Food Review : Etok-etok

Pejam celik makan tidur rupa2nya sudah setahun lebih aku bermastautin di Kelantan Darul Naim ini atau nama glemernya dalam kalangan pelajar Nilam puri ialah Bumi Tarbiyah. Setiap kali pulang ke kampung halaman iaitu PERAK pasti ada insan yang bertanya itu ini.Tak lupa juga penumpang2 bas yang duduk sebelah ana khususnya warga Kelantan sendiri mest nak tanya 1 soalan tu.Berikut adalah perbualan antara kami:

Q : best x duduk kat kelantan?
A: best..best sangat2
Q : apa yang bestnya?
A : makanannya...hahahaha

Begitu la potongan perbualan yang agak popular berlaku dalam hidup aku. Tapi betul la aku cakap ini hakikat sebenar yang tiada unsur2 nista mahupun dusta. Tinggal di Kelantan menjadikan selera untuk makan membuak2. Ini adalah fakta. Mungkin orang lain x tapi ya bagi ana.*blushing...

Berbalik semula pada hadaf utama tentang makanan, banyak makanan di Kelantan tiada di Perak.Makanya apabila terlihat sesuatu makanan yang baru pertama kali dilihat mulalah jiwa ini meronta2 mahu mencubanya. Bak kata cikgu aku jiwa remaja mudah bergolak dan suka mencuba sesuatu yang baru (cewah..ayat esei spm...huhu).

Oleh sebab terlalu banyak makanan di Kelantan ini, aku hanya ingin fokus pada 1 makanan sahaja iaitu ETOK-ETOK.Nama pun dah pelik kan?? pelik2 pun tersangat lah heaven (bak kata omputih laa) bila memakannya. ohh ya tau ke apa itu etok2??

Etok2 ialah saudara mara kepada kerang,kepah,remis dll. Jika mencari perkataan etok2 didalam kamus dewan bahasa dan pustaka edisi terbaru pasti tidak akan jumpa kerana ia adalah salah 1 dialek bagi masyarakat Kelantan. Etok2 mempunyai pelbagai saiz ada yang besar ada yang kecil.Paling besar sebesar duit syiling rm0.50 dan paling kecik sebesar butang baju kemeja sekolah.

Pada kebiasaan dan kemestiannya etok2 hanya dijumpai di kawasan air tawar,pinggiran sungai dan parit.Selain menggunakan tangan untuk menggali pasir ataupun lumpur sungai terdapat 1 alat khas yang digunakan untuk mencari etok2 iaitu sejenis pengaut yang menyerupai pangaut sampah.

Antara menu biasa untuk etok2 ialah disalai, dimasak gulai lemak atau pun ditumis. Namun yang sering ana makan ialah etok2 yang disalai. Hal ini kerana hanya etok2 salai yang selalu ditemui di Kota Bharu. Rasanya kalau nak makan resipi lain tu kena pergi ke rumah nenek2 la kot. Pergi la mana2 di seluruh Kelantan pasti ada sahaja yang menjual etok2 ini.

Untuk membuat etok2 salai ini bukan lah suatu yang payah pada fikiran aku. (bukan aku cakap orang lain yg cakap). Mula2 rendam etok2 dalam air untuk mengeluarkan segala bendasing i.e pasir dan lumpur semalaman. Kemudian perapkan etok2 bersama bawang merah,bawang putih,halia,garam dan serai dan garam selama setengah jam. Terakhir sekali barulah disalai selama satu hingga dua jam.

Berhati-hati..!!! Untuk makan etok2 ini memerlukan daya tahan gigi yang sangat tinggi. Untuk makluman etok2 ni perlu dibuka dengan menggunakan gigi bukan pisau. Ia memerlukan banyak latihan untuk pandai makan etok2.Ini kerana nak membukanya memrlukan ketepatan pertemuan antara koordinat gigi dengan koordinat bukaan kulit etok2 tersebut. Aku sendiri pada mulanya langsung x pandai hinggakan sahabat aku yang terpaksa mengajar berkali2 dan bukakan untuk aku. Alhamdulillah sekarang ni pandai sudaa.,.huhu~~

etok-etok kegilaan ramai.,.nyum3~~




Berhati-hati sekali lagi..!!! Bukan semua orang mampu menelan isi etok2 ni. Kenapa ya?? tahhu...kena rasa sendiri baru la tau...sekian sahaja untuk kali ini,.,~~

SUMBER
  • : http://azamarni.blogspot.com
  • : http://reocities.com/

1 comments :

Anonymous said...

sdp kot??