Konvensyen Nikah Itu Cinta - Ustaz Pahrol Muhamad Juoi

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Awal September hari tu Kak Muni yang saya kenal masa pergi Seminar Impactive Ramadhan tu text saya tanya pasal Konvensyen Nikah Itu Cinta. Saya masa tu tak tahu pun ada program tu. Dia cakap dia nak join dan tanya pasal penginapan ada tak dekat UM ni sebab konvensyen tu buatnya dekat UM. Kak Muni ni orang Terengganu kot. Sanggup tu dia datang dari sana ke sini semata nak pergi program ni kan. Hebat tak hebat orang yang cintakan ilmu ni. Huhu. Adalah tak wajar orang datang jauh-jauh kita tak pelawa datang rumah kan. Cehh rumah la sangat. Hehe. Bilik dekat kolej la maksud saya. Memandangkan dia nak join dan program ni buat dekat UM saya pun merajinkan diri nak join jugak walaupun macam lambat lagi je nak nikahnya dan walaupun dulu pernah saya cakap tak nak dah kot join program under Impactive Caliph ni. Huhu. Alhamdulillah program ni mengeratkan lagi hubungan kami yang baru je kenal ni.

Program ni dua hari dari pagi sampai malam. Saya sempat daftar untuk yang early bird so saya dapat harga RM100 je. Ikutkan sepatutnya RM150 kot untuk student. Kalau nak makan tambah lagi RM30 untuk 6 kali makan. So far, pandangan saya penganjur kena improve lagi part makanan. Insyaallah kalau part makanan ni okay orang tak serik nak join lagi event under diorang. Terkejut jugak hari pertama tu takde makan malam kot ada kuih je. Duduk tempat aircond memang rasa lapar sokmo gitu. Hari kedua tu dah 3 kali pulak makan nasinya. Haha. Maybe ada masalah kot. Sangka baik je la ek?

Niat dihati memang nak kongsi apa yang saya dapat dekat konvensyen tu macam banyak sangat kot. Ada 9 slot semuanya oleh penceramah-penceramah yang mantop pulak tu. Maybe akan ada banyak part kot untuk entry konvensyen ni.

Firstly slot ‘MENGORAT DAN DINGORAT’ oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Alkisahnya saya datang lambat sebab bas lambat sebab jalan sangat jem sebab ada banyak event dekat Pusat Sukan dengan Padang Varsiti. Kolej 5 ni duduk tengah-tengah antara Pusat sukan dengan Padang Varsiti ni. Memang lama la tunggu bas. Nak naik cab memang tak la, ate dah jalan jem kan. Justeru demi menjimatkan wang tunggu je la bas sampai. Dah sampai seat pulak penuh. Ish3. Nak bagi tahunya tak semua la ilmu Ustaz Pahrol tu saya dapat haritu. Panjang pulak mukadimah padahal nak bagi tahu isinya pendek je kan. perempuan perempuan. :P

Ustaz Pahrol cakap jodoh sama macam dengan rezeki jugak. Bila sebut rezeki samada ia perlu dicari bukan ditunggu turun daripada langit atau pun rezeki yang kita jumpa tu lebih baik daripada yang dicari. Antara langkah-langkah yang boleh kita buat untuk cari jodoh ni ada 3. Iaitu :

  •  Jadi orang yang baik.


Semua orang pun nak dapatkan jodoh yang baik kan? Even kalau tanya dekat mat rempit yang tak berwawasan pun dorang nak kan isteri yang solehah (ustaz cakap). So sebelum berangan-berangan nak dapat pasangan yang baik, kita kena setarafkan diri kita ni dulu ke tahap paling baik yang kita mampu sama dengan tahap kebaikan pasangan yang kita nak. Kan Allah dah janji dalam Surah al-Nur ayat 24 lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Ingat tak ayat tu? Dah kalau Allah dan janji macam tu yakin je dengan Allah. Ok?

Tak yakin lagi dengan janji Allah? Allah siap bagi testimoni lagi untuk kita. Testimoni terfamous, Nabi Muhammad SAW la. Dia kan masa muda-muda tu kerja dengan Siti Khadijah R.HA. Baginda ni kan pekerja yang paling amanah, paling baik, paling lemah lembut dan macam-macam lagi lah. Tup-tup dapat baginda nikah dengan wanita yang paling hebat lagi solehah iaitu bos baginda sendiri. Itu nabi kekasih Allah mesti lah Allah bagi yang terbaik. Ok tengok testimoni manusia biasa pulak. Ramai artis-artis perempuan yang dah berhijrah kepada yang lebih baik dapat suami soleh-soleh jugak kan contohnya Irma Hasmie, Abby Abadi dan yang latest Diana Amir. Nak tengok testimoni yang paling dekat dengan kita tengok je mak ayah kita. Sah-sah la dorang baik kan? Huhu.
  • Ikut pilihan orang yang baik.


Kes paling popular kalau sebut pasal ni tak lain tak bukan mak ayah dah tetapkan jodoh anak-anaknya. Sebenarnya berdosa besar ke kalau kita sebagai anak nak object pilihan mak ayah kita? Ustaz Pahrol cerita ada satu hari tu, ada seorang perempuan muda datang berjumpa baginda dan bagi tau yang mak ayah dia nak jodohkan dia dengan seorang lelaki ni. Dia tanya Nabi SAW boleh tak kalau dia nak tolak pilihan mak ayah dia tu? Then nabi SAW cakap takpe je, sebab anak-anak pun ada hak untuk menolak. Then nabi SAW tanya balik dekat perempuan tu samada dia dah tolak ke? Tapi perempuan tu cakap dia lebih memilih untuk mengikut cakap mak ayah dia. Anak solehah gitu. Tujuan perkara ni berlaku adalah nak bagi guide dekat kita sebagai umat akhir zaman ni bahawa boleh je kalau anak perempuan dia nak tolak pilihan mak ayah dia.

Kes lain Nabi Syuib A.S telah memilih Nabi Musa A.S sebagai pekerja dan suami kepada anaknya Safura lepas kes Nabi Musa tolong Safura. Kisah ni boleh rujuk dalam surah al-Qosas ayat ke 26. Nabi Musa A.S yang bersifat ‘Qawiy dan Amin’ tu adalah pilihan terbaik yang Nabi Syuib A.S yang jugak orang yang baik untuk puterinya Safura. Kisah lain tentang bapak mertua Sheikh abdul Kadir Jailani dan Nabi Muhammad SAW sendiri yang memilih Abu Ash sebagai menantunya untuk Zainab R.HA. Kesimpulannya tak kan rugi atau tak kan salah jika kita terima pilihan orang baik InsyaAllah.

  •  Ikut kaedah yang betul.


Kaedah atau cara yang betul mestilah tidak melanggar syariat misalnya guna pawang untuk mintak ubat pengasih bagi someone tu suka dekat kita. Ni bukan diredhoi lagi dilaknati ada la. Nauzubillah. Ustaz cakap kalau seorang lelaki tu mengorat seorang perempuan dengan mempamerkan hartanya sebagai barang untuk tarik perhatian perempuan tu, nanti dia mesti akan dapat perempuan yang piasau cukup. Bak kata pepetah Ustaz Pahrol ‘bagaimana umpan macam tu la ikannya’. Kalau kita turn the table, jika kita pamerkan nilai-nilai keagamaan maka pasangan yang kita dapat pun yang tinggi nilai agamanya InsyaAllah.

Salah satu kaedah yang sering orang melayu pertikaikan adalah PERIGI CARI TIMBA. Perigi cari timba ni adalah adat semata-mata. Kalau kita langgar pun adat ni tak berdosa pun malah lagi direspect oleh orang lain lagi. Tapinya mestilah ikut cara yang betul dan bersopan. Umar al-Khattab R.A pun pernah meminang bestfriend dia Ali R.A untuk anak dia Habsah R.HA. Even Rasullah SAW pun pernah pinangkan Abu Ash R.A untuk anak dia jugak. Maksudnya disini, kalau seorang perempuan tu dah berkenan dengan seorang laki ni, mintak orang lain jadi orang tengah risik-risikkan. Orang tengah tu pulak mesti lah amanah. Mesti lah orang yang boleh tutup rahsia dan aib jika ditolak pinangan tu. Seriously saya sendiri pun tak berani nak cari timba. Huhu. Sebab tu kalau saya dapat cerita ada perempuan yang buat gitu macam yang Siti Khadijah R.HA saya memang tabik spring dekat dia. Huhu.

4 ciri yang Rasulullah SAW cakap tentang ciri pencarian jodoh tu yang paling utama adalah beragama. Bila dah pilih beragama InsyaAllah boleh dapat jugak yang cantik, keturunan yang baik dan berharta. Maksud pilih yang beragama tu bukanlah bermaksud kena pinggirkan kecantikan tu. Tapi cantik kan subjektif. Setiap orang lain-lain pandangan dia tentang cantik. Kalau tengok muka dah exceptable tak pengsan kira ok la tu.

Ustaz Pahrol cakap 2 indikador yang perlu ada dalam sebuah perkahwinan adalah bertanggungjawab untuk suami dan taat untuk isteri. Ustaz Pahrol pesan jangan sesekali terima orang yang malas sebab ada satu hadis tu (saya tak sempat nak salin) cakap orang yang malas tu kira berdosa jugak. Kalau tak solat pun jangan lah terima jadi pasangan hidup jugak. Ye la, dah la pakai barang pemberian Allah secara free lepas tu malas pulak nak bersyukur memang dasar tak kenang budi Allah gitu. Tu semua tanda-tanda orang yang tak bertanggungjawab. Yang tak tutup aurat pun better tak payah kot ambik jadi isteri atau suami. Ramai yang beranggapan lepas kahwin dia boleh berubah tapi Ustaz cakap tak payah lah nak berharap sangat benda begitu jadi kenyataan.

Ustaz ada jugak cakap konsep tawakal dalam memilih jodoh. 4 point utama dalam konsep tawakal ni ialah yang pertama 3 langkah yang dekat atas tadi. Point ke 2 sentiasa berdoa dan beristikharah. Kalau boleh solat Istikharah ni hari-hari buat. Even dah dapat jawapan still kena teruskan solat. Antara solat Istikharah dengan solat Hajat, solat Istikharah lagi tinggi sebenarnya. Once dah Istikharah, bersangka baiklah dengan tuhan dengan apa yang Allah bagi untuk kita. Point ke 4 adalah sentiasa sabar dan bersyukur. Jangan sesekali mengeluh dan menyalahkan takdir.

Rumusan yang Ustaz Pahrol cakap ialah Allah akan bagi rezeki kepada kita mengikut sebanyak mana tanggungjawab kita sebagai hambanya dan terlaksana dengan baik ke tak. Semakin kita menjadi bertanggungjawab, semakin banyak rezeki yang Allah turunkan. Jodoh jugak adalah satu rezeki dari Allah. Kalau betul-betul serahkan urusan jodoh ni dekat Dia, kadang-kadang tu jodoh yang tak disangka tu Allah bagi dekat kita.

Akhir kalam kalau kayu dengan kayu kita boleh cantumkan dengan paku. Kalau hati dengan hati yang boleh cantumkan adalah dengan iman. Allah ciptakan tangan, mata, kaki, lubang hidung, telinga, bibir ada dua tapi hati satu je. So kena la cari pasangan hati tu. Nak cari mesti lah dengan apa? Iman. Huhu. Apa yang saya sharekan ni maybe not exactly macam yang Ustaz Pahrol cakap tapi pointnya memang ada. Ada jugak yang saya tak masukkan pointnya dekat sini sebab saya datang lambat atau saya terlost sikit. Huu.

Kerana Cinta Kita Tuainya di Syurga.

Pen off.