Pembedahan Jantung Tersumbat Bypass Part 3

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Jom sambung balik cerita abah lepas Berjaya kena operate jantung tersumbat selama 5 jam tu. Macam yang saya cerita pada entry lepas, lepas 8 jam baru abah akan sedar kesan ubat bius tu. Maksudnya kalau dari pukul 7 abah settle dibedah pukul 3 pagi baru abah akan sedar. Esoknya bila kami datang melawat masa pukul 12.30 tengahari sampai pukul 1.30 petang tu, nurse cakap abah sedar pukul 4 pagi. Tu pun lepas dikejutkan.

Kami pun tanya-tanya la lagi dekat nurse macam mana keadaan abah. Nurse yang jaga abah macam ramai tau. Lebih dari 4 orang saya rasa. dah namanya pun Unit Jagaan Rapi kan. Kalau CCU (Coronary Care Unit) satu pesakit satu nurse je.

Saya pun tanya la nurse A macam mana dengan abah. Dia cakap maybe dalam pukul 3 atau 4 petang gitu abah dah boleh pindah wad biasa. Dah habis dia cakap, saya tanya nurse B pulak macam mana abah. Dia cerita la orang tua ni kalau duduk dekat dalam ICU lama-lama dia boleh kena penyakit Psycosis. Psycosis ni sejenis penyakit boleh jadi gila kalau tak tengok siang dan malam. Kiranya mental dia terganggu selepas bangun daripada ‘tidur yang panjang masa pembedahan belaku’ disebabkan lost of contact with reality. Mana taknya, tempat katil ditempatkan untuk orang-orang yang fresh baru keluar daripada OT memang kanan kiri mesin itu ini dan orang sakit kanan kiri depan belakang. Takde sebarang tingkap pun. Dan mereka ni baring dan duduk je tak jalan-jalan. Sebab tu la dorang ni kena cepat-cepat dikeluarkan daripada ICU.

Tapi dah ditakdirkan abah tak boleh dipindahkan ke wad biasa pada hari yang dijanjikan. Mak saya dan saya punya la tunggu dekat tempat menunggu luar ICU tu dari lepas zohor sampai ke pukul 4 gitu la tak pindah-pindah lagi. Rupanya dorang bawak abah pergi buat City Scan. Selalu tengok cerita City Scan ni orang scan otak kan.

Dah kenapa abah operate jantung otak pulak kena scan? Rupanya nurse tanya abah dekat mana sekarang ni. Abah jawab abah dekat Kampar. Aiyoo. Lagi teruk abah cakap anak dia ada 300 bila nurse tanya berapa anak abah. Patut pun nurse ada tanya dekat abang Izham abah ni nyanyuk ke before dibedah. Mana ada abah nyanyuk. Setakat lupa letak barang saya pun selalu lupa. Petang tu masa melawat abah saya tanya abah dah makan ke belum? Dia geleng padahal Wah (kakak abah) baru je suap abah 10 minit yang lepas.
Tak cukup dengan tu, nurse cakap abah tak rasa pape dekat kaki kiri dia yang diambik urat tu. Kalau orang lumpuh kan dia tak rasa pape kan macam tu la abah rasa. Sebab tu jugak dorang bawak abah pergi buat City Scan. Kot-kot lah stroke ke apa ke. Tak mustahil untuk abah stroke sebab tu salah satu complication yang maybe boleh berlaku. Bila tengok result City Scan abah dorang kata takde pape pon dekat otak abah. Cuma ada kesan kecil on cerebral abah. Tiba-tiba pulak kan. So abah kena stay dekat ICU lagi lama la gayanya sebab nurses and doctors nak try buat fisiotherapy dekat kaki abah.

Kiranya kan abah ni takde masalah yang berkaitan dengan jantung pun macam orang lain. Ada sorang pakcik tu nama dia pakcik Bakar. Dia ni anak murid abah saya dia kena operate 2 kali kot sebab saluran jantung dia kecik dan badannya besar. Nangis-nangis isteri dia peluk saya masa dia cerita tu.

Esoknya abah ditukarkan ke katil lain. Katil tu area yang ada tingkap sebelahnya. So nampak la keadaan luar. Dekat situ memang port untuk orang yang 2 3 hari dah dibedah tapi ada masalah lain. Macam abah la. Ada orang lain masalah lain pulak. Ada tv jugak dekat depan katil abah. So that orang yang macam abah ni boleh lah tengok keadaan luar kurang la sikit probability untuk kena Psycosis tu.

Masa dalam tempoh abah duduk dekat ICU tu kan, kami hari-hari dok tanya abah dia ingat ke tak dekat kami, dekat orang yang datang jenguk dia tu. Ada sekali dia cakap abang Izham tu abang saya yang syamsul. Yang Syamsul tu abang Izham. Kami kemain risau lagi takut abah betul-betul nyanyuk. Takmo la abah nyanyuk kan. Tapi bila saya try tanya sape saya, dia ingat pulak nama saya. Dah tak macam nyanyuk pulak. Lepas tu pernah sekali saya jenguk abah, saya tanya ‘kaifa haluka’ tapi abah jawab ‘kaifa haluka’ balik dekat saya. Sedih kot masa tu. Bila tunjuk balik video yang dia mengajar dekat masjid-masjid dekat tab dia macam tak berminat dan dah lupa pun macam mana nak pakai.

Kaki abah masa tu memang tak boleh gerak la sangat sangat la. Kaki kanan je bagi reaction yang ok. Kaki kiri negatif. Yang kami bukan risau pasal kaki abah tapi risau otak abah tu. Yg doctors dengan nurses risau pasal kaki abah. Macam saya ada 6 beradik kan, ada 2 kakak 3 abang. Abang-abang saya memang hari-hari datang jenguk abah. Tapi sorang kakak saya yang Huda tu tak datang-datang sebab dia duduk dekat Kampar. Kakak saya yang lagi sorang tu pulak payah nak datang sebab ada anak kecik. Budak-budak memang tak boleh nak naik ke wad ICU tu sebab takut bakteria merebak cepat. Kita yang tua ni pun kena selalu pakai hand sanitizer everytime nak masuk ICU tu. Tangkap gambar pun tak boleh dalam tu tapi kami selalu je curik-curik tangkap. Hehe.

Lepas 4 hari baru la abah masuk ke wad biasa. Wad biasa pon bukan yang betul-betul biasa tapi kena duduk dekat Unit Rawatan HDU depan kaunter nurse. Dalam wad ni memang sarat dan serabut sikit sebab kecik je space nya. Maybe dia saje buat sempit-sempit sebab taknak bagi visitors datang ramai-ramai. Tapi masalahnya kami anak beranak pon dah ramai hari-hari. Sampai saya rasa orang kanan kiri pon rimas kot. Huhu.

Habis la kisah abah dekat ICU nanti saya sambung pulak kisah abah masa dekat wad biasa dalam entry lain. Lagi thrilling kot.

Pen off.







2 comments :

Aisyah Az said...

alhamdulillah.terharu sebak smua ada bila ecah baca kisah ayah kakak. smoga ayah akan kembali pulih .

Diana Dzul said...

Salam..nak tye..lame x simptom ayah awk lupe ingatan sikit after keluar icu?sbb sy risau abah sy 12 hari x sedarkn diri dkt icu n die kurg igt n waras..ya Allah..sedih sgt..😢