ISTIKHARAH

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kalau kawan-kawan aku nampak aku menulis bab Istikharah ni mau kena gelak besor ni. Haha. Aku rasa terpanggil untuk bercakap pasal Istikharah ni sebab waktu-waktu macam ni adalah waktu kemuncak untuk manusia mula kalut memikirkan calon-calon soulmate till jannah kateko. Haha. Yang dah selamat bernikah tu tahniah aku ucapkan. 

Bila cakap pasal Istikharah tak lain tak bukan kebanyakannya di buat bila nak decide calon pilihan hati untuk dijadikan suami or isteri. Sebenonye dari pembacaan aku dan penuntutan ilmu di forum-forum, seminar-seminar dan konvensyen-konvensyen bab cinta ni, Istikharah bermaksud betul-betul berharap kepada Allah SWT untuk bagi petunjuk supaya dapat buat pilihan yang terbaik antara dua atau lebih perkara yang baik sebabnya hanya Allah yang maha tahu segala benda dekat dunia ni. Benda yang sah-sah tak baik dan Islam pun haramkan tak payah la derr nak Istikharah sangat. 

Aku sangat rekemen la buku ni
 kalau nak baca bab-bab Istikharah ni
Aku pernah dengar talk dari banyak Ustaz pasal Istikharah yang mana semuanya bercakap terteraskan ilmu yang dituntut daripada tok-tok guru dan alim ulama tentang Istikharah ni ialah dimana sebenonya apa jugak keputusan yang kita buat lepas Istikharah tu hati kita jadi tenang dan confident. Kalau still tak tenang ulang la banyak kali Istikharah tu sampai lah kita rasa yakin dengan pilihan yang kita buat tu. 

Suka untuk aku ingatkan diri aku dan diri korang yang membaca berhentilah mencari mimpi lepas korang Solat Istikharah tu. Sebabnya melalui mimpi ni macam-macam fitnah boleh timbul. Fitnah tu tak lain tak bukan si syaitan yang direjam tu la yang created. Contoh fitnah yang syaitan created putus tunang sebab tunang dia malam tadi mimpi perempuan lain. Adoyai.

Masalahnya sekarang ramai sangat yang Istikharah tapi sebenonya hati dah decided dah. Dia istikharah sebab member yang suruh. Dia Istikharah seolah-olah dia paksa Allah untuk backp up keputusan yang dia dah buat tu. Kan trending Istikharah tu sekarang ni especially dalam kalangan budak umur 18 sampai 24 ni. Benda kan kalau dah suka laki/perempuan tu tak payah la nak Istikharah dah. 

Kata Ibnu Taimiyyah :

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Ni pun masalah jugak. Engko sibuk Istikharah setiap malam tapi Istisyarahnya takda. Istisyarah tu bincang, mesyuarat. 

Katakan Ali suka Siti. Ali pun Istikharah setiap malam selama sebulan. Dah sebulan pun tak tenang-tenang dengan pilihan hati dia. Kenapa dia macam tu? Patutnya Ali pergi la story dekat mak ayah dia pasal calon pilihan hati tu. Soalan pertama mak ayah dia mesti la pasal duit. Dah ada kerja ke. Kalau dah kerja cukup ke duit tu untuk majlis dengan kehidupan lepas nikah nanti. Kalau belum kerja, mana nak cari duit? Sanggup ke nak buat kerja part time masa belajar? Kalau nak nikah jugak masa belajar, nak duduk mana? Yela, masa bujang duduk kolej kediaman. Kalau dah kahwin kena la cari rumah atau bilik sewa. Cukup tak duit JPA or PTPTN tu nak cover hidup sementara belum dapat kerja. 

Bila dah bincang dengan mak ayah baru la nampak sikit view your future tu. Ni kalau duduk dalam bilik terkenang-kenang wajah si dia sampai ke sudah la tak kemana. Tak pun bincang siap-siap dengan kekasih hati tu. Plan macam mana sekian sekian sekian. Kalau macam Hilal Asyraf tu aku baca dia target dia nak tulis 3 buku dalam setahun. Kiranya sumber kewangan dia dari royalti buku tu la. Tapi tak silap aku sebab aku pun dah lupa lebih dari tiga kot dalam setahun dia tulis dan berjaya published kan. 

Situasi lain Abu dengan Ahmad ajak Nor nikah. Abu ni style abang-abang sado. Dah kerja pun. Tapi belajar takat Diploma gitu. Kira dah lama la dia kerja. Then jenis yang krik krik krik sikit. Asyik ajak jumpa je. Ahmad pulak style pakai kopiah gitu. Skema la senang cite. Tak kerja lagi. Tapi dia belajar takat degree. Nor pun sama. Degree. Nor ni jenis happy go luck. Nor ni pun confius tak tau nak pilih yang mana. dia pun Istikharah la kepada Allah. Dia pun baca doa Istikharah :




Kalau hayati dan faham doa ni, masa tengah berdoa ni pun Nor dah boleh dapat jawapan kot. Tengok tang jika Engkau tahu bahawa urusan ini baik untukku, pada agamaku.."

Aku rasa kalau dah Abu tu jenis suka ajak berjumpa, keluar sesama, dating better Nor tak payah la pilih Abu tu. Sah-sah dating tu termasuk dalam salah satu perkara yang mendekati zina. Kan Nabi SAW pesan, nak pilih pasangan mesti lah tengok agama dulu. Then automatik kita akan dapat ciri yang lagi tiga tu. 

Tengok pulak bab tahap pelajaran. Ye aku tak nafikan pasangan yang suaminya lagi rendah grade dari isterinya pun ramai yang bahagia. Tapi aku rasa adalah lebih afdol kalau sang suami lagi tinggi atau sama level dengan isterinya. Esok-esok kalau bergaduh takde la isteri nak mengungkit dan mengutuk suami dia yang rendah levelnya dari dia.

Ni je la kot yang aku nak tulis pasal Istikharah. Selamat beristikharah. :D

p/s : aku dah bukak order untuk bantal. 

8 comments :

Unknown said...

betul. da buat istikharah, kena gak bincang dengan org sekeliling. :)

Unknown said...

kann. kalau tak macam tak sempurna gitu. huhu

-Azni Zuhaini- said...

MasyaAllah sister, A very good info for me. Thank you for sharing :)

Unknown said...

alhamdulillah dear Azni. Reminder for me too :)

mbb said...

atiq.....waahhh, ilmu baru ni. hahaha... tak sangka atiq terer bab2 ni. tq for sharing. ^_^

Teena Tna said...

Yuppp, dan percaya dengan ketentuanNYA :)
Kalau betul2 serius, bincang dgn famili & terus ke peringkat seterusnya. Takyah nak cintan cintun lama2 kan...

Unknown said...

kak mastinah : kahkahkah. mane ade terer. kak mas lagi terer. fast track katenyee. hehe

Unknown said...

Teena Tna : betul dear. manisnya hilang lelama sangat bercintun tu. huu