Beauty Review : Serum Argan Oil NA Beauty

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Serum Argan Oil NA Beauty
Hujung-hujung semester ni mesti semua orang busy kan. Especially yang final year macam aku ni kalut siapkan latihan ilmiah. Padahal lagi dua minggu nak kena submit dah tapi belambak lagi tak siap. Respek sungguh dengan sorang classmate aku yang dah siap lima bab latihan ilmiah dia.

Yang bukan final year mesti sibuk dengan assignment dengan presentation kan. Aku sem ni empat subjek je. Tolak satu latihan ilmiah tinggal tiga. Bentang pun sikit. Assignment pulak ada satu je. Yang lagi dua subjek tu lecturer suruh hantar softcopy and hardcopy slide presentation je. Haha. Bak kata junior aku, orang tua mana boleh buat assignment banyak-banyak. Haha. Biadap betei. Hee.

Pinkish Cream by Soffya
Ok back to title aku nak buat review ikhlas lillahi taala pasal serum argan oil yang meletup-letup tu. Aku beli dalam hujung bulan lepas. Saje la beli sebab dengar memang banyak manfaat minyak argan dari Morocco tu. Plus pulak founder and co founder dia Amirah and El Azman punya kulit flawless je, memang terpengaruh la.

Aku sesaje komen dekat instagram nak cod dekat Kl Sentral berderet yang reply sanggup cod dekat Kl Sentral hari kerja waktu kerja. Haha. Baguih noh ampa carik rezeki. Huhu. 

Review aku serum ni memang wangi, tak melekit, cepat serap and best. Tapi haa ada tapinya lepas seminggu aku pakai kemunculan jerawat di dagu dan sekitar hidung sangat la dasyat. Sampai mak aku pon bising. Sebelum ni dia tak ambik port sangat pasal muka aku. Kali ni teruk sangat maybe.

Scrub Bonda
Aku contact hotline number dekat botol serum tu tanya nak teruskan ke tak pakai, dia jawab teruskan je tapi saia ta kuad la awaa. Terus aku stop and pakai balik Pinkish Cream by Soffya yang aku beli before beli serum argan oil tu.
 
Tapi betul la, seminggu je aku pakai serum tu yang aku perasan macam makin cerah. Aku bukan la kategori cerah tapi tak la golap bonar tapi aku perasan lepas tangkap gambar dari jarak jauh lepas berendam dalam air terjun dekat Kalumpang memang kelihatan cerah gitew. Tak tau la kalau front camera htc one kawan aku ni yang canggih sangat sampai boleh filter muka yang jauh jauh. Wallahuaklam.
aku yang belakang nun 

Tak lama lepas tu aku google punya google solution jerawat aku ni, aku terbaca katanya sesetengah serum memang akan mengaktifkan jerawat yang tersumbat dalam kulit then dia akan heal semula jerawat tu. Aku perasan memang dekat dagu aku ni banyak whitehead and blackhead. Whitehead and blackhead kan penyebab jerawat naik. So aku fikir lepas aku buat facial hujung bulan ni aku akan sambung balik pakai serum argan oil ni. Nak tengok apa jadi. Kalau still naik memang aku stop la kot.

So sekarang ni aku pakai Dalacin T dengan Scrub Bonda nak bagi jerawat mati and pudarkan parut. Bio oil ada jugak tapi aku ni jenis tak sabor. Lame beno nunggu Bio Oil tu berfungsi. Kiranya sekarang tengah pening pasal parut pulak. Haihh. 


Later aku review Dalacin T and Scrub Bonda and Pinkish Cream. Ok jom sambung buat fyp. Tapi sebelum tu aku rasa Tuhan bagi ujian jerawat ni sebab nak tegur aku jangan membazir kot. Habiskan krim apa yang ada dulu baru beli yang baru. Ni eksaited beli yang baru, yang lama tak pakai. Amalan syaitan sangat. Huhu.

*update

Selepas buat facial,  aku pakai balik serum ni ternyata memang tak serasi dengan kulit aku jerawat kembali muncul. Huhu. Akhirnya aku sapu dekat siku, lutut, tangan bagi melapak sikit and berkesan wehh. Tak tipu. Agak-agak terdesak nak putihkan tempat yang gelap selain muka, aku recommend pakai serum ni. Betul tak tipu.  


7 comments :

kakaktiricinderella said...

Biasalah tuu. Pompuan memang suka nampak cantik =D Btw, gambar akak kat belakang nun memang nampak putih pun =) btw, gudluck k ^^

Unknown said...

memang naluri kita gitu kan. hehe. tapi rasanya lighting tempat tangkap gambar tu pon power kot. hehe. thank you dear. :)

J said...

dah banyak dah dengar kebaikan minyak argan ni. tapi tula, tak ada rezeki lagi nak beli. nak kumpul duit. weee~

Unknown said...

awak comel dah. bila pakai mesti lagi comel hehe.

Johor Scrub Bonda said...

hai dear.. sy agen scrub bonda :D

nak tau feedback awal lepas guna scrub bonda boleh? kindly whatsapp 0139920116..

TQ <3

Anonymous said...

Sis sekarang gune lagi x argan oil na beauty tu...sya mcm cdg nak beli jugak tp dh bc review sis mcm ragu2 plak

Unknown said...

memang lepas buat facial try pakai balik tapi tetap jerawat datang balik. akhirnya saya sapu dekat siku and lutut. haha