Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Awal September
hari tu Kak Muni yang saya kenal masa pergi Seminar Impactive Ramadhan tu text
saya tanya pasal Konvensyen Nikah Itu Cinta. Saya masa tu tak tahu pun ada
program tu. Dia cakap dia nak join dan tanya pasal penginapan ada tak dekat UM
ni sebab konvensyen tu buatnya dekat UM. Kak Muni ni orang Terengganu kot.
Sanggup tu dia datang dari sana ke sini semata nak pergi program ni kan. Hebat
tak hebat orang yang cintakan ilmu ni. Huhu. Adalah tak wajar orang datang
jauh-jauh kita tak pelawa datang rumah kan. Cehh rumah la sangat. Hehe. Bilik
dekat kolej la maksud saya. Memandangkan dia nak join dan program ni buat dekat
UM saya pun merajinkan diri nak join jugak walaupun macam lambat lagi je nak
nikahnya dan walaupun dulu pernah saya cakap tak nak dah kot join program under
Impactive Caliph ni. Huhu. Alhamdulillah program ni mengeratkan lagi hubungan
kami yang baru je kenal ni.
Program ni dua
hari dari pagi sampai malam. Saya sempat daftar untuk yang early bird so saya
dapat harga RM100 je. Ikutkan sepatutnya RM150 kot untuk student. Kalau nak
makan tambah lagi RM30 untuk 6 kali makan. So far, pandangan saya penganjur
kena improve lagi part makanan. Insyaallah kalau part makanan ni okay orang tak
serik nak join lagi event under diorang. Terkejut jugak hari pertama tu takde
makan malam kot ada kuih je. Duduk tempat aircond memang rasa lapar sokmo gitu.
Hari kedua tu dah 3 kali pulak makan nasinya. Haha. Maybe ada masalah kot.
Sangka baik je la ek?
Niat dihati
memang nak kongsi apa yang saya dapat dekat konvensyen tu macam banyak sangat
kot. Ada 9 slot semuanya oleh penceramah-penceramah yang mantop pulak tu. Maybe
akan ada banyak part kot untuk entry konvensyen ni.
Firstly slot ‘MENGORAT
DAN DINGORAT’ oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Alkisahnya saya datang
lambat sebab bas lambat sebab jalan sangat jem sebab ada banyak event dekat
Pusat Sukan dengan Padang Varsiti. Kolej 5 ni duduk tengah-tengah antara Pusat
sukan dengan Padang Varsiti ni. Memang lama la tunggu bas. Nak naik cab memang
tak la, ate dah jalan jem kan. Justeru demi menjimatkan wang tunggu je la bas
sampai. Dah sampai seat pulak penuh. Ish3. Nak bagi tahunya tak semua la ilmu
Ustaz Pahrol tu saya dapat haritu. Panjang pulak mukadimah padahal nak bagi tahu isinya pendek je kan. perempuan perempuan. :P
Ustaz Pahrol
cakap jodoh sama macam dengan rezeki jugak. Bila sebut rezeki samada ia perlu
dicari bukan ditunggu turun daripada langit atau pun rezeki yang kita jumpa tu
lebih baik daripada yang dicari. Antara langkah-langkah yang boleh kita buat
untuk cari jodoh ni ada 3. Iaitu :
- Jadi orang yang baik.
Semua orang pun
nak dapatkan jodoh yang baik kan? Even kalau tanya dekat mat rempit yang tak
berwawasan pun dorang nak kan isteri yang solehah (ustaz cakap). So sebelum
berangan-berangan nak dapat pasangan yang baik, kita kena setarafkan diri kita
ni dulu ke tahap paling baik yang kita mampu sama dengan tahap kebaikan
pasangan yang kita nak. Kan Allah dah janji dalam Surah al-Nur ayat 24 lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Ingat tak ayat tu? Dah
kalau Allah dan janji macam tu yakin je dengan Allah. Ok?
Tak yakin lagi
dengan janji Allah? Allah siap bagi testimoni lagi untuk kita. Testimoni
terfamous, Nabi Muhammad SAW la. Dia kan masa muda-muda tu kerja dengan Siti
Khadijah R.HA. Baginda ni kan pekerja yang paling amanah, paling baik, paling
lemah lembut dan macam-macam lagi lah. Tup-tup dapat baginda nikah dengan
wanita yang paling hebat lagi solehah iaitu bos baginda sendiri. Itu nabi
kekasih Allah mesti lah Allah bagi yang terbaik. Ok tengok testimoni manusia
biasa pulak. Ramai artis-artis perempuan yang dah berhijrah kepada yang lebih
baik dapat suami soleh-soleh jugak kan contohnya Irma Hasmie, Abby Abadi dan
yang latest Diana Amir. Nak tengok testimoni yang paling dekat dengan kita
tengok je mak ayah kita. Sah-sah la dorang baik kan? Huhu.
- Ikut pilihan orang yang baik.
Kes paling
popular kalau sebut pasal ni tak lain tak bukan mak ayah dah tetapkan jodoh
anak-anaknya. Sebenarnya berdosa besar ke kalau kita sebagai anak nak object
pilihan mak ayah kita? Ustaz Pahrol cerita ada satu hari tu, ada seorang
perempuan muda datang berjumpa baginda dan bagi tau yang mak ayah dia nak
jodohkan dia dengan seorang lelaki ni. Dia tanya Nabi SAW boleh tak kalau dia
nak tolak pilihan mak ayah dia tu? Then nabi SAW cakap takpe je, sebab
anak-anak pun ada hak untuk menolak. Then nabi SAW tanya balik dekat perempuan
tu samada dia dah tolak ke? Tapi perempuan tu cakap dia lebih memilih untuk
mengikut cakap mak ayah dia. Anak solehah gitu. Tujuan perkara ni berlaku
adalah nak bagi guide dekat kita sebagai umat akhir zaman ni bahawa boleh je
kalau anak perempuan dia nak tolak pilihan mak ayah dia.
Kes lain Nabi
Syuib A.S telah memilih Nabi Musa A.S sebagai pekerja dan suami kepada anaknya
Safura lepas kes Nabi Musa tolong Safura. Kisah ni boleh rujuk dalam surah al-Qosas
ayat ke 26. Nabi Musa A.S yang bersifat ‘Qawiy dan Amin’ tu adalah
pilihan terbaik yang Nabi Syuib A.S yang jugak orang yang baik untuk puterinya
Safura. Kisah lain tentang bapak mertua Sheikh abdul Kadir Jailani dan Nabi
Muhammad SAW sendiri yang memilih Abu Ash sebagai menantunya untuk Zainab R.HA.
Kesimpulannya tak kan rugi atau tak kan salah jika kita terima pilihan orang
baik InsyaAllah.
- Ikut kaedah yang betul.
Kaedah atau cara
yang betul mestilah tidak melanggar syariat misalnya guna pawang untuk mintak
ubat pengasih bagi someone tu suka dekat kita. Ni bukan diredhoi lagi dilaknati
ada la. Nauzubillah. Ustaz cakap kalau seorang lelaki tu mengorat seorang
perempuan dengan mempamerkan hartanya sebagai barang untuk tarik perhatian
perempuan tu, nanti dia mesti akan dapat perempuan yang piasau cukup. Bak kata
pepetah Ustaz Pahrol ‘bagaimana umpan macam tu la ikannya’. Kalau kita turn the
table, jika kita pamerkan nilai-nilai keagamaan maka pasangan yang kita dapat
pun yang tinggi nilai agamanya InsyaAllah.
Salah satu kaedah
yang sering orang melayu pertikaikan adalah PERIGI CARI TIMBA. Perigi
cari timba ni adalah adat semata-mata. Kalau kita langgar pun adat ni tak
berdosa pun malah lagi direspect oleh orang lain lagi. Tapinya mestilah ikut
cara yang betul dan bersopan. Umar al-Khattab R.A pun pernah meminang
bestfriend dia Ali R.A untuk anak dia Habsah R.HA. Even Rasullah SAW pun pernah
pinangkan Abu Ash R.A untuk anak dia jugak. Maksudnya disini, kalau seorang
perempuan tu dah berkenan dengan seorang laki ni, mintak orang lain jadi orang
tengah risik-risikkan. Orang tengah tu pulak mesti lah amanah. Mesti lah orang
yang boleh tutup rahsia dan aib jika ditolak pinangan tu. Seriously saya sendiri pun tak berani nak cari timba. Huhu. Sebab tu kalau saya dapat cerita ada perempuan yang buat gitu macam yang Siti Khadijah R.HA saya memang tabik spring dekat dia. Huhu.
4 ciri yang
Rasulullah SAW cakap tentang ciri pencarian jodoh tu yang paling utama adalah
beragama. Bila dah pilih beragama InsyaAllah boleh dapat jugak yang cantik,
keturunan yang baik dan berharta. Maksud pilih yang beragama tu bukanlah
bermaksud kena pinggirkan kecantikan tu. Tapi cantik kan subjektif. Setiap
orang lain-lain pandangan dia tentang cantik. Kalau tengok muka dah exceptable
tak pengsan kira ok la tu.
Ustaz Pahrol
cakap 2 indikador yang perlu ada dalam sebuah perkahwinan adalah
bertanggungjawab untuk suami dan taat untuk isteri. Ustaz Pahrol pesan jangan
sesekali terima orang yang malas sebab ada satu hadis tu (saya tak sempat nak
salin) cakap orang yang malas tu kira berdosa jugak. Kalau tak solat pun jangan
lah terima jadi pasangan hidup jugak. Ye la, dah la pakai barang pemberian
Allah secara free lepas tu malas pulak nak bersyukur memang dasar tak kenang
budi Allah gitu. Tu semua tanda-tanda orang yang tak bertanggungjawab. Yang tak
tutup aurat pun better tak payah kot ambik jadi isteri atau suami. Ramai yang
beranggapan lepas kahwin dia boleh berubah tapi Ustaz cakap tak payah lah nak
berharap sangat benda begitu jadi kenyataan.
Ustaz ada jugak
cakap konsep tawakal dalam memilih jodoh. 4 point utama dalam konsep tawakal ni
ialah yang pertama 3 langkah yang dekat atas tadi. Point ke 2 sentiasa berdoa
dan beristikharah. Kalau boleh solat Istikharah ni hari-hari buat. Even dah
dapat jawapan still kena teruskan solat. Antara solat Istikharah dengan solat
Hajat, solat Istikharah lagi tinggi sebenarnya. Once dah Istikharah, bersangka
baiklah dengan tuhan dengan apa yang Allah bagi untuk kita. Point ke 4 adalah
sentiasa sabar dan bersyukur. Jangan sesekali mengeluh dan menyalahkan takdir.
Rumusan yang
Ustaz Pahrol cakap ialah Allah akan bagi rezeki kepada kita mengikut sebanyak
mana tanggungjawab kita sebagai hambanya dan terlaksana dengan baik ke tak.
Semakin kita menjadi bertanggungjawab, semakin banyak rezeki yang Allah
turunkan. Jodoh jugak adalah satu rezeki dari Allah. Kalau betul-betul serahkan
urusan jodoh ni dekat Dia, kadang-kadang tu jodoh yang tak disangka tu Allah
bagi dekat kita.
Akhir kalam kalau
kayu dengan kayu kita boleh cantumkan dengan paku. Kalau hati dengan hati yang
boleh cantumkan adalah dengan iman. Allah ciptakan tangan, mata, kaki, lubang
hidung, telinga, bibir ada dua tapi hati satu je. So kena la cari pasangan hati
tu. Nak cari mesti lah dengan apa? Iman. Huhu. Apa yang saya sharekan ni maybe
not exactly macam yang Ustaz Pahrol cakap tapi pointnya memang ada. Ada jugak
yang saya tak masukkan pointnya dekat sini sebab saya datang lambat atau saya
terlost sikit. Huu.
Kerana Cinta Kita
Tuainya di Syurga.
Pen off.
2 comments :
bestnya :)
jom la kawen~ :P
Post a Comment