tu, nurse ada bagi list barang yang perlu ada bila abah masuk ICU
nanti. Antaranya tuala, ubat gigi, berus gigi, kain sarung, baju butang depan,
alat untuk training paru-paru, bantal dan ada lagi yang saya tak ingat. Sambil-sambil
tunggu abah siap dibedah kami pergi makan, solat dulu. Beg yang untuk abah tu,
kami tinggal je dekat ruang menunggu tu. Dijangka operation ni makan masa 5
hingga 7 jam gitu. Kami adik beradik ni dah bangun tidur bangun tidur tak
siap-siap jugak. Huu.
Sekali tu dah dekat maghrib, saya nak pergi teman bangcik dengan wife dia kak
nani pergi beli roti untuk dorang iftar dekat kedai News.com dekat bawah,
tup-tup abang Izham upload gambar abah dekat group Whatsapp dalam ICU.
Berjayalah tu maksudnya operation abah. Huhu. So kira-kira dalam 5 jam je abah
dioperate. Kami pun berlari-lari lah pergi ICU balik nak tengok abah. Sekali
saya pandang sorang makcik ni, dia tengah nangis. Mana tak nya, suami dia masuk
OT dulu tapi abah yang siap dulu. Memandangkan saya dah pernah borak panjang
dengan makcik tu dekat wad biasa, adik-beradik saya suruh saya pergi pujuk
makcik tu. Hoho. Memang pandai pun saya memujuk orang. Macam lagi menangis ada
la. Huhu.
 |
| Abah masa lepas operate dekat dalam ICU |
Kami pun gilir-gilir masuk ICU tengok abah. Kesian sangat tengok abah sebab
penuh dengan wayar dan mesin-mesin dekat badan abah. Masa turn saya jenguk abah
Dr. Minoru datang. Dia cakap darah abah tak cukup so, kena ambik darah daripada
tabung darah. Tapi yang bestnya abah tak pakai pun alat bantu degupan jantung. Dr.
Minoru cakap abah kuat. Lagi Dr. cakap dorang ambik 2 urat daripada kaki kiri
abah dari pergelangan kaki sampai lutut dan satu lagi urat ambik dekat area
dada abah. Nurse tu kata kesan ubat bius tu lama jugak. 8 jam lepas siap operation baru abah akan sedar. If abah tak sedar sendiri nurses akan kejutkan abah. Kalau ikut perkiraan kami pukul 3 pagi esoknya abah akan sedar.
So malam tu kami pun balik ke rumah dengan perasaan gembira sambil semua orang
update status FB tentang abah. Ingatkan kalau dah berjaya operate tu memang dah
berjaya takde masalah lain dah rupanya banyak jugak masalah lain yang timbul.
Itu nanti lah saya cerita kemudian ye. Sekarang saya nak menyiapkan bantal yang
kawan saya order dari bulan puasa hari tu lagi. :)