Parlimen Hari Ini

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dulu masa tahun satu, ada hari interaksi Jabatan Siasah Syar’iyyah. Senior-senior ni duk tunjuk gambar dorang pergi Parlimen masa saya tak masuk tahun satu lagi. Masa dorang pergi tu, senior tahun dua masa saya tahun satu tak pergi sebab senior-senior tahun dua dengan tiga tak nak bawak dorang kot. So, senior tahun dua ni memang harapkan sangat senior tahun tiga akan buat lagi sekali lawatan ke Parlimen tahun 2011 tu. Tapinya entah kenapa dorang tak buat pon. Maybe busy kot dengan paper project semua.

Bila senior-senior tahun dua naik tahun tiga pun tak buat-buat jugak. Maybe tak sempat jugak kot. Haha. Bila saya dengan kawan-kawan dah naik tahun tiga ni, dorang senior tahun empat request first programme jabatan mestilah lawatan ke Parlimen. Dan Alhamdulillah memang terlaksana pun. Tahniah diucapkan kepada Shahrir dan Nabilah sebab berjaya tunaikan hasrat dan impian tahun empat nak sangat pergi Parlimen selepas 4 tahun menunggu. Hehe.

Kami pergi baru-baru ni je, hari rabu 22 haribulan 11 haritu. Pergi naik bas. Bas luar la tapi bukan bas UM. Macam tak syok gitu pergi lawatan yang agak ilmiah tapi naik bas luar. Kata pengurusan bas UM, bas UM boleh disewa lepas pukul 7 petang je. Birokrasi sungguh. Masa hari kami pergi tu, rilek je UITM hantar dua bijik bas. Entah la universiti tertua di Malaysia ni. Huhu.

Bertolak dalam pukul 10 lebih gitu dan sampai dekat-dekat pukul 11. Sampai-sampai tu memang jauh jugak kena parking bas kitorang dan pelawat-pelawat yang lain. Kereta-kereta YB dengan staff je boleh parking dalam. Agaknya kalau angkut bas parking dekat atas bukit tu memang agak menyulitkan kot. Takpe-takpe, exercise gitu jalan kaki beratus-ratus meter tengahari buta pakai baju super formal ramai-ramai. Haha. Budak-budak laki la kesian, berblazer bagai. Cuaca pun cerah je. Kalau hujan lagi kesian ye dak?

Bila dah sampai tu, disuruhnya beratur panjang-panjang dan handphone and camera dikutip. Tak tau apa motifnya tapi dah disuruh simpan,simpan aje ler. Tapi yang macam cerdik-cerdik sikit tak bagi pun phone dorang. Kak Anne kakak yang kerja dekat jabatan, Kak Ida kakak phd dengan Dr. Osman tak bagi pon phone dorang. Brother yang suruh simpan tu cakap satu camera je boleh bawak masuk KATENYEEE. Tapi dah sampai dalam lagi 50 meter nak sampai tempat duduk, ada sister tu ambik pulak camera tu. Oh ye, kena scan jugak beg dengan orang-orangnya masa nak masuk Parlimen tu. Macam dekat airport tu.

Seriously tertanya-tanya kalau jadi staff dekat Parlimen memang diharamkan dari senyum ea? Kena buat muka ketat je memanjang and cakap pun takde tone langsung ye? Kalau senyum ke, cakap baik-baik ke kena tindakan disiplin ea? Nanti dalam bila audit KPI kena buang kerja ea?

Sister tu pesan, setiap kali kalau nak bangun nak pergi tandas ke, nak keluar ke apa ke kena tunduk hormat dekat Yang di Pertua. Masa kami masuk tu tengah bersidang kali kedua kot. Masa tu isunya pasal Ops Cantas tak silap. Separuh dari kami kena duduk sebelah kiri separuh lagi kena duduk sebelah kanan Parlimen.

Oh ye, kami masuk Dewan Rakyat bukan Dewan Negara. Untung siapa yang duduk sebelah kanan dapat tengok barisan YB pembangkang. Untung jugak siapa duduk sebelah kiri dapat tengok barisan YB kerajaan. Saya duduk sebelah kanan. Dapat ler tengok YB-YB yang bersongkok, kopiah dan bertudung. Dapat tengok jugak  Anwar Ibrahim, Nurul Izzah. Cun sangat Nurul Izzah tu. Eh dia mengandung ke? Haha. Sebab nampak macam berisi gitu. Siapa duduk belah kiri dapat tengok Shahidan Kassim and Mukhriz. Bung Mokhtar pun nampak. Dia duduk area tengah-tengah so semua orang boleh nampak.

Mula-mula tu bosan jugak sebab macam takde bidas-bidas sangat pun. Sampai bila Cokmar dah turun, Tan Sri Pengerusi pulak masuk Dewan Rakyat baru la macam happening sikit. Yang jadi bestnya bila Bung Mokhtar bangun nak menumpang Adun Sekijang bawak isu lampu jalan etc. Bung Mokhtar cakap dekat tempat dia memang dah ada lampu jalan tapinya siapa yang akan bayar bil lektrik tu? Siapa yang akan jaga bahagian maintainance? Lepas tu YB Pokok Sena bangun cakap napa isu ni masih berbangkit even dah Merdeka 50 tahun lebih dah? Yang kelakarnya bila Tan Sri Pengerusi tegur Bung Mukhtar jangan cakap lama-lama sangat sebab dia tu menumpang je. Hehe.

Masa belum turunkan Cokmar, Yang dipertua cakap selamat datang dekat YB Tenggara, YB-YB kerajaan semua tepuk meja tanda selamat datang. Haha. Yang start tepuk meja tu Mukhriz rasanya. Haha. Waktu-waktu macam ni je yang best saya rasa. Maksudnya tak berapa nak mengantuk. Nak menguap tak boleh, nak menyembang apatah lagi. Sampai saya jeling-jeling Nabilah tanya bila nak keluar. Kami keluar dalam pukul 12 gitu. Dorang YB-YB ni tak panggil nama pun, panggil nama tempat yang dorang wakilkan tu je. Hebat sey dorang ni boleh ingat semua orang. Memang wajib hafal kot. Kalau tak susah la kot. Huhu.

Dah keluar tu sesi bergambor dikala tengahari. Habis semua tangkap gambar baru balik ke UM. Kami pergi satu bus tapi tak penuh sangat pun dengan tiga bijik kereta. Akhir kalam, sesiapa yang nak jadi ahli politik ni mohon khatamkan dulu bab etika ye. Tanpa etika memang semua benda tu hancur. Tak perlu nak jadi ahli politik baru nak beretika, jadi apa pun kena beretika. Tak payah nak tahu dia tu pangkat lagi tinggi dari kita baru nak well manner. Entah la, memang sedikit kecewa dengan layanan brother and sister dekat Parlimen ni compared to brother and sister dekat JAKIM. Ni sebab, esoknya saya ada lawatan ke JAKIM pulak. Till next entry ye saya taip.

Akhir kalam lagi, kalau kita boleh tunduk hormat dekat Yang dipertua setiap kali nak bangun ke nak duduk ke apa ke, dengan Allah lagi la kena dan wajib tunjuk. Saya tanya Jibah, dorang dan kita ni tunduk dekat Tuhan macam tunduk dekat Yang di-Pertua tak? Jibah cakap, kalau kita nampak Allah sah-sah takde langsung kemungkaran dekat dunia ni. Dan saya tambah disini, nescaya takkan ada ada banyak parti dekat Malaysia bahkan maybe sekarang kita sedang duduk dibawah pemerintahan Khilafah Islamiyyah. Dan kalau kita ni nampak akaun debit credit dosa pahala ni memang kita takkan senang duduk dan serabut otak. Yela, bila nampak je ada dosa sah-sah tak tenang hati. Dan kak Maryam pun cakap, nanti mesti semua orang akan jadi baik je. Oh dunia memang medan untuk manusia diuji. Moga Syurga milik kita semua.

Tahun 4. Zikri, Meor, Bukhairi, Acap, Dr. Osman, Amar, Rahafiz, Idris, Radi, Adam
Kak Mariam hot mummy, Kak Zetty, Kak Syikin, Kak Asma, Kak Farah yg asyik berjodoh dengan I and Kak Nadia yb kitew
Tahun 3.Kak Maryam, Kak Ain, Tehah, Ilmi, Fizah, Ayu, Che Ct, Dr. Osman, Nab, Ain, Jibah, Ehem, Dayah, Mujib
Amin, Hambali, Fairus, Shahrir and Athif 

Tahun 2. Kak Aisyah, Yumni, Mardhiah, Fitriah, Nadhirah, Fizah, Najah, Jalidah, Dr. Osman, Sofiuddin, Fauzan, Syuib, Zain and Zaki

Tahun 1. Huzaifah, Afifah, Shuhada, Kak Anne yang baru habes pantang, Dr. Osman lagi, Arif, Azmi, Tak tau dan Tak sempat berkenalan lagi.

Masa ni nampak dorang sibuk borak dan tangkap gambar dengan yb ni, saya pon menyelit. Dah habis tangkap gambar baru tanya tu sape. Haha. Yb Bukit Gantang katanyaa

Ni memang port wajib tangkap gambar walaupun matahari atas kepala

Tingginya budak tudung hijau tu. lalala
Pen off.









1 comments :

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...acu,

terima kasih atas teguran tu..

mselim3

pls: datang sini balik buat kunjungan balas..