Assalamualaikum
WBT
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
![]() |
Serum Argan Oil NA Beauty |
Yang
bukan final year mesti sibuk dengan assignment dengan presentation kan. Aku sem
ni empat subjek je. Tolak satu latihan ilmiah tinggal tiga. Bentang pun sikit. Assignment
pulak ada satu je. Yang lagi dua subjek tu lecturer suruh hantar softcopy and
hardcopy slide presentation je. Haha. Bak kata junior aku, orang tua mana boleh
buat assignment banyak-banyak. Haha. Biadap betei. Hee.
![]() |
Pinkish Cream by Soffya |
Aku
sesaje komen dekat instagram nak cod dekat Kl Sentral berderet yang reply
sanggup cod dekat Kl Sentral hari kerja waktu kerja. Haha. Baguih noh ampa
carik rezeki. Huhu.
Review
aku serum ni memang wangi, tak melekit, cepat serap and best. Tapi haa ada
tapinya lepas seminggu aku pakai kemunculan jerawat di dagu dan sekitar hidung
sangat la dasyat. Sampai mak aku pon bising. Sebelum ni dia tak ambik port
sangat pasal muka aku. Kali ni teruk sangat maybe.
![]() |
Scrub Bonda |
Tapi
betul la, seminggu je aku pakai serum tu yang aku perasan macam makin cerah. Aku
bukan la kategori cerah tapi tak la golap bonar tapi aku perasan lepas tangkap gambar dari jarak jauh
lepas berendam dalam air terjun dekat Kalumpang memang kelihatan cerah gitew. Tak
tau la kalau front camera htc one kawan aku ni yang canggih sangat sampai boleh
filter muka yang jauh jauh. Wallahuaklam.
![]() |
aku yang belakang nun |
Tak
lama lepas tu aku google punya google solution jerawat aku ni, aku terbaca
katanya sesetengah serum memang akan mengaktifkan jerawat yang tersumbat dalam
kulit then dia akan heal semula jerawat tu. Aku perasan memang dekat dagu aku
ni banyak whitehead and blackhead. Whitehead and blackhead kan penyebab jerawat
naik. So aku fikir lepas aku buat facial hujung bulan ni aku akan sambung balik
pakai serum argan oil ni. Nak tengok apa jadi. Kalau still naik memang aku stop
la kot.
So
sekarang ni aku pakai Dalacin T dengan Scrub Bonda nak bagi jerawat mati and
pudarkan parut. Bio oil ada jugak tapi aku ni jenis tak sabor. Lame beno nunggu Bio Oil tu berfungsi. Kiranya sekarang tengah pening pasal parut pulak. Haihh.
Later
aku review Dalacin T and Scrub Bonda and Pinkish Cream. Ok jom sambung buat fyp. Tapi sebelum tu aku rasa Tuhan bagi ujian jerawat ni sebab nak tegur aku jangan membazir kot. Habiskan krim apa yang ada dulu baru beli yang baru. Ni eksaited beli yang baru, yang lama tak pakai. Amalan syaitan sangat. Huhu.
*update
Selepas buat facial, aku pakai balik serum ni ternyata memang tak serasi dengan kulit aku jerawat kembali muncul. Huhu. Akhirnya aku sapu dekat siku, lutut, tangan bagi melapak sikit and berkesan wehh. Tak tipu. Agak-agak terdesak nak putihkan tempat yang gelap selain muka, aku recommend pakai serum ni. Betul tak tipu.
*update
Selepas buat facial, aku pakai balik serum ni ternyata memang tak serasi dengan kulit aku jerawat kembali muncul. Huhu. Akhirnya aku sapu dekat siku, lutut, tangan bagi melapak sikit and berkesan wehh. Tak tipu. Agak-agak terdesak nak putihkan tempat yang gelap selain muka, aku recommend pakai serum ni. Betul tak tipu.